Friday, January 9, 2015

Rahsia untuk dapatkan zuriat




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekelian. Alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik untuk menulis. Terima kasih kerana sudi menjengah di blog saya. Moga anda mendapat ilmu yang ingin saya sampaikan.

Kebelakangan ini ada beberapa orang pelanggan saya yang bertanyakan tentang kesuburan. Dah lama kahwin tiada anak. Ada juga yang dah ada anak dan ambil masa untuk mengandung kembali. Ada juga yang subur tapi mengalami masalah keguguran. 

Pemeriksaan doktor adalah amat penting untuk memastikan punca sebenar apa yang menyebabkan anda sukar hamil. Samada berpunca dari isteri atau suami.  Setelah pasti permasalahan, barulah dapat merawat kekurangan yang ada.

Insyallah, dalam entri kali ini saya akan kongsikan rahsia untuk membantu masalah anda yang sukar mendapatkan zuriat.  Yang penting kita berusaha, Allah jua yang menentukan.

Punca yang menyebabkan anda kaum wanita sukar untuk hamil.

Pertama, kitaran haid yang tidak teratur. Ini bermakna jika seseorang wanita mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, bermakna beliau akan menghadapi masalah sukar untuk hamil.

Kitaran haid yang tidak menentu ini akan menyebabkan ovulasi (pengeluaran telur wanita) tidak berlaku pada setiap kitaran haid.

Untuk merawat masalah kesuburan, seorang wanita harus mempunyai kitaran haid yang teratur supaya ovulasi berlaku dan dapat disenyawakan ketika hubungan intim suami isteri.

Kedua, tiub follapian tersumbat. Biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman. Ada juga tersumbat disebabkan hamil pramatang di mana janin menempel  di dalam tiub follapian dan bukan di dalam rahim. Kemungkinan juga parut tisu yang menempel di tiub tersebut. Untuk mengenalpasti punca masalah, adalah disyorkan untuk melakukan ujian HSG (Hysterosalpingogram).

Ketiga, Endometriosis. Ia berlaku apabila endometrium (tisu selaput dalam rahim) tumbuh dan berkembang di luar rahim. Ia mungkin terjadi apabila terdapat sedikit selaput dalam rahim yang melalui tiub fallopian ke ruang abdonimal semasa kitar haid berlaku. Ini akan menyebabkan keradangan dan mengakibatkan kesakitan semasa haid. Untuk mengetahui punca sebenar, ujian Laparoscopy perlu dilakukan.

Keempat, antibodi menyerang telur dan sperma. Dalam kes yang jarang berlaku, antibodi dari badan individu itu sendiri tidak dapat mengenalpasti sel telurnya dan menyerang sel tersebut. Kebiasaannya masalah ini dialami oleh kaum lelaki di mana antibodi akan menyerang sel sperma.

Kelima, masalah pada rahim. Keadaan rahim bicornuate (rahim dengan dua ruang membentuk seakan-akan tanduk) seringkali berlaku. Rahim membentuk seperti buah pear yang mempunyai kawasan yang agak sempit dibahagian atas rahim. Ini menyebabkan janin mempunyai kawasan yang sempit untuk membesar. 

Ketumbuhan di dalam rahim (fibroid) juga penyebab masalah pada rahim. Fibriod adalah ketumbuhan yang kebiasaannya terjadi kepada wanita dan kebiasaannya wujud semasa pertengahan dan penghujung bagi tahun pembiakan. Ia boleh membesar dan sakit semasa datang haid. Ujian ultrasound boleh dilakukan untuk mengenalpasti masalah ini.

Punca ketidaksuburan bagi lelaki

Pertama, gangguan sperma yang tidak matang. Terdapat lebih 20 juta sperma dalam 1 ml air mani yang normal. Tahap kesuburan tinggi sekiranya 50% dari sperma yang dihasilkan bergerak dengan betul dan sempurna. Jika tidak, kemampuan sperma untuk melakukan persenyawaan adalah rendah.

Keupayaan untuk menghasilkan sperma yang berkualiti mungkin berpunca dari jangkitan kuman semasa kanak-kanak. Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin lelaki juga membawa kepada masalah kualiti sperma. 

Penyebab lain adalah gangguan hormon, tekanan perasaan, faktor alam sekitar dan masalah keturunan (faktor genetik)

Kedua, gangguan kepada pengangkutan sperma. 4% dari ketidaksuburan lelaki apabila air mani yang dihasilkan mencukupi tetapi tidak dapat memasuki rahim wanita semasa ejakulasi kerana saluran duktus tersumbat. Kemungkinan masalah terjadi disebabkan kesan melakukan pemandulan, tumbesaran salur duktus sperma yang terbantut atau terdapat parut tisu yang menyebabkannya tersumbat. 

9 Tips untuk hamil dengan cepat

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi.
Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor kesuburan dan memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Berjumpa dengan doktor.
Kenalpasti punca permasalahan anda dengan berjumpa doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang dikaitkan dengan sukar hamil. Rawatan yang berkesan dapat diberikan sekiranya dapat dikesan dari awal. Sekiranya haid anda teratur dan telah mencuba selama setahun untuk hamil, anda mungkin boleh menjalankan ujian analisa sperma dan HSG (Hysterosalpingogram) untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal.
Badan yang terlalu besar atau terlalu kurus mempengaruhi masalah kesuburan anda. Pastikan BMI (Body Mass Index) anda berada di tahap yang ideal antara 20-24.

4. Ketahui waktu subur anda.
Anda dapat meninggikan tahap kehamilan apabila mengetahui dengan tepat hari subur anda. Hari subur bermula dari hari ke 11-16 dari hari pertama anda period.

5. Hubungan seks yang lebih kerap.
Disyorkan 3-4 kali seminggu dan pada waktu subur supaya tahap kehamilan lebih tinggi.

6. Tingkatkan kesuburan suami. 
Pastikan kesihatan reproduksi suami pada tahap optimal dangan mempraktikkan cara hidup sihat termasuk mengekalkan berat badan ideal, makan makanan seimbang, tidak merokok dan elakkan sebarang minuman keras.

7. Mengambil multivitamin
Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan mengambil supplement zink untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8. Bersenam secara rutin.
Bersenam adalah cara untuk anda sihat dan bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan selepas bersalin.

9. Kurangkan tekanan.
Semua orang mengalami tekanan. Yang membezakannya ialah bagaimana ia diatasi. Tahap 'depression' yang tinggi mempengaruhi tahap kesuburan anda. Oleh itu, lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan tekanan kepada anda.

InsyaAllah sekiranya masalah di atas dapat diatasi dan dielakkan, rezeki anda untuk menimang cahaya mata adalah lebih besar. Yang penting berusaha dan berdoa semoga segalanya dipermudahkan.

Sekiranya anda ingin tahu bagaimana multivitamin mampu mengatasi masalah kesuburan anda, sila klik supplement bantu kesuburan

Saya bukan doktor tetapi saya ingin kongsikan pengetahuan saya kepada anda supaya anda mendapat manfaatnya.

Syima
0194620792

#rojakwarisan
#bantuduniaakhirat
#sihatdanceria

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda di sini