Friday, December 12, 2014

Part 2 : Sarawak....mu tunggu kami datang


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk anda pembaca sekelian. Terima kasih kerana sudi menjengah ke entri saya sekali lagi.

Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik untuk sambung semula entri kali ni.

Part 2 : Sarawak.....mu tunggu kami datang

Ketibaan rombongan kedua. Memang meriah saudara-saudara ku semua. Malam tu kami makan jemaah bersama. Sampai pinggan pun tak cukup. Makan nasi beralaskan daun pisang. Lagi best kan?



Dari sinilah kami dapat rapatkan lagi ukhwah kami. Bila di tempat sendiri selalu tak sempat nak jumpa. Jumpa pun sekali sekala.

Esoknya misi membuat hantaran. Semua barang diimport dari KL. Senang tak kelam kabut. Dengan bantuan makcik dan kami adik beradik, siaplah jugak hantarannya.

Masa nilah semua tunjuk kepakaran yang ada. Yang tak pandai pun jadi pandai. Orang kata darurat. Semua boleh jer kan..



Hasilnya.....kalau cantik komenla. Kalau agak-agak kurang sikit buat diam sudahlah.





Esoknya akad nikah berlangsung di rumah pengantin perempuan. Sebelum bertolak wajib ambil gambar dulu.

Hero di dalam keluargaku. Tak cukup korum ni.
Masing-masing bergaya sakan. Nasib kakak saya ni pandai jahit. Semua jubah kami ni dia jahit sendiri. Honestly saya rasa kakak saya ni memang kreatif. Dia cuma tengok gambar dan try sendiri. Menjadi. Ramai puji cantik. Kalau rasa berkenaan bolehlah call dia ye. Noorhila 0173321574.


Majlis akad nikah berlangsung.


Cantik kan?
Sempat jugak berselfie


Bergambar bersama ibu tercinta. Nampak muda tak mak saya ni? Haa...Dia rajin makan supplements dari muda. Hasilnya boleh nampak sekarang.

Sekarang pun masih ambil supplements. Saya berikan omega guard untuk kawal kolesterol dalam badan. Tak lupa VIVIX sebab mak saya ni ada kencing manis. Walau tak tinggi bacaan perlu jugak berjaga-jaga. Selain kawal gula, VIVIX ni mampu jaga kesihatan keseluruhan badan. Menyokong kesihatan sendi, jantung, sistem imun badan, kesihatan otak dan kesihatan keseluruhan badan. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik pada mak.





Majlis persandingan dibuat pada keesokan harinya. Berlangsung di Dewan Telekom TM Training Centre-Kolej Multimedia Kuching, Sarawak.




Ini salah satu tradisi orang Sarawak. 
Beberapa hari ni memang agak penat. Tidur tak cukup. Nasib baik saya bawak bekalan untuk kami sekeluarga. Bawak yang asas je. Takut tak muat beg. Ini pun dah ok.


Alhamdulillah, selesai sudah majlis di Sarawak. Esoknya masing-masing bersiap untuk balik ke KL. Kami balik secara berperingkat.



Kami group yang last sekali balik. Hari pun dah gelap. 


Jumpa lagi Sarawak. Insyaallah sekiranya diizinkan akan sampai lagi.

Dikesempatan ini saya ingin ucapkan terima kasih kepada pihak pengantin perempuan kerana melayan kami dengan baik sekali sepanjang kami di sana. Siap jemput dan hantar ke airport lagi.

Orang Sarawak, jumpa di Sekinchan ye.

Syima
0194620792

#rojakwarisan
#bantuduniaakhirat
#sihatdanceria

Friday, December 5, 2014

Part 1: Sarawak....mu tunggu kami datang

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Terima kasih kerana sudi menjengah sebentar di syima2607.blogspot.com

Alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik untuk menulis satu lagi entri untuk tatapan anda. Moga anda terhibur.

Perkahwinan...penyatuan 2 hati yang dihalalkan dengan lafaz ijab dan kabul. Selamat pengantin baru adikku.



Kerana perkahwinan adikku, dapatla kami pergi vacation. We're coming Sarawak. Hehehe. Best-best. First timer pulak naik flight untuk kami satu family. Perasaan macammana?

InsyaAllah saya akan kongsikan di entri saya kali ni. Moga anda terhibur pembaca yang saya kasihi.

Pengembaraan bermula

Sebelum cuti kena settlekan semua kerja-kerja yang ada. Cuti lamala katakan.

Bertolak dari kampung suami di Bidor. Nasib ada tempat penyinggahan. Kalau straight dari Taiping ke KL memangla memenatkan.

Perjalanan dari Bidor ke KL

Dari Bidor ambil masa 2 jam untuk sampai ke rumah saya. Perlu awal sikit sebab esok kena keluar awal pagi nak ke KLIA 2.

Esoknya seawal jam 9 pagi dah keluar dari rumah. Takut jugak terperangkap dalam jammed. Almaklumla KL.

Rumah mak di Setapak. Jadi ambil masa sikit untuk sampai ke KLIA2.


Finally arrived jugak dekat KLIA2. Anak-anak excited nak naik plane. Baru berkesempatan naik. Punya excited sampai nak ambil gambar pun susah. Si kecik sorang ni kalau lepaskan mau satu KLIA ni dia tawaf.


Bila sampai kaunter dapat berita tak berapa nak best pulak. Kapal terbang delayed. Sejam dari masa asal. Terpaksala cari tempat nak habiskan masa.

View yang jarang dapat dilihat
Sampai masa, bergerak masuk. Perjalanan yang agak jauh. Lenguh jugakla nak berjalan.

Perjalanan jauh untuk sampai ke kapal terbang

View dari dalam sebelum berlepas
Dah masuk kapal terbang. Berdebar ada, seronok pun ada terutama untuk kami yang 'first timer' naik plane ni. Agak pening jugakla bila mula-mula kapal terbang nak naik. Lepas tu ok je.

Memang cantik sangat view di atas awan. SubhanaAllah
Perjalanan mengambil masa 1 jam 45 minit. Sekejap pun rasa boring. Bayangkan kalau perjalanan 8, 9 @ 10 jam. Sabar jela kan.


Alhamdulillah, selamat sampai ke Kuching. Kami dijemput oleh bakal bapa mertua adikku. Nasib ada orang tolong jemputkan?

Menuju ke homestay yang dah dibooking.


Inilah homestay yang akan kami duduk selama seminggu ni. Luas. Ada 9 bilik kesemuanya. Untuk rombongan kami yang ramai memang amat-amat sesuai.

Kami group pertama. Esok baru rombongan yang lain sampai. Mesti meriah lagi.


Nak tahu cerita selanjutnya?

Sila ikuti pengembaraan kami Part 2 : Sarawak...mu tunggu kami datang.

Syima
0194620792

#rojakwarisan
#bantuduniaakhirat
#sihatdanceria