Friday, October 31, 2014

Cerita di suatu hari.......

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Saya doakan moga anda sihat dan ceria sentiasa.

Hari ni saya nak kongsi sikit cerita saya di suatu hari...

Hari tu hari berkerja. Macam biasala bangun awal buat solat tahajjud dulu. Sejak berkenalan dengan the amazing team ni memang saya cuba perbaiki kekurangan yang ada.




Kita nak mulakan sesuatu yang baik tu memang agak sukar. Rasa berat betul mata ni. Terpikir macammana master saya boleh tak 'miss' solat tahajjud ni?

Usaha tangga kejayaan, betul? Kalau kita nak berubah kena la transformed sikit. Haaa...walau berat mata ku gagahkan jua.

Dan sekarang alhamdulillah..walaupun ada gak la sekali sekala terkucil, tapi ada perubahan.

Anak-anakku, Bangun....

Inila part yang agak pening. Nak bangun pegi sekolah. Kadang-kadang nak kena dukung.

Adoila anak-anakku. Tak larat umi..kena makan ostematrix nak bagi tulang kuat. Kalsium umi ni agak 'kurang' skit. Kadang-kadang kalau dah duduk, nak bangun ada dengar irama dekat tulang-tulang umi ni..nak buat macammana, umur dah tengah 30an ni, kalsium dalam tulang pun kurang. Makan ostematrixla lepas ni.


Dah siap-siap hantar pegi sekolah pulak. Yang kecik ni tido lagi. Macam tu la rutin dia. Abang dengan kakak dah smart dah nak pergi sekolah. Sebelum pergi sekolah wajib minum mealshake dulu. Pastu chewable vitamin C sebiji. Bagi imun kuat sikit, bekal tenaga dan vitamin+mineral penting untuk bantu tumbesaran anak-anak umi ni.



Kesannya, Alhamdulillah diorang dah jarang kena sakit. Cergas sampai ke petang. Itu penangan mealshake+chewable vitamin C+doa ibu. Memang berkesan...

Saya pun ada jugak. Air coklat+Esp. Memang bertenaga la sepanjang hari. Tau apa bagusnya Esp ni?



* Alas perut saya sementara sebelum saya breakfast.
* Bagus diamalkan oleh orang gastrik, elak rasa lapar.
* Boleh cantik dan haluskan kulit muka saya ni.
* Kalau ibu mengandung dan ibu menyusu amalkan lagi bagus. Bagi tenaga untuk ibu mengandung dan pekatkan susu ibu. Kan best tu??
Haii...macam-macam lagi khasiatnya.

Lepas hantar anak sekolah, time to work...tapi sebelum mula kerja pastikan ambil breakfast dulu. Lepas breakfast ambil vitamin b complex dan vitamin C. Bagus untuk tambah tenaga kita seharian dan tingkatkan sistem imun kita. Disamping tu vitamin C bekal collagen untuk kulit kita.


Yang ni tak yah cite panjang-panjangla. Tak habis pulak nanti.
Kerja,kerja,kerja...haa dah petang.

Yang petang ni kena ceritala sebab special day. Ada la buat jamuan makan sikit-sikit. Punyalaa banyak makanan.

Saya pun makanla dengan seleranya petang tu. Sebab macam-macam ada, semua saya rasa. Kejap laksa, lepas tu kuih, campur pulak bubur dan finally kek. Huh...dahsyat........

Betul la pepatah kata, orang tamak selalu rugi. Akibatnya saya nak bangun pun tak larat. Adoihla. Padan muka saya kan? Sape suruh makan sampai sentak perut?

Kenyangnya sampai ke malam. Dahsyat sungguh. Lauk sedap pun saya tak kisah dah. Tapi kalau tak makan nanti lapar pulak. Kena gak alas perut ni.
Banyakla lauk malam ni

Last-last saya bancuh coklat+Esp macam pagi tadi. Ada lagi tambahan..collagen Shaklee. Minum ni barula kenyang. Tambah pulak double kecantikan. Baru 2 sudu minum Esp hari ni. Lebih 3 sudu yang tak boleh. Penat nanti ginjal kita nak proses.


Collagen Shaklee ni selalu orang ingat untuk kecantikan je. Bagi muka cerah dan anjal. No no no....
Collagen ni pun bagus untuk sendi-sendi ye. Melancarkan sekali pergerakan sendi kita. Bagus bukan??


Alhamdulillah, kenyang minum Esp ni. Tak payah dah makan nasi. Kenyang sampai esok pagi ni.

Tak lupa makan omega guard lepas makan malam. Yang ni supplement wajib kami anak beranak. Saya dan suami makan untuk rendahkan paras kolesterol. Anak-anak saya pulak amalkan untuk minda mereka.




Vivix yang paling terbaikla. Ini saya beli untuk kami suami isteri. Kebaikan vivix ni umpama semua supplements Shaklee digabungkan menjadi satu dan terhasillah vivix. Best!!




Vivix...
* anti penuaan
* boleh kawal diabetes
* sokong kesihatan jantung
* sokong kesihatan imun
* sokong kesihatan sendi dan kesihatan keseluruhan.

Makan satu sudu teh je sebelum tido. Kan banyak boleh jimat. Khasiat pun banyak.

Ok...malam pun dah larut, ngantuk dah. Inila hidup saya bersama Shaklee. Saya satu family amalkan untuk kesihatan yang lebih baik sekarang, dan akan datang. Anda bagaimana??

Syima
0194620792







Tuesday, October 28, 2014

Zuriatku....


Assalamualaikum semua. Saya doakan semoga anda sihat dan sentiasa ceria bersama orang tersayang

Ramai dikalangan kita di luar sana yang dianugerahkan oleh Allah dengan zuriat yang sihat dan comel. Syukur Alhamdulillah. Allah sudi berikan rezeki zuriat pada kita. Sekurang-kurangnya anak kita mampu membantu disaat kita mencecah usia senja.

Bagi yang belum dikurniakan rezeki, perasaan sedih pasti ada. Semua yang berkahwin mahukan anak sebagai pengikat kasih sayang suami isteri. Cuma rezeki masih belum memihak mereka. Tapi itu tidak bermakna kita tak perlu berusaha.

Usaha yang utama, mohonlah pada Allah semoga dikurniakan zuriat yang sihat.

Ramai juga yang berusaha dengan cara berurut, dapatkan rawatan klinik atau hospital berdekatan dan sebagainya.

Pada saya yang penting sekali anda perlu buat pemeriksaan lanjut apa penyebab anda tidak hamil walaupun sudah lama berkahwin.


Tujuan utama adalah untuk memastikan apa yang terbaik untuk anda. Pencarian yang tidak pasti ibarat anda mencari sesuatu di dalam gelap. Anda tidak pasti apa barang yang anda cari dan pastikah anda akan berjumpa dengan barang tersebut.

Sekiranya anda sudah pasti apa yang anda cari, kemudian carilah penawar yang sesuai untuk menyelesaikan masalah anda.

Ilmu itu penting.

Setiap perkara memerlukan ilmu untuk anda selesaikan sesuatu masalah. Cara yang paling berkesan untuk menyelesaikan masalah kesuburan adalah merujuk kepada pakar. Anda juga perlu kenalpasti beberapa perkara.

Ketahui waktu subur anda.
Tahukah anda waktu subur anda? Jom kita singkap semula pelajaran kita waktu sekolah menengah dulu.

Waktu subur adalah masa di mana telur ovum dilepaskan. Bagi wanita, waktu subur biasanya pada hari ke 10 hingga 15 dari hari bermulanya haid. Kalau nak lebih jelas, kita lihat gambar di bawah.

Pada waktu subur, proses ovulasi berlaku di mana telur ovum yang matang akan dilepaskan dari ovari dan bergerak ke tiub fallopian untuk disenyawakan. Telur ovum boleh hidup di luar ovari selama 24 jam manakala sperma boleh hidup selama 5 hari dalam badan isteri.

Waktu subur adalah waktu yang sesuai untuk suami dan isteri bersama. Ia mampu meningkatkan potensi untuk anda mendapatkan zuriat. Namun, ia juga bergantung kepada kehadiran cervical mucus yang baik,metabolisma sperma, daya tahan sperma, tahap pH pada vagina dan banyak faktor lain yang tidak mampu dikawal oleh manusia.



Bagi suami isteri, adakah anda salah seorang yang mempunyai masalah di bawah??
1. Isteri mengalami masalah haid tidak menentu.
2. Isteri mengalami masalah keguguran (rahim tidak kuat)
3. Suami mengalami masalah sperma
4. Suami dan isteri sihat tetapi tidak dapat kenalpasti masalah walaupun setelah berjumpa pakar.

Set kesuburan Shaklee bantu menyelesaikan masalah anda..





1. Isteri yang mengalami masalah haid tidak menentu.
Isteri digalakkan mengambil GLA, Alfalfa dan B complex manakala bagi suami digalakkan mengambil vitamin E dan Zink complex.

2. Isteri pernah mengalami masalah keguguran.
GLA, Alfalfa, B complex dan Esp bagi isteri dan suami vitamin E dan Zink complex.

3. Suami mengalami masalah sperma.
Suami digalakkan mengambil vitamin E, Zink complex dan Coq Health. Bagi isteri memadai mengambil GLA dan alfalfa.

4. Suami dan isteri sihat.
Digalakkan mengambil set penuh kesuburan. Bagi suami vitamin E, Zink complex, vitalea dan Phytocol. Isteri pula GLA, Alfalfa, vitalea dan B complex.

*Set kesuburan lengkap membantu tubuh anda memperbaiki sistem reproduktif dan menghasilkan sel sperma serta ovum yang berkualiti tinggi supaya peluang mendapatkan zuriat lebih cerah. Juga meningkatkan stamina dan menghangatkan hubungan supaya anda berdua enjoy dalam mendapatkan zuriat.

Fungsi supplements di atas.

Bagi isteri

☆ GLA - bertanggungjawab mengimbangi hormon di dalam badan.
☆Alfalfa - mengurangkan keputihan dan sebagai kacip fatimah
☆B complex - membekalkan tenaga dan mengelakkan stress.
☆vitalea - seimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan disamping membekalkan vitamin lengkap untuk keperluan tubuh.
☆Esp - membantu menguatkan rahim bagi wanita yang menghadapi masalah keguguran

Bagi suami
☆Vitamin E - menambahkan bilangan sperma.
☆Zink complex - meningkatkan kebolehan reproduktif bagi suami, meningkatkan kualiti sperma, menambahkan kepekatan dan kekuatan sperma.
☆CoQ Health - meningkatkan kualiti sperma dan tahap kesuburan lelaki.

Jika anda dan pasangan anda mengalami masalah di atas, anda tahu apa yang anda perlukan.

In sha Allah saya akan berikan tips-tips yang dapat membantu menyelesaikan masalah yang anda hadapi dan guide bagaimana pengambilan supplements yang betul.

Jangan putus asa dalam melakukan sesuatu.
Banyak lagi yang boleh dikongsi bersama. Berjumpa di entri akan datang.

Salam sayang.

Monday, October 20, 2014

Resdung!!! Alamak...


Jika anda rasa entri ini bermanfaat, sila share


Assalamualaikum dan salam sihat untuk semua. Moga anda ceria bersama orang tersayang.

Rindu nak tulis blog. Baru berapa hari tak buat new entry. Hehehe.

Kali ni saya nak kongsi cerita tentang seseorang yang saya kenal. Umur 26 tahun. Dah berkahwin. Dia ni pesakit resdung tegar. Tau kenapa saya cakap macam tu? Sebab dah lama dia kena resdung. Sejak dari sekolah lagi.

Dia ada resdung yang agak kronik. Muka dia penuh jerawat yang besar-besar tu. Ada nanah pulak. Bekas jerawat tak yah cakapla. Dia kata kalau datang resdung tu asyik menggaru muka je. Jadi miang. Nak bagi lega dia ‘tepek‘ bedak sejuk. Lega la kejap katanya. Dah macam tepung gomak lah pulak.

Sian dia. Jadi tak selesa bila resdung tu menyerang. Saya dapat bayangkan kalau duduk kat tempat dia. Memang rasa tak selesa.

Ramai orang tahu kalau resdung tu gatal-gatal pada hidung, selalu bersin. Tapi tak semua orang tahu secara saintifiknya apa resdung dan kenapa resdung boleh terjadi. Sila klik untuk maklumat mengenai resdung @ sinus.

Nak dijadikan cerita, saya jumpa dengan dia baru-baru ni. Dia memang tengah menanggung rasa gatal dan miang sebab resdung. Ikhlas, saya rasa kesian dekat dia. Sebab dia dah cuba macam-macam produk. Dari yang harga puluh ringgit ke ratus ringgit. Semua tak membantu.

Sebab fikir nak membantu, saya cadangkan kat dia SET RESDUNG SHAKLEE. Tujuan untuk legakan resdung dia yang kronik dan moga dia dapat jalani hidup macam orang biasa.


SET RESDUNG SHAKLEE. Semudah ABC....



1.  A = Alfalfa
Alfalfa amat bagus untuk pesakit resdung kerana ia mampu mengurangkan keradangan resdung dan alergi.

Kandungan klorofil yang tinggi beserta 8 jenis enzim pencernaan yang ada padanya mampu mendetoxkan segala kekotoran yang ada dalam badan. Menjadikan badan lebih segar dan ringan.

2. B = B Complex
Kandungan B6 yang ada di dalam vitamin B Complex mampu memulihara selaput lendir di dalam hidung dan membantu penghasilan antibodi di dalam badan.

Ia juga mampu menyingkirkan sel-sel kulit mati dengan membantu hati menghasilkan glikogen dan membantu bina protein di dalam tubuh.

3. C = Vitamin C
Vitamin C bertindak sebagai anti histamin semulajadi di mana kita tidak perlu mengalami side effect berbanding anti histamin yang mengandungi dadah. Anti histamin ini berfungsi untuk mengubati reaksi terhadap sebarang alergi.

Kandungan yang ada di dalam vitamin C bantu mencegah penyempitan tiub bronkiol dan meningkatkan fungsi T-cell dan macrophage (fungsi sistem petahanan badan dan sel darah putih).

Vitamin C juga mampu meningkatkan oksigenasi pada tisu dalam tubuh dan meningkatkan penyembuhan tisu.

Cara pengambilan.

Bab ni ramai yang confused. Even saya sendiri dulu pun confused. Pastu tanya punya tanya dapatla jawapan. Papehal kena detox dulu. Buang dulu apa-apa yang tak diperlukan oleh badan. Kemudian baru la makan supplements lainnya.

Cara-cara detox

Untuk detox anda perlu amalkan Alfalfa. Alfalfa perlu ambil selepas makan tengahari dan selepas makan malam.

Kuantiti cuma jangan lebih 10 biji sehari. Mengikut kesesuaian badan anda. Kalau badan rasa panas, kurangkan dos. Amalkan selama seminggu ye. Yang penting pengambilan air masak 3 liter sehari.

Lepas seminggu start makan supplements lain
B Complex = 1 biji setiap hari lepas sarapan pagi.

Vitamin C = Sekiranya resdung teruk, makan 2 biji selepas sarapan. Kalau rasa resdung dah kurang, boleh kurangkan dos ke 1 biji.

Testimoni yang berjaya

Alhamdulillah, ramai yang dah berjaya kurangkan keradangan resdung mereka dengan set ABC ni.





Saya berharap sangat set ABC Shaklee ni dapat bantu atasi keradangan resdung kawan saya tu. Ramai yang dah berjaya.

Saya pun berharap dia juga berjaya atasi masalah dia. Cuma yang penting perlu disiplin dalam pengambilan supplements dan jangan lupa lagi satu..

Mohon pada Allah yang satu sebab Dia yang memberi penyakit dan Dia juga yang mengubatinya..Wallahualam.


Anda nak jana pendapatan 3@4@5 angka sebulan?
Sila pm saya untuk ketahui dengan lebih lanjut

Syima
0194620792








Friday, October 17, 2014

Kenapa SHAKLEE tak sesuai untuk anda??



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Moga anda sentiasa sihat dan ceria bersama orang tersayang.

Entri kali ini saya nak sentuh sikit tentang produk Shaklee. Jom kita balik ke basic. Apakah SHAKLEE....

Sentiasa selamat

Setiap produk SHAKLEE diperbuat dari bahan-bahan semulajadi. Para saintisnya telah mencari di seluruh dunia bahan-bahan semulajadi yang terbaik dan menjalankan lebih 83,000 ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan produk.

Tiada bahan-bahan yang diharamkan di dalam setiap produk SHAKLEE. Juga tiada pewarna, tiada lemak trans, tiada pemanis tiruan dan tiada perisa tambahan. 

Malah ia dibungkus secara selamat dan bebas dari biophenol toksin-pthalates dan dakwat toksik. Semuanya dihasilkan dengan selamat dan semulajadi.

Sentiasa berkesan

Kenapa anda pasti setiap produk SHAKLEE sentiasa berkesan apabila digunakan??

Sebab ada bukti yang mengukuhkan pernyataan di atas. Kerjasama dari penyelidik dari Sekolah UC Berkeley menunjukkan orang yang makan supplements SHAKLEE mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding orang yang makan multivitamin jenama lain.

Bukti yang paling nyata apabila atlet bertaraf dunia yang menggunakan produk SHAKLEE telah memenangi 54 pingat emas dalam pertandingan sukan antarabangsa dan berjuta-juta orang telah hidup lebih sihat dan produktif setelah mengamalkan produk SHAKLEE.

Sentiasa mesra alam

SHAKLEE adalah syarikat pertama di dunia yang mendapat sijil iklim Neutral dan benar-benar mengimbangi perlepasan gas karbon dioksida, mengakibatkan kesan bersih sifar terhadap alam sekitar. Ini menunjukkan SHAKLEE memberikan keutamaan terhadap alam sekitar.

Ok saya dah terangkan mengenai SHAKLEE. Kenapa pulak tajuknya SHAKLEE tak sesuai untuk anda?? Anda jangan 'confius' dulu. Biar saya terangkan maksud sebenarnya.

SHAKLEE adalah supplement yang melengkapkan apa nutrien yang kurang di dalam badan kita. Produk SHAKLEE bukan bertujuan untuk merawat, mendiagnosis, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Ada sesetengah penghidap penyakit tertentu tidak boleh menggunakan sesetegah produk SHAKLEE. Ini kerana dikhuatiri boleh menggalakkan penyakit yang sedia ada atau ia akan mengubah komposisi kimia dalam badan yang lebih memudaratkan.

Akan tetapi, orang yang tidak menghadapi penyakit yang dinyatakan adalah bebas menggunakan produk SHAKLEE.

10 sebab SHAKLEE merbahaya kepada anda.

1. Penghidap penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE).
SLE adalah penyakit yang pada awalnya menyerang kulit seperti ruam. Ia kemudian merebak dan menyerang organ dalaman badan, darah, paru-paru dan sendi. Untuk maklumat lebih terperinci mengenai penyakit SLE, sila klik

Pesakit itu tidak digalakkan mengambil alfalfa dan vitalea. Perlu mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
Tapi anda jangan risau, pesakit SLE sesuai mengambil Vivix untuk kesihatan yang lebih baik.

2. Penghidap Glucose 6 Phosphate Hydrogenase (G6PD).
G6PD adalah penyakit di mana kurang enzim di dalam sel darah merah atau sejenis penyakit genetik. Untuk maklumat lebih terperinci mengenai penyakit G6PD, sila klik

Pesakit ini adalah tidak digalakkan mengambil ESP, Cinch Shake, Vitamin E dan Lecithin. Perlu dapatkan nasihat dari doktor untuk pengambilan.

3. Penghidap Thalassemia.
Thalassemia adalah penyakit di mana gen hemoglobin di dalam sel darah merah tidak normal. Penyakit ini menyebabkan orang yang mengalaminya pucat kerana kandugan Hb rendah dan mudah mengalami sesak nafas.

Penghidap Thalassemia tidak digalakkan mengambil vitalea kerana ia mengandungi tambahan zat besi di dalamnya. Sila klik untuk mendapatkan info mengenai thalassemia.

4. Penghidap Hyperthyroid.
Hyperthyroid adalah penyakit di mana kelenjar tiriod menghasilkan terlalu banyak hormon.

Pesakit ini tidak digalakkan mengambil vitalea dan alfalfa kerana kandungan iodin yang ada di dalam supplement ini boleh meningkatkan kandungan iodin di dalam darah.

5. Penghidap Hypothyroid.
Hyperthyroid adalah penyakit di mana kalenjar tiroid kurang menghasilkan hormon. Berlawanan dengan penyakit Hyperthyroid.

Pesakit ini tidak digalakkan mengambil ESP kerana ia mampu mengurangkan rembesan hormon thyroid.

Pesakit juga tidak digalakkan mengambil carotomax. Ini kerana hormon thyroid diperlukan untuk menukar beta carotene kepada vitamin A. Jika diambil, ia tidak memberi apa-apa manfaat kepada pesakit. Sila klik untuk maklumat mengenai penyakit Hyperthyroid dan Hipothyroid.

6. Bekas pesakit dan pesakit endometriosis, fibroid, breast lump dan cyst dinasihatkan elak dari mengambil ESP, Cinch shake, Vitamin E, lecithin dan alfalfa kerana ramuan yang ada di dalam supplement tersebut menggalakkan hormon phytoestrogen.

7. Pesakit yang mengambil ubat cair darah (warfarin) tidak dibenarkan mengambil alfalfa kerana kerana kandungan vitamin K yang ada di dalam alfalfa mampu memekatkan darah.

8. Ibu yang hamil dan menyusu bayi tidak boleh mengambil Vivix kerana ia boleh mengubah DNA dan Hormon. Ibu yang hamil dan menyusu perlukan hormon tertentu dengan kadar yang tinggi.

Cinch juga tidak digalakkan mengambilnya kerana kandungan kalorinya yang rendah. Ibu hamil dan menyusu memerlukan kandungan kalori yang tinggi untuk bekalan bagi bayi.

9. Ibu hamil tidak digalakkan mengambil alfalfa dan Gla kerana kandungan yang ada pada kedua-dua supplement ini boleh menyebabkan turun darah dan keguguran.

10. Penghidap anemia tidak digalakkan mengambil alfalfa kerana ia boleh memusnahkan sel darah merah.

Kesimpulan dan saranan saya kepada anda, supplements SHAKLEE tidak memudaratkan. Ia melengkapi apa yang kurang dalam badan kita dan perbaiki kesihatan kita kepada lebih baik.

Kepada pesakit di atas, anda tidak boleh menganggap supplements SHAKLEE memudaratkan anda. Anda hanya perlu peka apa yang boleh dan tidak boleh diambil.

Semoga anda semua mendapat manfaat. Insyaallah. Amin.


Thursday, October 9, 2014

Mencari redhaNya

Assalamualaikum semua. Moga anda sentiasa sihat walafiat dan mendapat rahmat dariNya.

YA WAHAB... Allah yang Maha Pemberi Rezeki. Rezeki Allah itu sangat luas. Bukan sahaja dengan gaji bulanan. Tapi dengan dianugerahkan kesihatan yang baik, merasa diri bahagia bersama orang tersayang, mempunyai banyak masa terluang, berasa disayangi, tidak putus duit dan mendapat sesuatu yang tidak dijangka....semua itu adalah rezeki.

Cuba kita tanya diri. Adakah kita bersyukur padaNya? Waima kita tanpa sedar mengeluh. Mengeluh merasakan yang Allah tak berikan rezeki pada kita. Tanpa kita sedar terlalu banyak nikmat yang Allah telah berikan.
Allah!! betapa tak bersyukurnya kita atas nikmat yang Allah beri.

Tak semua dilahirkan dari keluarga berada. Macam saya. Saya bukan dari golongan orang yang senang. Arwah ayah dulunya seorang pemandu. Mak pula buat kuih untuk menampung perbelanjaan bulanan. Semuanya serba sederhana.

Itu semua mengajar saya. Saya perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Bukan senang untuk senang. Jangan pula selalu meminta-minta. Itu memang bukan prinsip hidup saya.

Di zaman kanak-kanak dulu sedih juga. Tengok orang lain mintak apa-apa pada ibu atau bapa, dapat je..saya pulak nak dapat tukar baju atau seluar harian kadang-kadang ambil masa 5 atau 6 bulan atau lebih lagi baru boleh dapat. Iyela. Saya pun kena faham, saya bukan senang.

Sebenarnya satu yang saya faham, kita kena redha dengan apa yang kita ada. Dulu saya mengaku saya tak berapa redha dengan sesuatu yang terjadi. Kadang-kadang kalau berlaku sesuatu saya macam tak boleh terima hakikat, rasa cepat nak marah. Cepat nak menangis. Emosi macam-macam.
 

" Sesekali Allah uji kita,
Tapi kita katakan aku tak pernah bahagia.
Sesekali kita menangis,
Tapi kita katakan aku jarang ketawa.
Sesekali kita kita kecewa,
Tapi kita katakan aku tak pernah berjaya.
Banyaknya nikmat Allah yang kita lupakan.
Tetapi ujiannya yang sedikit itu yang kita hiraukan. 
Di mana rasa syukur kita?
Sedangkan hakikatnya ujian itu juga adalah salah satu rahmat dan tanda kasih Allah pada kita. 
Mengapa kita tidak bersyukur?"


Monday, October 6, 2014

Korban sebenar


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga anda semua sihat walafiat dan sentiasa bahagia disamping orang tersayang.


Takbir raya bergema lagi. Rasa syahdu bila dengar takbir raya. Bagi orang yang berada di perantauan, pasti hiba mendengar takbir raya ni. Menitik air mata kalau tak dapat balik jumpa keluarga.

Takbir kali ini menandakan tibanya 10 Zulhijjah 1435 Hijrah. Kedatangan Hari Raya Aidiladha yang disambut oleh semua umat Islam di dunia.

Sejarah Hari Raya Korban.

Tarikh 10 Zulhijjah disambut setiap tahun sempena memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s sebagai tanda ketaatannya kepada Allah s.w.t.

Kerana taat,cinta dan patuhnya pada suruhan Allah, beliau rela untuk menyembelih anaknya tetapi Allah telah menggantikan anaknya kepada kibas dan mengarahkan Nabi Ibrahim menyembelih haiwan tersebut.

Selepas itu bermulalah ibadah korban diseluruh dunia. Ibadah korban dilakukan pada Hari Raya Aidiladha atau Hari Tasyrik dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t

Itu kisah bermulanya ibadah korban di seluruh dunia. Bagi umat Islam di Malaysia, Ibadah korban tetap meriah.

Disamping melakukan ibadah korban, juadah wajib seperti lemang dan rendang tetap disedia. Ia seperti trademark masyarakat Islam Malaysia tidak kira Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha. Tapi hati-hati ye dengan kalori makanan.

Kalori makanan.

Kalori merupakan satu ukuran untuk menyatakan jumlah tenaga. Di dalam ilmu pemakanan, kalori adalah berkaitan yang tenaga yang diperoleh daripada makanan dan minuman serta penggunaan tenaga dalam aktiviti fizikal.

Tubuh memerlukan kalori untuk menghasilkan tenaga. Tanpa tenaga, sel-sel tubuh akan mati, sistem tubuh akan berhenti dan tidak dapat melakukan aktiviti seharian.

Hampir kesemua makanan mengandungi kalori cuma kuantitinya yang berbeza-beza.

Juadah Hari Raya

Tahukah anda nilai kalori juadah hari raya yang biasa kita makan. Kita selalu makan tanpa sedar berapa banyak kalori yang boleh tersimpan dalam badan kita.

Kalori yang berlebihan akan menjadi kolesterol. Kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti kegemukan, penyempitan arteri, sakit jantung dan sebagainya.



Juadah Hari Raya ni memang sedap dimakan. Tetapi, tahukah anda berapa banyak jumlah kalori yang ada pada juadah ni?



Rupa-rupanya tinggi kalori juadah Hari Raya ni. Kita main makan je. Dalam otak fikir sedap. Yela bukan tiap hari pun boleh makan juadah ni.

Bila dah ada depan mata rugi pulak tak makan. Hehehe. Betul tak? Saya pun sama jugak. Paku dulang paku serpih..kata orang kita pun sama.

5 tip mudah Kevin Zahari di Hari Raya.

1. Sekiranya ada banyak jemputan rumah terbuka dalam seminggu, amalkan makan 5 hari makan secara sihat dan 2 hari kurang sihat (5:2). Kenapa 5:2? Kerana selalunya orang akan buat rumah terbuka pada hujung minggu. Anda makanla hidangan yang disediakan tetapi dari Isnin hingga Jumaat, amalkan pemakanan yang lebih untuk seimbangkan semula pilihan makanan yang kurang baik dan tinggi kalori pada hujung minggu.

2. Ambil masa 20 minit untuk makan. Mulakan dengan hidangan yang agak seimbang. Contoh pada awalnya, cari sumber dari karbohidrat seperti nasi @ ketupat, protein seperti ayam masak merah @ rendang ayam @ daging dan sayur. Kemudian baru makan manisan seperti kuih raya.

3. Setiap rumah = 1 hidangan. Kadangkala jemputan rumah terbuka adalah setiap hari. Untuk merehatkan perut, pastikan jarakkan masa 2-3 jam untuk setiap rumah.

4. Fokus pada kalori makanan. Keistimewaan Hari Raya ialah juadah makanan yang disediakan dan bukan air. Apabila kita sudah mengambil kalori makanan yang tinggi, cuba elakkan minum minuman yang juga mengandungi kalori yang tinggi.

5. Nikmatilah hidangan yang ada. Hari Raya bukan setiap hari. Cuba seimbangkan hidup anda.

Mengikut saranan pakar diet, tak salah untuk kita makan juadah Hari Raya. Tapi berpada. Orang kata jangan sampai kita lupa diri bila jumpa. Itu yang jadi masalah. Bila dah makan tu pandai-pandaila kita makan supplements yang boleh detox/buang balik apa yang kita makan tu. Ini baru dikatakan makan secara sihat. Badan pun tak gemuk.

Supplements untuk kurus secara sihat.

Apabila kita tak buang kalori yang berlebihan, ia akan sebabkan kegemukan. Tolong waspada ye. Jaga pemakanan.

Shaklee telah mengeluarkan set pegurusan badan secara, semulajadi,sihat dan selamat untuk dimakan.


Terdiri daripada 3 cara iaitu membakar lemak, membuang lemak dan membina iaitu membekalkan tenaga untuk badan.

Jika nak dapatkan berat badan unggul, anda perlu berdisiplin  di dalam pengambilan supplements, mengambil makanan yang rendah kalori dan jangan sampai berlapar semata-mata untuk kurus.

Kalau anda nak tahu cara pengurusan berat badan yang betul, bagaimana cara makan supplements dan tips-tips berguna untuk program pengurusan berat badan yang ideal, sila klik link di atas ye.

Akhir kata jaga pemakanan harian anda. Bila gemuk, macam-macam penyakit yang akan datang. Semoga anda mendapat banyak manfaat. Wassalam.

Anda nak jana pendapatan 3@4@5 angka sebulan?
Izinkan saya beritahu anda caranya.

Syima
0194620792
#yourtrustedshakleedistributor

Sunday, October 5, 2014

Personaliti diri

Assalamualaikum semua. Moga anda semua sentiasa sihat walafiat dan bahagia di bawah payung lindungan Allah swt.

Saya ada ternampak post tentang nama ni di fb beberapa hari lalu. Ia menarik saya untuk mencoretkan serba sedikit di blog ni. 


Dah menjadi trend ibu bapa pada masa sekarang untuk meletakkan nama yang panjang dan sedap untuk anak-anak mereka.

Contoh nama di atas ni Nurfathaniah Thariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam. Huii..panjangnya nama.

Menurut pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ini antara nama terpanjang yang pernah direkodkan. 

Daripada sumber JPN, antara nama yang popular didaftarkan adalah Ahmad, Alex dan Ravi.

Nama Ahmad direkodkan sebanyak 63,049 orang, Alex 16,992 orang manakala Ravi mencatatkan jumlah sebanyak 10,866 orang.

Bagi orang Islam, kita digalakkan memilih nama dengan maksud yang baik. Panjang atau pendek nama anak itu bergantung kepada ibu bapa itu sendiri. Tapi kepada ibu bapa, elakkanlah memberi nama yang boleh mengaibkan anak itu apabila besar nanti. Kesian pada anak-anak kita.




Contoh nama-nama pelik yang saya jumpa dalam internet. Tanya dekat En Google. Mungkin ada lagi yang kita tak tahu. Ni agaknya masa sekolah dulu mesti kena ejek dengan rakan-rakan sekelas. Kesian.

Jadi ibu dan bapa di luar sana, tolongla bagi nama anak-anak dengan nama yang baik. Takut dia malu. Dari nama terbentuknya personaliti seseorang. Dan kalau boleh janganla bagi nama yang terlalu panjang kepada anak-anak. Kesian pulak dekat bakal suami dia nanti. Lebih dari satu nafas nak guna untuk sebut nama masa akad nikah. Buat naya jer...

Semoga kita menjadi ibu bapa yang prihatin. Wassalam.

Jika anda rasa entri ini bermanfaat, sila share.


Syima
01946200792

Anda nak tambah pendapatan 3@4@5 angka sebulan?
Izinkan saya bantu anda.

Thursday, October 2, 2014

Kisahku dan VITAMIN C

Assalamualaikum semua. Semoga anda sihat disamping orang tersayang. Banyak manfaat yang nak saya kongsi dengan anda. Meh sini duk diam-diam sambil baca ye.


Tau kenapa saya pilih tajuk ni, saya nak ceritakan pada anda betapa bermanfaatnya vitamin C ni untuk fungsi tubuh badan kita. Bukan dalaman sahaja, luaran sekali.

Saya bukan jenis yang kalau sakit sikit pergi klinik atau telan panadol. Banyak tambahan bahan kimia yang kita tak tahu kuantitinya. Memang sah-sah tak baik untuk kesihatan. Ubat farmasi ni lebih bersifat menahan sakit secara sementara. Ia tak mengubat sakit kita. Bila berkenalan dengan vitamin C yang dibuat secara semulajadi, saya pun jatuh cinta.

Bila hati dah terpaut, saya makan setiap hari. Macam orang yang bercinta, sehari tak jumpa jadi angau. Memang nampak perubahan dari segi kesihatan. Selsema pun dah kurang berbanding dulu. Kalau dulu anak selsema, maknya pun berjangkit. Tapi bila dah maintain makan vitamin C ni, anak selsema, saya masih sihat walafiat. Tak ada tanda-tanda nak berjangkit pun.

Alhamdulillah vitamin C ni mampu tingkatkan imun badan saya dari dihinggapi penyakit berjangkit. Yang best bila saya amalkan secara luaran. Buat masker. Memang rasa tegang dan tak kering kulit. Nak tau cara-cara nak buat masker vitamin C?? Nanti saya terangkan di bawah ye. Jadi sudi-sudila baca sampai habis. Mesti nak kulit cantik kan? Tengokla cantik tak syima razak ni. Macam kak ton!!!

Apa itu vitamin C
Vitamin C adalah antara vitamin yang paling kerap diambil oleh orang yang prihatin tentang kesihatan.

Vitamin C juga digelar asid askorbik. Keperluaan minima yang digariskan oleh USRDA (United States Recommended Daily Allowance) ialah 60mg sahaja sehari. Walaubagaimanapun untuk kesan yang maksimum, pengambilan vitamin C dalam dos yang lebih tinggi adalah disyorkan.

Vitamin C adalah sangat tidak stabil. Oleh itu ia mudah rosak bila terdedah kepada pencemaran, stress, proses oksidasi (seperti terdedah kepada cahaya), merokok dan sebagainya.

Vitamin C tidak dihasilkan oleh badan. Oleh itu pengambilan dari sumber luar adalah penting.

Vitamin C larut di dalam air. Ia mudah dibuang melalui air kencing dan peluh. Pengambilan yang berterusan adalah penting untuk memastikan kandungan vitamin C di dalam badan tidak menjadi rendah.

Sumber semulajadi yang boleh bekalkan vitamin C



Antara sumber semulajadi yang menyumbangkan vitamin C kepada kita ialah buah beri, buah-buahan sitrus, sayuran hijau, asparagus, avocado, blackcurrants, kobis bunga, kobis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oren, betik, kacang peas hijau, nenas, bayam, strawberi, tomato dan selada air.

Kebaikan Vitamin C

1. Tubuh badan

*Menguatkan imunisasi badan
Dos pengambilan Vitamin C yang betul mampu melindungi badan dari jangkitan penyakit serta memelihara kesihatan tulang dan gigi.

Gusi berdarah punca kurangnya vitamin C dalam badan

Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan secara langsung badan kita akan terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Vitamin C mampu mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan dan selsema.

Ia mengurangkan paras histamin dan mempercepatkan penyembuhan demam.

Tahukah anda?
Vitamin C yang diambil boleh bantu mempercepatkan penyembuhan luka. Ia juga melindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

*Sebagai antioksida
Vitamin C adalah antioksida yang hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yang memberi kesan tekanan oksidatif. Radikal bebas yang tidak dibendung boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti artherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.

*Mengelakkan tekanan darah tinggi.
Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit darah tinggi dan masalah kesihatan yang berkaitan.

*Menjaga saluran darah
Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Ia mampu menjauhkan penyakit artherosclerosis, kolesterol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

*Mengelakkan keracunan plumbum.
Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak. Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama dikalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.

*Menguruskan badan
Vitamin C terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat badan kepada ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan yang tinggi vitamin C ke dalam jadual pemakanan. Ini kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya vitamin C boleh mengurangkan berat badan.

*Mengurangkan tekanan.
Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.


* Mengelakkan katarak
Pupil mata kita memerlukan vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan katarak di mana kanta mata menjadi legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh menjadi buta dikalangan orang dewasa



Pengambilan dos vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg vitamin C sehari boleh mengelakkan katarak dan mempertingkatkan kesihatan.

*Mengelakkan barah
Ciri-ciri antioksida pada vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangkamasa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelakkan sel barah tertentu terbentuk dalam badan.

Vitamin C juga membantu penghasilan semula vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah yang sedia ada, tetapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.

*Memberi tenaga.
Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan tidak kira apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.

*Mengelakkan penyakit diabetes.
Vitamin C mampu mengawal paras gula dalam darah dan mengurangkan simptom diabetes. Ia juga memulihkan simptom yang sedia ada.

*Mengelakkan asthma.
Mereka yang mempunyai vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asthma. Pengambilan vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.



2. Kulit.

*Melindungi dari kesan matahari.
Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok.

Antioksida dalam vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultra ungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari yang juga melindungi kulit dari penyakit barah.

*Menghasilkan kolagen.
Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine. Kedua-dua elemen ini berfungsi untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit menjadi gebu dan warna tona muka sekata.

Kekurangan kolagen menyebabkan kulit menjadi kusam dan tidak bermaya.

Kolagen mampu melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

*Menyembuhkan luka.
Badan menggunakan vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu baru terbentuk.



*Melindungi dari perubahan warna kulit.
Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan malanoma (masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kesihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

*Memperbaiki tekstur kulit.
Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan membantu sistem saluran darah. Saluran darah yang berada di bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan menjadi kasar dan kering.

Krim yang mengandungi vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit. Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit

Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, meningkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

3. Rambut.

*Meningkatkan pertumbuhan rambut.
Pengambilan vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ini adalah tanda yang rambut anda tidak sihat.

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan dari glukosa ke tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh.

Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

*Melawan kelemumur.
Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut.

Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk terus tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana vitamin C mempunyai ciri-ciri antiviral.

*Mengurangkan keguguran rambut.
Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.

*Melebatkan rambut.
Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari darah. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.



*Merawat masalah rambut.
Vitamin C adalah nutrien penting untuk merawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Mengambil makanan yang mengandungi vitamin C boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.

*Mengelak dari uban.
Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur, malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.

Sustained Released Vitamin C Shaklee.

Tadi saya kata saya dah jatuh cintakan? Inilah cinta hati saya. Yang membantu saya jadi lebih sihat dan bertambah cantik. Anda bila lagi nak jatuh cinta? Jangan lambat, nanti merana.



Masker Sustained Released Vitamin C.

Orang kata manusia ni tak pernah puas. Macam saya gak. Hehehe. Bukan saja buat makan, vitamin C ni saya buat masker skali. Nak cantik punya pasal. Dapat pulak info vitamin ni boleh buat masker. Apa lagi..jom bermasker kita.

Cara-cara buat masker.

1. Patahkan sebiji vitamin C kepada 3 bahagian. Ikut macam gambar ni ye.

2. Ambil satu bahagian dan rendam dengan air. Lebih yang dua tadi simpan dulu dalam peti ais. Esok boleh guna lagi. Hancur dan larutkan ye. Sampai jadi macam dekat gambar bawah tu.


3. Lepas tu apply kan dekat muka macam ni. Sapu sampai semua sekata.

4. Tunggu sampai kering ye. Masa kering tu terasa tegang je kulit muka. Bahana kolagen yang ada dalam vitamin C. Rasa macam pakai masker yang dekat farmasi tu. Cumanya yang dekat farmasi tu ada tambahan bahan kimia yang kita tak tahu sumbernya. Yang ni dah sah-sah semulajadi.

5. Bila dah kering bilas muka dan keringkan. Hasilnya saya rasa kulit lebih licin dan lembap.

Yang atas tu muka sebelum pakai masker dan yang bawah selepas pakai masker. Boleh nampak gambar atas tu dekat tepi hidung saya ada kulit kering. Gambar kat bawah dah takde dah. Haa..magic tak?

Jadi kepada ibu, bapa, kakak dan abang jangan segan-segan nak cuba masker ni. Orang kata dah alang-alang beli, kenapa tak buat masker skali kan? 

Kerana pentingnya vitamin C untuk tubuh badan kita, kebanyakan set kesihatan Shaklee menyelitkan vitamin C sebagai vitamin asas. Antara set kesihatan itu adalah:













Jadi untuk lebih sihat, cantik dan cergas. Anda sudah tahu jawapannya bukan. Kepada pilih yang lain jika ada yang semulajadi?? Tepuk dada tanyalah pakar..hehehe

Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Supaya anda dapat banyak maklumat yang berguna untuk hidup yang lebih sihat. Wassalam.

Jika anda rasa entri ini bermanfaat, sila kongsi


Anda nak menjana pendapatan 3@4@5 angka??
Semua itu adalah kemahuan anda.
Saya akan bantu anda realisasikan impian anda.

Syima
0194620792