Wednesday, November 5, 2014

Ulser mulut dah tiada....


Assalamualaikum dan salam ceria semua. Bertemu lagi di dalam entri walaupun tak bertentang mata. Harap anda enjoy membaca entri kali ni.

Ni dah apahal pulak Syima Razak ni buat entri pasal MATA IKAN dah tiada...

Ikan mana yang takde mata?? Hehehe...Jangan pening-pening ye..

Mata ikan ni merujuk kepada ulser mulut atau dalam bidang perubatan di panggil ulser afta. Saya suka nak berkongsi sendiri pengalaman saya mengenai mata ikan ni. Kerana apa??

Kerana saya adalah salah seorang penghidap tegar ulser mulut. Haa..tegar tau. Saya klasifikasikan tegar tu bila mana sekali kena sampai 2 atau 3 'butir' ada dalam mulut saya ni. Lepas tu kena kerap pulak.


Bayangkanla camne. Sakit dia memang takleh cakapla. Kadang-kadang kalau makan dan terkena pulak kat kawasan tu, huhu...berair biji mata. 

Kadang-kadang bila dah lama sangat kena dan tak baik-baik, suami saya ajak pergi klinik mintak ubat. Tapi tak semua ubat yang diberikan tu berkesan.

Saya ni kalau kena ulser, memang saya jaga 'baik' kawasan tu. Kononnya nak bagi cepat sembuhla. Tapi lambat jugak baik. Kadang-kadang bertambah lagi ada. Dugaan betul. Maknanya cara saya tu tak betul. Mungkin ada petua atau ubatan lebih baik yang boleh saya amalkan.

Petua nak hilang ulser dengan cepat.

1. Air garam
Ini cara tradisional dan menjadi pilihan ramai sejak dulu. Tapi bukan saya ye sebab saya tak mampu mengamalkannya (berair mata). 
Berkumur dengan air garam 2 @ 3 kali sehari untuk kurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan akibat luka di mulut. Juga dipercayai dapat mengurangkan jangkitan kuman.


2. Air+baking soda
Campuran ini boleh diletakkan di bahagian ulser. Anda akan rasa pedih tapi secara perlahan-lahan ia akan mengurangkan diameter luka tersebut. Bahan campuran ini adalah cara cepat untuk menyembuhkan ulser mulut.


3. Elak makan makanan masam
Ia boleh menyebabkan iritasi pada permukaan kulit yang terkena ulser. Elakkan makan makanan masam seperti buah limau, oren, mangga muda, lemon dan seumpamanya.



4. Air kelapa
Berjemur di bawah panas atau bekerja di lokasi panas matahari boleh menyebabkan suhu badan panas berlebihan. Air kelapa dipercayai dapat menurunkan suhu badan menjadi lebih sejuk. Selain dapat menstabilkan suhu dan menyembuhkan ulser, ia juga bagus untuk kesihatan.


5. Vitamin B
Seseorang yang kekurangan zat besi atau B12 lebih mudah untuk menghidap ulser. Jika anda jarang mengambil dua nutrien di atas, maka ulser yang tumbuh mungkin akan jadi lebih parah. Supplement B12, B9 dan makanan yang kaya dengan zat besi boleh mencegah dan menyembuhkan ulser. Antara makanan yang kaya dengan zat besi ialah bayam, jagung, aprikot, yogurt dan telur.


6. Vitamin C
Bagi mempercepatkan proses penyembuhan, selain mengambil vitamin B12 atau menambah pengambilan makanan yang mengandungi zat besi tinggi, vitamin C juga mempunyai peranan hampir sama. Memperbanyakkan penggunaan vitamin C boleh membantu proses penyembuhan ulser. Antara makanan yang kaya vitamin C ialah mangga, oren, brokoli, strawberi, kiwi dan anggur.


*sumber dari Harian Metro.

Untuk langkah 1-4 memang takdela saya amalkan. Tak sanggup pun ye. Takut menangis sepanjang hari. Tidakkk!!!!!

Namun, sejak berkenalan dengan Shaklee, saya ambil vitamin B complex untuk kesihatan tubuh badan seharian dan vitamin C untuk tingkatkan sistem imun saya.

Kalau ikut dari kesihatan badan memang 100 kali lebih baik dari dulu. Lebih sihat, cergas dan bertenaga. Mengenai 'mata ikan' yang dah tak singgah memang saya tak sedar. Baru-baru ni je baru perasan.

Lepas saya selidik dan tanya en Google, baru saya dapat jawapannya. Ia sebab saya amalkan vitamin B complex dan vitamin C secara konsisten setiap hari.

Sila klik untuk dapatkan maklumat mengenai Vitamin B Complex dan Vitamin C.

Dan sekarang, saya dah tak susah hati lagi. Alhamdulillah saya bebas dari ulser mulut yang selalu saya kena. Best sangat-sangat.

Kepada anda di luar sana yang selalu kena ulser macam saya, anda dah tahukan apa yang perlu anda ambil.

Saya sendiri tak sangka dalam saya nak jaga kesihatan, saya tak perlu lagi menderita menahan sakit sebab ulser.

Inilah ajaibnya supplements Shaklee. Satu supplement mampu memberikan kesan yang lebih baik tanpa kita sedari.

Sentiasa sihat
Sentiasa selamat
Sentiasa berkesan

Syima
0194620792

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda di sini