Tuesday, September 23, 2014

Kenangan Terindah....

Assalam semua. Semoga anda sihat dan ceria bersama orang tersayang.

Entri kali ni saya nak mengimbau kembali kenangan 18 tahun dahulu. Tanggal 23 September 1996...genap 18 tahun arwah ayah saya meninggal. Ketika umurnya mencecah 50 tahun. Al-fatihah untuk arwah abah. 

Masa abah meninggal umur saya 16 tahun. Arwah abah seorang yang periang dan ramah. Dia yang suka menggamatkan suasana.

Teringat kalau kami sekeluarga balik kampung mesti makcik@pakcik saya pun nak balik. Bila dia ada meriah sikit. Tidur lewat tu dah lumrah bila balik kampung ni. Yela bukan selalu dapat tidur sebumbung. 

Arwah ni kurus dan tinggi orangnya. Sebab tula kami adik-beradik camtu jugak. Makan banyak mana pun tak gemuk. Ramai yang jeles tau...

Teringat kenangan manis di pagi raya. Arwah abah pasti akan cuci kereta antik dia. Lepas tu bila nak keluar berjalan pagi raya tu, dia akan dukung anak-anaknya masuk kereta. Semua gara-gara tak nak kotor pelapik kaki. Hehehe... Yela nak raya kan? Takkan kita je nak cantik. Kereta pun nak jugak.

Tahun 1995, raya terakhir bersama arwah. Rindu kenangan itu.

Bangga tau saya naik kereta Volkswagen ni (dulu kami adik-beradik panggil kereta katak). Kalau lalu mesti orang tengok. Arwah ni memang jenis jaga kereta. Kereta tu memang sentiasa berkilatla.
Kereta kesayangan arwah
Arwah ni pandai slow talk dengan orang. Saya teringat dulu masa zaman saya sekolah, kawan-kawan saya ramai yang masuk tuisyen. Saya pun mintak jugak dekat mak dengan abah saya. Mereka tak bagi.

Dulu saya tak tahu istilah takde duit. Rasanya masa tu saya tingkatan 2. Saya pun merajukla tak dapat join. Arwah abah yang pujuk. Dia kata kita tak mampu. Bila dia pujuk pastu saya okla. Memang kami pun bukan orang senang.

Arwah dulu kerja bawak bas. Kami ada 6 orang adik-beradik. Nak tampung kos, mak saya terpaksa buat kuih. Kalau tak memang tak cukup. Duduk KL. 

Besar pengorbanan mak saya. Kami yang tak faham sebab faktor umur yang masih kecil. Maafkan kami mak..

Arwah seorang yang kuat sukan, terutama badminton. Selalu lepas kerja dia akan training sampai malam. Masuk pertandingan dan menang memang selalu dah. Arwah meninggal pun lepas balik main badminton.

Arwah abah meninggal bukan sebab sakit. Kami tak tahu sebab apa dan post mortem terpaksa dibuat untuk tahu punca kematian (walau kami tak rela). 

Dia diserang sakit jantung. Kami macam tak percaya arwah meninggal sebab tu. Dia kan kuat bersukan? Macammana pulak boleh kena? Arwah bukan gemuk pun. 

Hasil post mortem, doktor beritahu saluran darah pecah. Jantung pam dengan laju kerana penat lepas sukan tapi darah tak dapat mengalir lancar. Puncanya adalah lemak tersumbat. Ya Allah...

Serangan jantung. Penyebab kematian kepada banyak faktor umur. Umur 25 tahun pun boleh kena. Perkara penting yang saya belajar dari kisah arwah..

Walaupun kita kurus tak semestinya kita tiada lemak@kolesterol dalam badan. Penting untuk kita lakukan pemeriksaan dan amalkan gaya pemakanan yang sihat.

Mencegah sebelum parah...

Saya mengambil inisiatif timba ilmu apa penyebab serangan jantung boleh terjadi. Saya sebolehnya tak nak perkara sama berulang pada orang yang saya sayang..

Apa itu kolesterol??
Kolesterol adalah sejenis komposisi sterol yang penting dalam metabolisma serta penghasilan hormon.

Kolesterol bergerak sekali bersama aliran darah sebagai lipoprotein.

Lipoprotein terdiri dari lemak (lipid) yang diselaputi protein.


Berapa jenis kolesterol dalam badan kita??
1. LDL - Low Density Lipoprotein

Juga digelar kolesterol jahat. Kerana??
Jika paras LDL dalam badan tinggi, ia membawa masalah pengumpulan kolesterol dalam arteri.

2. HDL - High Density Lipoprotein

Juga digelar kolesterol baik. Kerana??
Ia membawa kolesterol dalam darah ke hati di mana hati akan singkirkan kolesterol dari arteri.

Apakah fungsi kolesterol dalam badan kita??

  • membina dan menjaga membran sel dengan mengelakkan pengkristalan hidrokarbon dalam membran.
  • membantu dalam penghasilan cecair hempedu.
  • Penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kalenjar adrenal seperti kolesterol, kortikosteron dan sebagainya.
  • Terlibat dalam penghasilan hormon endrogen dan estrogen.
  • Menjaga pintu pagar sel dengan membenarkan molekul yang boleh memasuki sel dan yang tidak boleh memasukinya
  • Penting untuk metabolisma vitamin larut lemak.
  • Menjadi penebat kepada jaringan serat.
Apa tahap normal kolesterol??
Tahap normal lebih kurang 120-200mg/dl, dengan HDL melebihi 40mg/dl dan tahap LDL kurang dari 130mg/dl.

Apa akan jadi kalau kolesterol tak ditahap sepatutnya??
Ini boleh akibatkan masalah kesihatan seperti strok, sakit jantung, penyempitan arteri, darah tak mengalir dengan baik.




Bagaimana cara mengawal paras kolesterol??
1. Kawal diet.
2. Perbanyakkan aktiviti fizikal.
3. Kurangkan berat badan.
4. Jauhi rokok dan alkohol.
5. Ambil supplements yang boleh kawal kolesterol dalam badan.

Antara supplements yang mampu kawal kolesterol dalam badan..


1. Phytocol-ST
  • Ramuan yang ada di dalamnya mampu merendahkan paras kolesterol secara semulajadi.
  • Mampu membekalkan 2000mg fitosterol setiap hari pada masa pengambilan. 
  • Dirumus secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk bantu menghalang penyerapan kolesterol dalam tubuh.
  • Disaran 100% oleh Institut Kesihatan Kebangsaan
  • Disahkan halal dan tidak mengandungi bahan perasa, pewarna, pemanis dan pengawet.
Tahukah anda:
Fitosterol adalah berasaskan tumbuhan dan diuji secara klinikal dengan 80 ujikaji untuk merendahkan paras LDL dalam badan. 


Bagaimana fitosterol dalam phytocol berfungsi??
Fitosterol secara strukturnya adalah sama dengan kolesterol dan bersaing dengan kolesterol untuk penyerapan dalam usus dan meninggalkan kolesterol. Ini bermaksud lebih banyak fitosterol yang dimiliki tubuh, lebih kurang kolesterol diserap dalam badan dan paras kolesterol LDL juga menurun.


2. Omega Guard

Omega guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies). Ia 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

Omega guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian mampu membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA.

Omega guard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang tulen dan paling semulajadi.

Sekiranya anda nak tahu tentang apa kebaikan, manfaat yang ada di dalamnya dan golongan apa yang sesuai mengambilnya, sila klik omega guard.

Kurus atau gemuk seseorang itu tidak menjanjikan dia mempunyai kadar kolesterol yang normal. Penting untuk kita menjaga pemakanan dan gaya hidup seharian. Bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi ingat kepada orang yang kita sayang. Mencegah itu lebih baik dari merawat. Salam sayang...

Jika anda rasa entri ini bermanfaat, sila share


Anda nak jana pendapatan 3@4@5 angka sebulan??
Izinkan saya share dengan anda caranya.


Syima
0194620792
#yourtrustedshakleedistributor

Friday, September 19, 2014

VIVIX????

Assalam semua. Semoga anda ceria sihat dan selamat di bawah lindungan Allah. Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog saya. Moga anda seronok membaca entri yang saya nak kupas.

VIVIX????
Kenapa pelik pulak nama ni??
Apa benda VIVIX ni??
Apa keistimewaan VIVIX??



Ramai yang tahu dan tak tahu keistimewaan VIVIX ni. Saya akan cerita mengandaikan anda tak tahu yer...Jom saya kongsikan keistimewaan VIVIX ni...

Bagusnya VIVIX ini seumpama kesemua vitamin Shaklee digabung menjadi satu. Di dalamnya ada khasiat untuk kencing manis,sakit jantung, gout, batu karang, untuk imun badan, sebagai agen penuaan, kesuburan lelaki, untuk perokok tegar dan macam-macam lagi.



Hebat bukan??

Nak tau macammana VIVIX ni boleh hebat macam tu? Sebab ia umpama gabungan vitamin C, vitamin B, Omega guard, ESP dan banyak lagi.

VIVIX adalah minuman campuran botani dan merupakan revolusi terbaru dalam pemakanan polifenol. Diperbuat daripada ramuan semulajadi terdiri daripada Muscadine Grape, Purple Carrot, Elderberry dan Polygonum Cuspidatum.



Mari saya terangkan fungsi keempat-empat ramuan semulajadi tersebut. Kita masuk penerangan secara saintifik pulak.

Muscadine Grape

Tengokla saiznya yang besar tu...

Anggur hebat ini adalah satu-satunya anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih satu kromosom, yang mana ahli sains percaya mengukuhkan profil polyphenolnya menjadikan ia amat berpotensi kepada kesihatan.

Untuk mencipta profil polyphenol yang kuat di dalam VIVIX, ahli sains menggabungkan resveratrol yang lampau tulen dengan ekstrak dari anggur hebat ini, elderberry eropah dan lobak ungu.

Campuran ini yang bertaggungjawab dalam banyak tindakan unik anti penuaan sellular VIVIX. Senang kata nak sentiasa nampak awet muda, makanla VIVIX.

Ayu Raudhah pun makan VIVIX. Patutla muka cantik je.

Buah ini juga beberapa kali disebut dalam al-quran tentang khasiat yang ada di dalamnya. Antara surah-surahnya..

Surah al Baqarah ayat 266, surah al-An'am ayat 99, surah al'Rad ayat 4, surah al-Isra' ayat 91, surah Yassin ayat 34, surah al-Naba' ayat 32, surah Abasa ayat 28, surah al-Mu'minun ayat 19, sura al-Nahl ayat 11 & 67 dan surah al-kahfi ayat 32.

Purple carrot



Ianya adalah sumber terbaik Vitamin A dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes.

Di dalam purple carrot juga terdapat anthocyanins yang merupakan antioksidan utama di dalam purple carrot. Kandungan anthocyanins di dalam purple carrot lebih tinggi berbanding carrot oren.

Asid klorogenik adalah antioksidan yang paling tinggi dalam semua jenis carrot. Asid klorogenik ini bertanggungjawab mengawal diabetes di dalam badan.

Baru-baru ini, kajian juga mendapati ia juga berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronori jantung.

Purple carrot banyak tumbuh di Afghanistan. Dijumpai sejak 5 ribu tahun dahulu dan ditanam sehingga sekarang.

Tahukah anda..
Warna asal carrot adalah putih dan ungu. Pada abad ke 16, kajian telah dilakukan untuk melakukan pemilihan dan hibradisasi kepada vitamin-vitamin tertentu yang menghasilkan warna oren carrot yang ada sekarang.


Elderberry


Keberkesanan elderberry adalah ia mampu mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria.

Elderberry kaya dengan vitamin A, B, C dan nutrien seperti asid amino,caratenoid, tannin dan rutin.

Ia juga kaya dengan sebatian anthocyanin yang mampu mengurangkan simptom seperti sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan dengan selsema atau influenza.

Selain dari menguatkan sistem imun badan, elderberry juga berkesan terhadap keadaan seperti jangkitan yeast, asma, batuk, sesak hidung+dada dan diabetes.

Kesimpulannya elderberry mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk strok dan serangan penyakit jantung. Juga mampu mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.


Polyganum Cuspidatum


Juga dikenali sebagai knotweed Jepun, adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia. Juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah.

Knotweed Jepun adalah sumber komersial resveratrol yang terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah.

Polyganum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat dari segi kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplement anti penuaan seperti resveratrol dan banyak jenis perubatan tradisional Cina.

Kajian juga menunjukkan individu yang mengambil supplemen yang mengandungi resveratrol dapat memanjangkan usia seseorang.




Macammana rasa VIVIX ni??
Eee..sedap ke???

Rasa dia ada masam, manis kemudian bila masuk ke tekak rasa pahit sedikit. Bagi saya rasa VIVIX ni sedap dan unik. Campuran bahan-bahan organik ni yang jadikan rasanya unik. SEDAP!!!

Tapi bukan semua orang sesuai ambil VIVIX ye. Yang tak sesuai ambil VIVIX..
  • Ibu mengandung (kalau ambil boleh sebabkan keguguran ye).
  • Ibu menyusu (boleh ubah rasa susu badan kita).
  • Bawah umur 18 tahun.
  • Ibu dalam tempoh berpantang.
Golongan yang perlukan VIVIX..

 nak awet muda
√ yang suka menjaga kesihatan
√ pesakit menghidap diabetes
√ penghidap sakit jantung
√ yang menghidap angin ahmar/strok
√ penghidap kanser
√ lelaki yang mengalami masalah kesuburan
√ yang manghadapi masalah sendi

Kalau anda mahukan hidap yang lebih sihat, ubahlah tabiat lama kepada yang lebih baik. Salam sayang..


Gaji sekarang tak mencukupi??
Nak jana pendapatan 3@4@5 angka sebulan?? 
Izinkan saya kongsikan caranya kepada anda..

Syima
0194620792

#yourtrustedshakleedistributor :-)


Jika anda rasa ilmu ini bermanfaat, sila share








Anak-anak permata hatiku

Assalamualaikum semua. Semoga semua yang membaca dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.
Saya nak kongsi cerita SET KANAK-KANAK SHAKLEE untuk anak-anak permata hatiku..


Saya sebelum ni tidak begitu peka tentang keperluan zat yang penting untuk anak saya. Asalkan anak cukup makan dah memadai bagi saya. Rupanya saya salah.

Bermula dengan join sebagai ahli Shaklee, baru saya belajar mengenal erti keperluan penting untuk tumbesaran anak-anak saya. Saya mula berikan set lengkap ini pada anak-anak saya bermula Ramadan 2014. Dan hasilnya, memang diluar jangkaan saya.

Saya jenis pentingkan amalan berpuasa untuk anak-anak saya sejak kecil. Sejak mereka umur 5 tahun saya cuba ajar mereka berpuasa. Orang kata nak melentur buluh biar dari rebungnya. Saya ajar mula-mula setengah hari. Kalau tengok mereka mampu baru cuba habiskan puasa penuh 1 hari.

Untuk kakak memang tiada masalah habiskan puasa penuh sebulan sebab dia dah umur 8 tahun. Cuma anak saya yang nombor 2 ni saya risau dia tak tahan. Dia baru umur 6 tahun.

Jadi saya cuba ajar anak lelaki saya ni puasa penuh tahun ni. Start dengan berikan mereka SET KANAK-KANAK SHAKLEE. Saya mula berikan selepas seminggu berpuasa.

Memang syukur Alhamdulllah, saya sendiri tak menjangka. Nampak perbezaan sebelum dan selepas pengambilan. Di awal seminggu puasa nampak mereka lesu je bila sampai petang. Selepas start consume set ni, sampai Maghrib pun masih bertenaga lagi.

Mereka ni sekolah kebangsaan pagi dan petang sambung pulak sekolah agama. Yang bagusnya lepas waktu sekolah agama boleh lagi main bola dengan kawannya yang tak puasa. Malam pulak gilir-gilir ikut saya dan suami pergi terawih.

Hasilnya kakak dapat puasa penuh tahun ni manakala adiknya yang 6 tahun tertinggal satu hari puasa. Dia tertinggal puasa sebab terlalu ngantuk masa nak balik kampung nak dekat hari raya hari tu. Tak bangun sahur.

"Umi, sok Ameer puasala sebab hari ni  Ameer tak larat nak puasa".
"Esok mana boleh puasa Meer, esok dah Hari Raya. Takpe tahun depan Ameer puasa penuh ye".

Punyala dia gigih nak ganti jugak puasa dia yang tertinggal tu.

Kerana mampu puasa penuh, cikgunya pun reward mereka duit raya lebih dari kawan-kawan yang tak berpuasa penuh. Seronoklah puasa anak-anak saya tahun ni. Kami suami isteri pun reward juga 'angpau' lebih sikit berbanding tahun sebelumnya. Saje nak bagi semangat untuk mereka.



Saya nak tanya ada tak ibu bapa yang tak sayangkan anak-anaknya?

Ada setengah yang berpendapat fakta itu benar kerana kalau tak sayang pasti takkan ada kes buang bayi, kes anak-anak ditinggalkan oleh ibu atau bapa mereka semasa kecil.

Sebenarnya semua itu bergantung kepada individu. Kepada anda-anda di luar sana.. tepuk dada, tanyalah selera.

Kepada yang merasakan anda sayangkan anak-anak anda, cuba tanya diri sendiri..

KITA SEBAGAI IBU BAPA, APA YANG DAH KITA LAKUKAN UNTUK TUNJUKKAN KITA SAYANGKAN ANAK-ANAK KITA??

Yang kebiasaanya pastilah kita sediakan segala keperluan mereka.

Berikan kasih-sayang, berikan ilmu pelajaran. Juga pastikan anak-anak kita mendapat sumber pemakanan yang sihat dan seimbang.

Ramai ibu bapa yang kata mereka dah cukup bagi makan kepada anak-anak mereka. Tanpa mereka, sedari sebenarnya mereka tidak membekalkan sepenuhnya zat-zat yang diperlukan oleh anak-anak mereka.

Bila anak-anak kekurangan zat, akan terjadilah simptom- simptom berikut:


1. Anak-anak akan mudah diserang demam, selsema
Perlukah kita bazirkan duit untuk beli ubat farmasi atau pergi klinik sedangkan kita tak tahu ubat itu serasi dengan anak kita. Dah tentu banyak tambahan kimia dalam ubat tu.

2. Anak-anak sukar untuk buang air besar.
Ini terjadi apabila ibu bapa tidak membekalkan serat yang mencukupi kepada anak-anak.


3. Anak-anak `eaty picker`/ memilih makan.
Ini boleh terjadi bila anak-anak rasa makanan yang kita hidangkan tak menarik perhatian mereka untuk makan.

4. Anak-anak cepat lesu dan mengantuk.
Bila makan dah kurang, kanak-kanak akan jadi lesu dan mengantuk. ZZZzzzz.....

5. Kurang tumpuan.
Kalau dekat sekolah, cikgu ajar kat depan dia tidur. Kalau kat rumah pulak kalau mak bercakap dia mula la mengelamun je.

Anda sebagai ibu bapa, nak ke anak-anak kita jadi macam tu????

Cuba anda berikan SET KANAK-KANAK SHAKLEE untuk tambahkan zat-zat yang kurang dalam badan anak-anak kita.

KENAPA PULAK SET KANAK-KANAK SHAKLEE??

Di dalam set ni ada
1. Omega guard.
√ penting bagi perkembangan dan fungsi otak.
√ meningkatkan sistem imunisasi.
√ menapis segala virus dan bakteria dari badan.
√ kanak-kanak yang mengambil omega guard mampu mengatasi masalah pernafasan.



2. Mealshake
* mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan.
* kaya dengan sumber kalsium dan protein.
* amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat.
* pilihan protein soya terbaik anda.
* kaya dengan serat yang baik untuk sistem penghadaman.




3. Chewable Vitamin C
√ membantu mengekalkan pertahanan semulajadi badan.
√ membantu menjaga kesihatan gigi, gusi dan tulang. Ia sangat penting untuk gigi yang kuat dan gusi yang sihat.
√ meningkatkan penyerapan zat besi dari sumber bukan daging.



Sekiranya anda memilih untuk memberikan SET KANAK-KANAK SHAKLEE untuk anak-anak anda. Insyaallah masalah yang biasa anda hadapi di atas dapat diatasi.

TAHUKAH ANDA??

1. Dari lahir hingga umur 3 tahun, perkembangan otak amat peka terhadap pemakanan bayi dan 75% daripada kapasiti otaknya berlaku dalam tempoh yang genting ini.

2. Selepas umur 2 tahun, pengambilan makanan berlemak seharusnya diambil dalam kuantiti sederhana rendah untuk mengelakkan penyakit jantung, kegemukan dan masalah yang lain.

3. Pada umur 5 tahun, 90% daripada perkembangan otak kanak-kanak telah lengkap.

4. Antara umur 11-16 tahun, peningkatan yang besar dalam tumbesaran biasanya berlaku dengan peningkatan berat badan dan pertumbuhan otot yang ketara.


Jadi kalau anda sayangkan anak anda, berilah mereka zat yang secukupnya kerana ia amat penting untuk tumbesaran mereka. Jangan jadi macam saya dulu yang rasa kalau makan sahaja sudah memadai sedangkan mereka tak cukup zat yang mereka perlukan.

Anak-anak adalah aset yang tidak ternilai kepada kita. Ibu bapa yang membina acuan untuk anak-anak. Oleh itu, mari kita sama-sama menjadi ibu bapa yang prihatin dengan pemakanan mereka. Wallahualam.

Anda nak jana pendapatan??
Ingin menjana sehingga 3@4@5 angka sebulan??
InsyaAllah saya akan cuba bantu anda sekiranya anda izinkan.

Syima
0194620792
#yourtrustedshakleedistributor

Jika anda rasa entri ini bermanfaat, sila share

Tuesday, September 9, 2014

Berseri dengan Collagen Powder

Assalamualaikum semua. Semoga anda semua sihat walafiat dan sentiasa ceria.

Promosi..promosi..Collagen powder ada promosi la. Ini la masa nak borong habis untuk September 2014.


Apa collagen Shaklee ni??

Selalu kita makan collagen ni supaya muka kita jadi cantik, cerah dan berseri. Masa baby collagen pada muka banyak sbab tu kulit baby halus dan mulus je..

Bila dh tua collagen semakin merosot. Sebab itu muka kita jadi kusam dan x bermaya.

Tapi masalah kurang collagen ni boleh digantikan dengan pemakanan yang seimbang.

Sumber kolagen ni boleh diperolehi daripada sumber-sumber di bawah ni.

1. Tumbuhan
Kebanyakannya dah diubahsuai genetik dan tidak neutral. Malah ia sukar diserap oleh tubuh kita.

2. Haiwan
Kebanyakan kolagen ni dibuat dari kulit ayam atau lembu. Kebarangkalian untuk mendapat penyakit bersangkut dengan penyakit haiwan adalah tinggi seperti mad cow.

3. Ikan.
Dibuat dari sisik ikan merah. Ia mengandungi kandungan kolagen yang sangat tinggi. Ia juga tulen dan kurang tercemar. Molekulnya yang kecil memudahkan penyerapan secara semulajadi dalam tubuh. Juga mudah dicerna dan diserap oleh badan.

Tapi boleh ke kita pastikan apa yang kita makan tu ada sekali sumber collagen untuk jadikan kulit kita cantik dan bermaya??

Jawapan dia belum tentu dapat kecuali memang displin dalam pemakanan. Jadi penyelesaiannya????


1 sachet sehari mampu membekalkan :

1. Kulit yang lebih anjal. Dapat mengecilkan liang pori dan menghilangkan kedutan dan garis halus.

2. Kulit muka lebih lembap.

3. Kulit lebih putih, dapat kurangkan pigmentasi dan jeragat.

4. Rambut yang lebih sihat, semakin tebal dan bersinar.

Tau tak macammana ia mampu membantu menyelesaikan masalah kita di atas??

Shaklee telah mengkaji dan sertakan bahan-bahan ini untuk kebaikan kepada pengguna yang menggunakan produk ini.

a. Ekstrak glukosamina sebagai pelincir sendi dan mata.

b. Lactobacillus acidophilus sejenis bakteria baik yang mampu tingkatkan penyerapan kolagen.

c. Ekstrak biji camellia Japonica yang menghidrat dan membekalkan nutrisi kepada sel.

d. Ekstrak pfaffia penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat, menghasilkan hormon dan untuk kekuatan dalaman.

e. Vitamin C sebagai penggalak untuk menghasilkan kolagen dalam badan.

f. Vitamin B untuk tukarkan karbohidrat dan lemak kepada tenaga (tingkatkan metabolik badan untuk penghasilan kolagen)

g. Dibuat dari sisik ikan merah yang berkualiti tinggi.


Macammana nak sediakan Shaklee collagen powder ni??
Senang saja. Sila ikut arahan di bawah yer..

1. Collagen powder ni dalam bentuk serbuk dan boleh dibancuh dalam bentuk minuman.

2. Boleh campur dengan jus, air coklat@milo dan sebagainya.

3. 1 sachet untuk setiap hari. Boleh amalkan sebelum tidur malam yer.


Testimoni pengguna setia Shaklee collagen powder.

Testimoni ni saya ambil dari kisah ibu mertua master kam maria yang telah menjadi pengguna setia Shaklee collagen powder. Mohon share ye master.


Kisah Mak Mertua Ku

Sejak tahun 2012 yang lalu, biras Maria, Ainul ada berikan Mak Mertua Maria sekotak Shaklee Collagen Powder (SCP). Dalam 1 kotak ada 15 sachet. Mak Mertua makan 1 sachet selang sehari. 

Lepas sebulan, dah habis sekotak, Mak request nak lagi. Hmm..menarik ni. Masa tu Maria baru je join Shaklee dan belum pernah cuba SCP ni. 

Dulu, Maria tak berapa ambil peduli tentang Collagen ni, sebab rasa macam tak penting pun. Dahla kebanyakan Collagen mahal-mahal, ingatkan fungsinya cuma untuk awet muda je. Disebabkan Maria ni memang dah jenis awet muda (Ehem!!), so rasanya tak perlu lah makan collagen ni kot.

Kalau diikutkan, Mak Mertua Maria ni bukanlah jenis yang rajin sangat nak makan supplement. Dia ada juga makan supplement brand lain sebelum ni tapi selalu skip dan susah nak konsisten. 

Tapi kali ni dia seronok pulak makan Shaklee Collagen Powder. Mak kata rasa tak complete kalau tak makan SCP,  memang rasa perbezaannya dan lebih bertenaga.

Mak Mertua Maria ni memang minat sangat berkebun. Kalau nak tahu, macam-macam pokok buah dan sayuran yang dia tanam kat kebun belakang rumah. 

Walaupun dah berumur 64 tahun, dan kedua-dua kepala lutut dah ditukar besi (boleh baca kisah Mak dan operation lututnya DI SINI), sebolehnya kami memang tak galakkan mak banyak berjalan dan berkebun. Tapi disebabkan berkebun dah memang minat dia, memang tak boleh nak halang dah. So, layankan aje lah.

Dulu, lepas balik dari berkebun, confirm mak akan rasa letih. Kulit pun cepat kusam sebab banyak terdedah pada panas matahari. Tapi demi minatnya pada aktiviti berkebun, Mak tak kisah pun. 

Sejak Mak makan Shaklee Collagen Powder, Mak kata badan dia rasa lebih bertenaga dan kurang dah sakit-sakit badan. Lepas tu, yang paling best, Mak rasa kulit dia lebih lembab. Haaa...Itu baru effect untuk wanita berumur 64 tahun tau. Kalau yang lebih muda, apatah lagi mengancam kesannya. Hanya yang dah cuba saja yang tahu rasa bestnya tau..

So sejak dari tu, memang Maria sentiasa bekalkan Mak Mertua dengan Shaklee Collagen Powder. Bila pergi travel (umrah atau bercuti), Maria tengok mak mesti tak lupa bawa SCP ni.

Mak mertua Maria memang sangat suka pergi vacation sejak muda lagi. Bayangkan dalam keadaan lutut yang sakit sebelum buat operation dulu pun, Mak masih gigih pergi vacation. Bila sakit masa berjalan-jalan, dia stop rehat sekejap. Lepas tu sambung jalan-jalan lagi. Sampai doctor pun marah. 

Tapi sejak lepas operation lutut, dan ditambah dengan makan Shaklee Collagen Powder ni, Mak dah makin seronok berjalan-jalan. Dah kurang sakit-sakit kaki. 

Rasa seronok dan puas sangat dapat bantu Mak lebih sihat dan ceria. Bila Mak sihat, dia dapat buat macam-macam perkara yang dia suka. Dapat pergi berkebun, pergi mengaji, pergi 


Sekiranya ingin dapatkan maklumat lanjut tentang cara pemakanan yang betul dan tak mahu lepaskan peluang sempena promosi di bulan September 2014, sila pm@wsp@call saya.

Syima
SID 1155593 
0194620792

Jika anda rasa entri ini bermanfaat, sila share.














Saturday, September 6, 2014

Set Menyusu Terbaik Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya doakan anda semua sihat walafiat bersama orang tersayang.

Hari ni saya nak kongsikan kepada anda mengenai set menyusu Shaklee yang telah digunakan oleh ramai ibu-ibu yang percaya set menyusu Shaklee ini berkesan dalam memperbanyakkan dan memekatkan susu badan.

Anda percaya?? Yang tak percaya sila baca entri saya di bawah ni.

Ramai ibu-ibu yang bekerjaya ingin menyusukan anak mereka selama yang boleh.

Masalah yang dihadapi selalunya tekanan kerja, makan tidak teratur yang menyebabkan kuantiti susu selalu berkurangan.

Sekiranya anda bertekad untuk menyusukan bayi secara `eksklusif`, mulalah dari saat kehamilan lagi.

Persediaan awal amat-amat penting. Saya sarankan rakan-rakan cuba amalan di bawah ni untuk program yang berjaya.

1. Kerap berdoa selepas solat untuk rezeki menyusukan anak selama yang mungkin.

Doa yang boleh diamalkan. Cuba ye kawan-kawan.

2. Cari ilmu penyusuan yang betul. Banyak sumber kita boleh dapat samada pergi ke mana-mana klinik kesihatan atau search dekat Mr Google. Insyaallah banyak ilmu yang boleh dipelajari.

3. Cari dan tanya kawan-kawan yang dah ada ilmu menyusu yang betul.

4. Dapatkan pam susu yang memudahkan anda mengepam semasa ditempat kerja.

Jenis yang pakai bateri lagi mudah dan cepat

Pam jenis manual
Teringat masa zaman saya dulu pakai pam manual je. Itu yang saya mampu masa tu. Yang penting anda dapatkan alat yang mampu mengepam susu terutama di tempat kerja.

5. Makan makanan berkhasiat seperti set menyusu Shaklee.

Bila dah makan set menyusu Shaklee, Insyaallah susu badan akan banyak. Bila dah banyak kena sentiasa pam untuk elakkan perkara seperti di bawah: 

1. Bengkak susu. 
Memang rasa sakit sangat kalau susu dah penuh dalam breast tapi tak dikeluarkan. Pernah terjadi kes yang teruk di mana pembedahan terpaksa dibuat untuk keluarkan ketulan.

2. Susu berkurangan.
Bila kurang mengepam semasa bekerja, lama-lama susu akan kering. Bila dah kering tak boleh susukan anak secara eksklusif. Kan rugi?

Terpaksa bergantung pula pada susu berbayar. Makin kaya mereka.

Jadi kawan-kawan,cuba amalkan tips seperti di atas. Insyaallah program penyusuan anda akan berjaya. Doa juga penting ye.

Harga set menyusu Shaklee.

Set yang diperlukan bergantung kepada bajet yang diperuntukkan. Kalau anda nak harga yang berbaloi, jadi ahli. Harga lebih murah 25%.

Sekiranya anda baru nak mencuba set ni. Boleh cuba yang asas dahulu :

1. Esp membantu bekalkan sumber protein dan memekatkan susu ibu.


2. Alfalfa membantu memperbanyakkan susu ibu.


Yang ini harga RM 250. Nak harga yang murah lagi dari ni? Boleh, mendaftar sebagai ahli. Produk ni pun boleh bertahan lama. Kan berbaloi tu?

Sekiranya anda berpuas hati dengan 2 produk tadi. Bolehlah ambil full set pulak.

Terdiri dari :

1. Vitalea - multivitamin untuk kesihatan secara menyeluruh
2. B Complex - memberi tenaga kepada anda terutama selepas penat seharian bekerja dan mengurangkan stress.


3. Vitamin C - untuk ketahanan imun badan dari sebarang penyakit


4. Ostematrik - bekalkan kasium untuk tulang ibu dan anak

5. ESP - bantu bekalkan sumber protein dan memekatkan susu ibu


6. Alfalfa - menggalakkan pengeluaran susu ibu.


Untuk pengetahuan ibu-ibu di luar sana, kalau kita nak dapatkan jumlah susu yang banyak, disiplin amat perlu ye.

Disiplin macammana pulak? 

1. Disiplin menjaga pemakanan. Pastikan makan makanan yang berkhasiat. Penting nak dapatkan susu yang berkualiti ye.

2. Perlu sentiasa pam susu badan anda termasuk waktu bekerja. Luangkanlah masa sebentar perah susu anda. Penting elakkan susu badan anda dari kering.

3. Pastikan anda ada ilmu penyusuan ibu. Apa yang boleh dan tak boleh di makan. Ingat ye..

4. Pastikan ibu-ibu sekelian minum air masak 3 liter setiap hari ye.

Mama..nak susu
Gandingan set menyusu Shaklee dan ilmu penyusuan yang betul, Insyaallah akan memberikan kesan yang terbaik.

Khasiat utama set menyusu ini adalah mempercepatkan proses pemulihan ibu selepas bersalin dengan membekalkan zat-zat yang diperlukan oleh si ibu supaya kembali sihat dan bertenaga.

Ibu-ibu yang berkerjaya mengalami risiko yang tinggi untuk kurangnya susu badan akibat faktor kepenatan, tekanan kerja dan berbagai lagi.

Selain pentingnya disiplin menjaga pemakanan dan waktu pam susu, perlu tenang dan `set`kan minda anda untuk bekalkan susu ibu sehingga umur anak 2 tahun.

Selebihnya jangan putus asa berdoa pada Allah sebab kita dah berusaha sedaya yang mungkin tapi tanpa izin Allah, semua tak menjadi. Betul kan??

Testimoni pengguna yang dah berjaya banyakkan susu badan bersama set menyusu Shaklee.

Testimoni 1.

Testimoni 2.

Testimoni 3

 Testimoni 4


Testimoni 5
Testimoni 6


Testimoni 7
                            


Sekiranya anda ada sebarang keraguan atau ingin mendapatkan sebarang konsultasi mengenai supplement yang dicadangkan, Insyaallah saya akan cuba bantu.

Anda ingin jana pendapatan 4 angka sebulan??
Sila hubungi saya untuk saya hulurkan bantuan.

Sila call@pm@wsp:

Syima
0194620792

Sekiranya anda rasa entri ini bermanfaat, sila share
































Tuesday, September 2, 2014

MEALSHAKE yang istimewa


Assalam semua. Semoga anda semua sihat dan ceria bersama orang yang tersayang. Saya nak kongsikan kepada anda produk istimewa ni. Kenapa istimewa??

Sebab ia lazat dan disukai kanak-kanak. Selain itu mampu memberi tenaga kepada kanak-kanak. Bukan kanak-kanak je. Orang dewasa pun boleh. Istimewa bukan??

MEALSHAKE DARI SHAKLEE..

Banyak yang istimewanya tentang produk ni. Saya sendiri beri untuk kesihatan yang istimewa untuk anak-anak saya.

Mari saya kupas satu persatu..


Kenapa istimewa MEALSHAKE ni???

1. Ia menyediakan hidangan lengkap dengan asid amino supaya mudah diserap oleh badan kita.

2. Diperbuat dari bahan-bahan semulajadi - buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.

Lactalbumin ni mengandungi sumber protein yang mudah diserap oleh tubuh kita tak kira kanak-kanak sampai ke peringkat dewasa.

3. Bekalkan nutrisi lengkap - 24 jenis vitamin dan mineral.

4. Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh.

5. Membantu tumbesaran.

6. Anti oksida - melambatkan proses penuaan.

7. Mengembalikan seri wajah - membina sel-sel darah merah yang sihat sekaligus memberikan kulit yang lebih cantik

8. Lazat. Yummy...


Sharing testimoni..

Saya nak share skit pengalaman saya sendiri gunakan MEALSHAKE ni. Saya start bekalkan MEALSHAKE ni pada anak-anak saya seminggu selepas puasa.

Memang nampak ketara perbezaan masa seminggu sebelum pengambilan dan semasa pengambilan.

Ameer Faris. Pemalu beserta aktif



Ni anak yang nombor dua. Dah 6 tahun. Masa bulan puasa aritu dia kata kat sekolah ramai kawan-kawan tak puasa. Nasib jenis tak merengek nak berbuka bila kawan-kawan tak puasa. Balik sekolah tu boleh lagi main bola dengan kawan-kawannya yang tak puasa.

Rahsianya saya beri MEALSHAKE campur dengan air coklat. Satu sudu setiap hari. Memang dia bertenaga sampai ke petang.

Petang pulak kena pergi sekolah agama. Tengah panas pulak tu. Alhamdulillah tahun ni cuma satu hari je dia tak dapat puasa. 

Itupun sebab dia tak bersahur. Penting sebenarnya bersahur tu untuk kita supaya kita dapat tenaga shingga ke petang.




Ameer Amzar

Nurfateen Syazwani

Anak perempuan saya ni pun saya bekalkan jugak MEALSHAKE. Satu sudu setiap kali sahur. Dia dapat puasa penuh tahun ni. 

Yang kecil skali saya beri setengah sudu je. Dia memang jenis susah nak makan. Bila beri MEALSHAKE selera makan pun nampak makin bertambah. 

Memang hebat penangan MEALSHAKE ni..


Kenapa ibu bapa perlu risau anak-anak tak berselera makan???

Kanak-kanak ni dalam proses perkembangan tubuh badan dan otak. Banyak keperluan tambahan yang diperlukan untuk proses tumbesaran mereka.

Bila mereka jadi choosy nak makan, dah tentu mereka akan kekurangan nutrien-nutrien penting yang diperlukan.

Apa kesan kepada kanak-kanak yang kurang nutrien??

1. Melambatkan kecerdasan otak.

2. Tumbesaran fizikal terbantut.

3. Mudah diserang penyakit.

Sebenarnya MEALSHAKE ni bukan sahaja baik untuk kanak-kanak ye. Orang dewasa pun boleh ambil. Jadi yang dewasa tu janganla takut-takut nak minum.

Khasiat tetap sama dan yang penting lazattt...

Cara nak bancuh MEALSHAKE..

Sangat-sangat senang. Bancuh 1 sudu bersama air susu@milo@horlicks@coklat. Pastikan air tu suam.

Klau air panas akan rosak protein dia ye. 

Klau budak kecil beri setengah sudu sudah mencukupi. 

Untuk anak2 saya satu bekas boleh tahan dalam 3 minggu.

Itu sebab anak saya 3 orang. Klau anak sorang@dua boleh tahan lama lagi. Berbaloi bukan??

Lebih-lebih berbaloi untuk bulan September 2014 kerana promosi yang diberikan.



Kepada pengguna tegar MEALSHAKE ni pasti tak akan ketinggalan buat stok kat umah sementara ada promosi. 

Kepada yang belum pernah mencuba, serius anda perlu cuba..
Dibekalkan dengan khasiat yang banyak dan sedap.

Memang istimewa bukan???

Kepada yang hendak menjana pendapatan 4 angka bersama Shaklee, sila pm@wsp@call saya ye. 

Insyaallah saya akan bantu anda cara pemakanan yang betul dan cara untuk menjana pendapatan.


Syima
SID : 1155593
0194620792

Jika anda rasa ilmu ini bermanfaat, sila share.