Saturday, November 22, 2014

Bila hati berbisik..


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Moga anda semua sihat dan ceria bersama orang yang anda sayang.

Alhamdulillah, diberikan kesempatan oleh Allah untuk menulis lagi entri. Kita hanya merancang, tapi Dia yang menentukan.

Kali ini sesuatu yang ikhlas dari hati. 

Tak siapa diantara kita di dunia memilih jalan hidup yang derita. Boleh ke kita memilih untuk sentiasa bahagia? Semua akan berkata..'ya..aku nak bahagia'. 'Aku hendak berjaya', tapi kita takkan dapat semua itu sentiasa.

Jangan kita menyalahkan Allah hanya semata-mata dia memberikan sedikit ujian pada kita. Sesungguhnya Dia tidak akan sesekali menguji hambaNya dengan sesuatu yang kita tak mampu tanganinya.

Sebenarnya kita sebagai hambaNya perlu sentiasa bersyukur, berserah dan mengadu hanya padaNya. Ketenangan dan kepuasan yang tidak akan kita perolehi sekiranya kita mengadu pada manusia.

Kadangkala kita tak sedar terlalu banyak dosa yang telah dipungut sepanjang hari. Mengumpat, mengeji, menyakitkan hati orang lain. Adakah itu yang kita cari? Adakah itu yang memuaskan hati kita?

Dengarlah kata hati anda berbisik...apa yang kita perlukan selama ini. Tenangkah hati kita dengan cara kita sekarang. Adakah ini yang kita cari selama kita hidup di muka bumi.

Belajarlah menjadi manusia yang sempurna disisiNya. Itulah ketenangan sebenar yang tidak akan kita dapat kalau kita menjauhkan diri dariNya. 

Jadilah sekeping hati yang suci.

"Bersabarlah, dan bertawakallah dalam kehidupan ini, sesuatu yang terjadi itu tentu ada hikmahnya,
Penderitaan yang engkau alami hanya suatu dugaan,
Dan janganlah kau bersedih hati, Tuhan Maha Penyayang.."

Syima
0194620792


Thursday, November 20, 2014

Cantik dan sihat semulajadi


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Moga anda sentiasa sihat dan ceria selalu.

Alhamdulilah. Diberi kesihatan untuk menaip satu lagi entri. Harapnya perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Fenomena sekarang, ramai orang yang nak cantik. Zaman sekarang macam-macam cara orang buat nak bagi cantik. Cucuk sana-sini, buat pembedahan plastik.

Bagi yang nak cantik, mereka selalunya tak kisah kesan pada diri sendiri asalkan cantik. Bahayakan?







Kalau perasan muka yang asal lebih cantik dari sebelumnya. Bila berubah sebegini sebenarnya perasaan sendiri yang kata 'cantiknya aku'.

Cuba tanya kawan yang duduk sebelah tu ataupun kalau kita keluar rumah dan tanya orang sekeliling. Cantik tak kita. Rasa-rasa jawapannya apa??

Pembedahan mengikut perspektif Islam
Jika melihat pada pandangan Islam, melakukan pembedahan pada wajah terbahagi kepada beberapa hukum.

Ada yang diklasifikasikan sebagai haram, harus dan halal. Ia bergantung kepada niat individu.

Kepada yang nakkan percerahan tentang isu ini, sila KLIK

Kenapa tak berubah ke semulajadi?
Ini yang selalu terjadi. Orang selalu nak cantik dan sanggup habiskan puluhan malah mungkin sampai ratusan ribu ringgit untuk jalani pembedahan plastik dan suntikan.

Kenapa tidak memilih dan bertukar ke sumber semulajadi?

Dihasilkan lebih selamat serta disahkan oleh Kementerian Kesihatan. Penggunaan bahan yang dijamin halal. Ramai yang sudah terbukti berkesan menggunakannya.

Berkesan dan selamat untuk menegangkan kulit, menjadikan awet muda, memudarkan jeragat dan mengecilkan liang pori. Tanpa perlu ada kesan sampingan seperti gambar di atas.


Sila klik COLLAGEN POWDER untuk maklumat terperinci.


Testmoni pengguna yang terbukti berkesan.

Testimoni 1
Gambar sebelum penggunaan collagen powder

Gambar selepas gunakan 1 kotak setengah.

Ini adalah gambar saya sendiri. Orang kata nak buat testimoni kena tuan punya badan test dulu. Baru kita boleh bercerita kesannya secara terperinci.

Hasilnya jeragat saya dah makin pudar dan liang roma pada muka makin mengecil. Alhamdulillah.

Testimoni 2

Gambar sebelum penggunaan

Gambar lepas gunakan 1 kotak collagen

Jadi kepada anda di luar sana, ramai orang yang hendak cantik. Semuanya terpulang kepada anda bagaimana cara anda nak cantik.

Jangan sampai merana untuk cantik. Fikir-fikirkan.

Syima
0194620792

Saturday, November 15, 2014

Kartun dulu dan sekarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya doakan moga anda semua sihat dan ceria di bawah payung lindungan Allah. Amin.

Kali ni saya nak bercerita pasal kartun pulak. Masuk bab animasi dah. Agaknya syima ni nak wat entri animasi pulak ke?

Cerita kartun ni bukan budak-budak je yang suka tengok. Kita yang tua-tua pun ramai yang suka tengok. Haaa..betul tak. Saya sendiri pun suka tengok sampai sekarang.

Saya just nak share tentang cerita kartun zaman saya dulu dengan zaman sekarang.

Kalau zaman akhir 80an dan awal 90an dulu, cerita kartun yang famous macam dragon ball, doraemon, ultraman, sailor moon (dengan kuasa bulan, akan menghukum mu..). Hahaha ingat lagi tagline dia. Saya suka tengok kartun tomato man. Sampai sekarang saya ingat lagu dia. Hehehe, zaman kanak-kanak.







Kalau perasan banyak kartun yang famous masa tu kebanyakannya dari Jepun. Saya pun tak sure kenapa orang suka tengok kartun buatan Jepun ni. Kebanyakan jalan ceritanya menarik perhatian kanak-kanak masa tu.

Bukan nak kata kartun buatan Barat ni tak bagus. Ada jugak yang budak-budak suka tengok. Macam Mickey Mouse, woody wood pecker, Tom n Jerry.



Kalau dekat Malaysia pulak masa zaman saya kanak-kanak dulu tak banyak kartun. Yang famous masa tu cerita usop sontorian. Kiranya kartun ni antara yang tercanggih pada zaman tu. Bila orang Malaysia dapat hasilkan kartun tu dah kira maju dah. Rasa best sebab kita pun boleh buat kartun gak. Bangga tau.


Kartun Usop sontorian lebih berkisar tentang cerita budak kampung dan cara hidup mereka.

Dulu vs sekarang
Sekarang kartun dah makin menarik. Tak macam zaman dulu-dulu. Macam-macam jalan cerita boleh direka. Cakap je gambar macam mana, semua ada.

Zaman sekarang teknologi dah makin maju. Samala macam telefon yang makin lama makin canggih. Semuanya teknologi.

Kalau nak mention kartun apa yang seronok, saya rasa banyak sangat. Macam-macam. Sampai tak terkira.

Tapi yang kekal famous sampai sekarang dah tentu kartun doraemon. Walaupun version lama tapi masih diminati. Lepas tu cerita ultraman.

Ultraman di Malaysia??

Sekali sekala ultraman naik basikal

Tapi ultraman ni dah banyak perubahan. Dulu dan sekarang banyak bezanya. Kalau yang dulu raksasanya tak berapa real. Kaku semacam je kan? Walaupun maskot raksasa dia nampak pelik, tapi kita patut puji mereka yang hasilkan maskot raksasa tu. Ingat senang ke nak buat? Susah tau. Kalau saya tak terfikir dah. Kreatif.

Kartun Malaysia sekarang antara terbaik
Dulu animasi di Malaysia agak muram sedikit. Sekarang ni dah berkembang maju macam cendawan tumbuh di musim hujan. Jalan cerita yang makin baik dan perkembangan teknologi membantu juruanimasi di Malaysia hasilkan kartun yang berkualiti dan jalan cerita terbaik.

Contoh paling baik adalah upin dan ipin. Fenomena upin ipin ni dari awal siarannya sampaila sekarang. Anak saya sendiri pun cakap tak berapa. Tapi bila sebut upin ipin laju je. Sabar je la kan.


Tengokla si comel ni pun pandai tengok upin ipin

Semakin lama filem animasi semakin berkembang dan jalan cerita pun pelbagai. Jadi semuanya bergantung pada juruanimasi untuk hasilkan jalan cerita terbaik untuk tarik perhatian penonton.

Jadi, kartun mana yang menjadi pilihan anda?









Wednesday, November 5, 2014

Ulser mulut dah tiada....


Assalamualaikum dan salam ceria semua. Bertemu lagi di dalam entri walaupun tak bertentang mata. Harap anda enjoy membaca entri kali ni.

Ni dah apahal pulak Syima Razak ni buat entri pasal MATA IKAN dah tiada...

Ikan mana yang takde mata?? Hehehe...Jangan pening-pening ye..

Mata ikan ni merujuk kepada ulser mulut atau dalam bidang perubatan di panggil ulser afta. Saya suka nak berkongsi sendiri pengalaman saya mengenai mata ikan ni. Kerana apa??

Kerana saya adalah salah seorang penghidap tegar ulser mulut. Haa..tegar tau. Saya klasifikasikan tegar tu bila mana sekali kena sampai 2 atau 3 'butir' ada dalam mulut saya ni. Lepas tu kena kerap pulak.


Bayangkanla camne. Sakit dia memang takleh cakapla. Kadang-kadang kalau makan dan terkena pulak kat kawasan tu, huhu...berair biji mata. 

Kadang-kadang bila dah lama sangat kena dan tak baik-baik, suami saya ajak pergi klinik mintak ubat. Tapi tak semua ubat yang diberikan tu berkesan.

Saya ni kalau kena ulser, memang saya jaga 'baik' kawasan tu. Kononnya nak bagi cepat sembuhla. Tapi lambat jugak baik. Kadang-kadang bertambah lagi ada. Dugaan betul. Maknanya cara saya tu tak betul. Mungkin ada petua atau ubatan lebih baik yang boleh saya amalkan.

Petua nak hilang ulser dengan cepat.

1. Air garam
Ini cara tradisional dan menjadi pilihan ramai sejak dulu. Tapi bukan saya ye sebab saya tak mampu mengamalkannya (berair mata). 
Berkumur dengan air garam 2 @ 3 kali sehari untuk kurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan akibat luka di mulut. Juga dipercayai dapat mengurangkan jangkitan kuman.


2. Air+baking soda
Campuran ini boleh diletakkan di bahagian ulser. Anda akan rasa pedih tapi secara perlahan-lahan ia akan mengurangkan diameter luka tersebut. Bahan campuran ini adalah cara cepat untuk menyembuhkan ulser mulut.


3. Elak makan makanan masam
Ia boleh menyebabkan iritasi pada permukaan kulit yang terkena ulser. Elakkan makan makanan masam seperti buah limau, oren, mangga muda, lemon dan seumpamanya.



4. Air kelapa
Berjemur di bawah panas atau bekerja di lokasi panas matahari boleh menyebabkan suhu badan panas berlebihan. Air kelapa dipercayai dapat menurunkan suhu badan menjadi lebih sejuk. Selain dapat menstabilkan suhu dan menyembuhkan ulser, ia juga bagus untuk kesihatan.


5. Vitamin B
Seseorang yang kekurangan zat besi atau B12 lebih mudah untuk menghidap ulser. Jika anda jarang mengambil dua nutrien di atas, maka ulser yang tumbuh mungkin akan jadi lebih parah. Supplement B12, B9 dan makanan yang kaya dengan zat besi boleh mencegah dan menyembuhkan ulser. Antara makanan yang kaya dengan zat besi ialah bayam, jagung, aprikot, yogurt dan telur.


6. Vitamin C
Bagi mempercepatkan proses penyembuhan, selain mengambil vitamin B12 atau menambah pengambilan makanan yang mengandungi zat besi tinggi, vitamin C juga mempunyai peranan hampir sama. Memperbanyakkan penggunaan vitamin C boleh membantu proses penyembuhan ulser. Antara makanan yang kaya vitamin C ialah mangga, oren, brokoli, strawberi, kiwi dan anggur.


*sumber dari Harian Metro.

Untuk langkah 1-4 memang takdela saya amalkan. Tak sanggup pun ye. Takut menangis sepanjang hari. Tidakkk!!!!!

Namun, sejak berkenalan dengan Shaklee, saya ambil vitamin B complex untuk kesihatan tubuh badan seharian dan vitamin C untuk tingkatkan sistem imun saya.

Kalau ikut dari kesihatan badan memang 100 kali lebih baik dari dulu. Lebih sihat, cergas dan bertenaga. Mengenai 'mata ikan' yang dah tak singgah memang saya tak sedar. Baru-baru ni je baru perasan.

Lepas saya selidik dan tanya en Google, baru saya dapat jawapannya. Ia sebab saya amalkan vitamin B complex dan vitamin C secara konsisten setiap hari.

Sila klik untuk dapatkan maklumat mengenai Vitamin B Complex dan Vitamin C.

Dan sekarang, saya dah tak susah hati lagi. Alhamdulillah saya bebas dari ulser mulut yang selalu saya kena. Best sangat-sangat.

Kepada anda di luar sana yang selalu kena ulser macam saya, anda dah tahukan apa yang perlu anda ambil.

Saya sendiri tak sangka dalam saya nak jaga kesihatan, saya tak perlu lagi menderita menahan sakit sebab ulser.

Inilah ajaibnya supplements Shaklee. Satu supplement mampu memberikan kesan yang lebih baik tanpa kita sedari.

Sentiasa sihat
Sentiasa selamat
Sentiasa berkesan

Syima
0194620792