Friday, October 17, 2014

Kenapa SHAKLEE tak sesuai untuk anda??



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Moga anda sentiasa sihat dan ceria bersama orang tersayang.

Entri kali ini saya nak sentuh sikit tentang produk Shaklee. Jom kita balik ke basic. Apakah SHAKLEE....

Sentiasa selamat

Setiap produk SHAKLEE diperbuat dari bahan-bahan semulajadi. Para saintisnya telah mencari di seluruh dunia bahan-bahan semulajadi yang terbaik dan menjalankan lebih 83,000 ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan produk.

Tiada bahan-bahan yang diharamkan di dalam setiap produk SHAKLEE. Juga tiada pewarna, tiada lemak trans, tiada pemanis tiruan dan tiada perisa tambahan. 

Malah ia dibungkus secara selamat dan bebas dari biophenol toksin-pthalates dan dakwat toksik. Semuanya dihasilkan dengan selamat dan semulajadi.

Sentiasa berkesan

Kenapa anda pasti setiap produk SHAKLEE sentiasa berkesan apabila digunakan??

Sebab ada bukti yang mengukuhkan pernyataan di atas. Kerjasama dari penyelidik dari Sekolah UC Berkeley menunjukkan orang yang makan supplements SHAKLEE mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding orang yang makan multivitamin jenama lain.

Bukti yang paling nyata apabila atlet bertaraf dunia yang menggunakan produk SHAKLEE telah memenangi 54 pingat emas dalam pertandingan sukan antarabangsa dan berjuta-juta orang telah hidup lebih sihat dan produktif setelah mengamalkan produk SHAKLEE.

Sentiasa mesra alam

SHAKLEE adalah syarikat pertama di dunia yang mendapat sijil iklim Neutral dan benar-benar mengimbangi perlepasan gas karbon dioksida, mengakibatkan kesan bersih sifar terhadap alam sekitar. Ini menunjukkan SHAKLEE memberikan keutamaan terhadap alam sekitar.

Ok saya dah terangkan mengenai SHAKLEE. Kenapa pulak tajuknya SHAKLEE tak sesuai untuk anda?? Anda jangan 'confius' dulu. Biar saya terangkan maksud sebenarnya.

SHAKLEE adalah supplement yang melengkapkan apa nutrien yang kurang di dalam badan kita. Produk SHAKLEE bukan bertujuan untuk merawat, mendiagnosis, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Ada sesetengah penghidap penyakit tertentu tidak boleh menggunakan sesetegah produk SHAKLEE. Ini kerana dikhuatiri boleh menggalakkan penyakit yang sedia ada atau ia akan mengubah komposisi kimia dalam badan yang lebih memudaratkan.

Akan tetapi, orang yang tidak menghadapi penyakit yang dinyatakan adalah bebas menggunakan produk SHAKLEE.

10 sebab SHAKLEE merbahaya kepada anda.

1. Penghidap penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE).
SLE adalah penyakit yang pada awalnya menyerang kulit seperti ruam. Ia kemudian merebak dan menyerang organ dalaman badan, darah, paru-paru dan sendi. Untuk maklumat lebih terperinci mengenai penyakit SLE, sila klik

Pesakit itu tidak digalakkan mengambil alfalfa dan vitalea. Perlu mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
Tapi anda jangan risau, pesakit SLE sesuai mengambil Vivix untuk kesihatan yang lebih baik.

2. Penghidap Glucose 6 Phosphate Hydrogenase (G6PD).
G6PD adalah penyakit di mana kurang enzim di dalam sel darah merah atau sejenis penyakit genetik. Untuk maklumat lebih terperinci mengenai penyakit G6PD, sila klik

Pesakit ini adalah tidak digalakkan mengambil ESP, Cinch Shake, Vitamin E dan Lecithin. Perlu dapatkan nasihat dari doktor untuk pengambilan.

3. Penghidap Thalassemia.
Thalassemia adalah penyakit di mana gen hemoglobin di dalam sel darah merah tidak normal. Penyakit ini menyebabkan orang yang mengalaminya pucat kerana kandugan Hb rendah dan mudah mengalami sesak nafas.

Penghidap Thalassemia tidak digalakkan mengambil vitalea kerana ia mengandungi tambahan zat besi di dalamnya. Sila klik untuk mendapatkan info mengenai thalassemia.

4. Penghidap Hyperthyroid.
Hyperthyroid adalah penyakit di mana kelenjar tiriod menghasilkan terlalu banyak hormon.

Pesakit ini tidak digalakkan mengambil vitalea dan alfalfa kerana kandungan iodin yang ada di dalam supplement ini boleh meningkatkan kandungan iodin di dalam darah.

5. Penghidap Hypothyroid.
Hyperthyroid adalah penyakit di mana kalenjar tiroid kurang menghasilkan hormon. Berlawanan dengan penyakit Hyperthyroid.

Pesakit ini tidak digalakkan mengambil ESP kerana ia mampu mengurangkan rembesan hormon thyroid.

Pesakit juga tidak digalakkan mengambil carotomax. Ini kerana hormon thyroid diperlukan untuk menukar beta carotene kepada vitamin A. Jika diambil, ia tidak memberi apa-apa manfaat kepada pesakit. Sila klik untuk maklumat mengenai penyakit Hyperthyroid dan Hipothyroid.

6. Bekas pesakit dan pesakit endometriosis, fibroid, breast lump dan cyst dinasihatkan elak dari mengambil ESP, Cinch shake, Vitamin E, lecithin dan alfalfa kerana ramuan yang ada di dalam supplement tersebut menggalakkan hormon phytoestrogen.

7. Pesakit yang mengambil ubat cair darah (warfarin) tidak dibenarkan mengambil alfalfa kerana kerana kandungan vitamin K yang ada di dalam alfalfa mampu memekatkan darah.

8. Ibu yang hamil dan menyusu bayi tidak boleh mengambil Vivix kerana ia boleh mengubah DNA dan Hormon. Ibu yang hamil dan menyusu perlukan hormon tertentu dengan kadar yang tinggi.

Cinch juga tidak digalakkan mengambilnya kerana kandungan kalorinya yang rendah. Ibu hamil dan menyusu memerlukan kandungan kalori yang tinggi untuk bekalan bagi bayi.

9. Ibu hamil tidak digalakkan mengambil alfalfa dan Gla kerana kandungan yang ada pada kedua-dua supplement ini boleh menyebabkan turun darah dan keguguran.

10. Penghidap anemia tidak digalakkan mengambil alfalfa kerana ia boleh memusnahkan sel darah merah.

Kesimpulan dan saranan saya kepada anda, supplements SHAKLEE tidak memudaratkan. Ia melengkapi apa yang kurang dalam badan kita dan perbaiki kesihatan kita kepada lebih baik.

Kepada pesakit di atas, anda tidak boleh menganggap supplements SHAKLEE memudaratkan anda. Anda hanya perlu peka apa yang boleh dan tidak boleh diambil.

Semoga anda semua mendapat manfaat. Insyaallah. Amin.


‘‘SHAKLEE menghasilkan rangkaian produk kesihatan yang lengkap dari sumber semulajadi terbaik dunia.
Justeru, gunakanlah ia untuk hidup yang lebih sihat"




Syima
#sihatceria



8 comments:

sila tinggalkan komen anda di sini