Saturday, November 15, 2014

Kartun dulu dan sekarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya doakan moga anda semua sihat dan ceria di bawah payung lindungan Allah. Amin.

Kali ni saya nak bercerita pasal kartun pulak. Masuk bab animasi dah. Agaknya syima ni nak wat entri animasi pulak ke?

Cerita kartun ni bukan budak-budak je yang suka tengok. Kita yang tua-tua pun ramai yang suka tengok. Haaa..betul tak. Saya sendiri pun suka tengok sampai sekarang.

Saya just nak share tentang cerita kartun zaman saya dulu dengan zaman sekarang.

Kalau zaman akhir 80an dan awal 90an dulu, cerita kartun yang famous macam dragon ball, doraemon, ultraman, sailor moon (dengan kuasa bulan, akan menghukum mu..). Hahaha ingat lagi tagline dia. Saya suka tengok kartun tomato man. Sampai sekarang saya ingat lagu dia. Hehehe, zaman kanak-kanak.







Kalau perasan banyak kartun yang famous masa tu kebanyakannya dari Jepun. Saya pun tak sure kenapa orang suka tengok kartun buatan Jepun ni. Kebanyakan jalan ceritanya menarik perhatian kanak-kanak masa tu.

Bukan nak kata kartun buatan Barat ni tak bagus. Ada jugak yang budak-budak suka tengok. Macam Mickey Mouse, woody wood pecker, Tom n Jerry.



Kalau dekat Malaysia pulak masa zaman saya kanak-kanak dulu tak banyak kartun. Yang famous masa tu cerita usop sontorian. Kiranya kartun ni antara yang tercanggih pada zaman tu. Bila orang Malaysia dapat hasilkan kartun tu dah kira maju dah. Rasa best sebab kita pun boleh buat kartun gak. Bangga tau.


Kartun Usop sontorian lebih berkisar tentang cerita budak kampung dan cara hidup mereka.

Dulu vs sekarang
Sekarang kartun dah makin menarik. Tak macam zaman dulu-dulu. Macam-macam jalan cerita boleh direka. Cakap je gambar macam mana, semua ada.

Zaman sekarang teknologi dah makin maju. Samala macam telefon yang makin lama makin canggih. Semuanya teknologi.

Kalau nak mention kartun apa yang seronok, saya rasa banyak sangat. Macam-macam. Sampai tak terkira.

Tapi yang kekal famous sampai sekarang dah tentu kartun doraemon. Walaupun version lama tapi masih diminati. Lepas tu cerita ultraman.

Ultraman di Malaysia??

Sekali sekala ultraman naik basikal

Tapi ultraman ni dah banyak perubahan. Dulu dan sekarang banyak bezanya. Kalau yang dulu raksasanya tak berapa real. Kaku semacam je kan? Walaupun maskot raksasa dia nampak pelik, tapi kita patut puji mereka yang hasilkan maskot raksasa tu. Ingat senang ke nak buat? Susah tau. Kalau saya tak terfikir dah. Kreatif.

Kartun Malaysia sekarang antara terbaik
Dulu animasi di Malaysia agak muram sedikit. Sekarang ni dah berkembang maju macam cendawan tumbuh di musim hujan. Jalan cerita yang makin baik dan perkembangan teknologi membantu juruanimasi di Malaysia hasilkan kartun yang berkualiti dan jalan cerita terbaik.

Contoh paling baik adalah upin dan ipin. Fenomena upin ipin ni dari awal siarannya sampaila sekarang. Anak saya sendiri pun cakap tak berapa. Tapi bila sebut upin ipin laju je. Sabar je la kan.


Tengokla si comel ni pun pandai tengok upin ipin

Semakin lama filem animasi semakin berkembang dan jalan cerita pun pelbagai. Jadi semuanya bergantung pada juruanimasi untuk hasilkan jalan cerita terbaik untuk tarik perhatian penonton.

Jadi, kartun mana yang menjadi pilihan anda?









3 comments:

  1. Waa... Sailormoon kuasa bulan, akan menghukummu..pastu, dragon ball..hehehe.. Mengimbau kenangan lalu.. Kluang man, usop sontorian.. Bagus..betul tue.. Malaysia pun dah semakin maju..

    ReplyDelete
  2. Teringat 'pokoyo' favourite anak akak..hehehe

    ReplyDelete
  3. Kartun zaman saya He Man ... Suria baja hitam, voltron he he

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda di sini