Thursday, October 9, 2014

Mencari redhaNya

Assalamualaikum semua. Moga anda sentiasa sihat walafiat dan mendapat rahmat dariNya.

YA WAHAB... Allah yang Maha Pemberi Rezeki. Rezeki Allah itu sangat luas. Bukan sahaja dengan gaji bulanan. Tapi dengan dianugerahkan kesihatan yang baik, merasa diri bahagia bersama orang tersayang, mempunyai banyak masa terluang, berasa disayangi, tidak putus duit dan mendapat sesuatu yang tidak dijangka....semua itu adalah rezeki.

Cuba kita tanya diri. Adakah kita bersyukur padaNya? Waima kita tanpa sedar mengeluh. Mengeluh merasakan yang Allah tak berikan rezeki pada kita. Tanpa kita sedar terlalu banyak nikmat yang Allah telah berikan.
Allah!! betapa tak bersyukurnya kita atas nikmat yang Allah beri.

Tak semua dilahirkan dari keluarga berada. Macam saya. Saya bukan dari golongan orang yang senang. Arwah ayah dulunya seorang pemandu. Mak pula buat kuih untuk menampung perbelanjaan bulanan. Semuanya serba sederhana.

Itu semua mengajar saya. Saya perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Bukan senang untuk senang. Jangan pula selalu meminta-minta. Itu memang bukan prinsip hidup saya.

Di zaman kanak-kanak dulu sedih juga. Tengok orang lain mintak apa-apa pada ibu atau bapa, dapat je..saya pulak nak dapat tukar baju atau seluar harian kadang-kadang ambil masa 5 atau 6 bulan atau lebih lagi baru boleh dapat. Iyela. Saya pun kena faham, saya bukan senang.

Sebenarnya satu yang saya faham, kita kena redha dengan apa yang kita ada. Dulu saya mengaku saya tak berapa redha dengan sesuatu yang terjadi. Kadang-kadang kalau berlaku sesuatu saya macam tak boleh terima hakikat, rasa cepat nak marah. Cepat nak menangis. Emosi macam-macam.
 

" Sesekali Allah uji kita,
Tapi kita katakan aku tak pernah bahagia.
Sesekali kita menangis,
Tapi kita katakan aku jarang ketawa.
Sesekali kita kita kecewa,
Tapi kita katakan aku tak pernah berjaya.
Banyaknya nikmat Allah yang kita lupakan.
Tetapi ujiannya yang sedikit itu yang kita hiraukan. 
Di mana rasa syukur kita?
Sedangkan hakikatnya ujian itu juga adalah salah satu rahmat dan tanda kasih Allah pada kita. 
Mengapa kita tidak bersyukur?"


Bila masuk bab rezeki duit selalu je rasa tak cukup. Kadang-kadang rasa macam tak berbelanja banyak tapi duit tetap makin susut. Bila difikir-fikirkan buntu jugak. Tanya pulak diri sendiri. Kenapa ek? Memang tak dapatla jawapannya sebab..

Sebab kurang ilmu. Kurang pendedahan dan kurang kesedaran. Saya lupa untuk sentiasa redha dengan apa yang ditentukan. Saya lupa untuk sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diberikan. Tapi sekarang dah lain.

Apa yang buatkan saya berubah?
Bila sampai satu tahap saya rasa stress teramat sangat. Duit tak cukup je. Rasa keinginan nak membeli barang yang saya inginkan membuak-buak, tapi tak dapat.

Perasaan cepat marah. Emosi kita bila kita rasa tertekan dengan sesuatu, mula la kita rasa cepat marah, senang sedih. Sampai satu tahap saya rasa SAYA NAK BERUBAH!!!

Semuanya bermula daripada rakan saya. Dia hanya berkongsi. Berkongsi tentang satu ebook di facebook yang memulakan langkah saya untuk berubah. Bila saya baca menitis air mata saya. Kerana pada masa tu saya rasa saya perlukan sesuatu untuk saya berubah dan hati saya kuat mengatakan...inilah dia...

Ebook Sorry Bos!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja....


Ebook ini banyak memberikan inspirasi kepada saya. Ia mengajar saya cara untuk berjaya. Jika anda nak berjaya, anda perlu mengikut jejak langkah orang yang berjaya. Tanpa lupa menerapkan amalan-amalan rohani yang ada saya sendiri tak pernah amalkan. Ya...inilah yang saya cari untuk selesaikan segala kekusutan saya. Tanpa berlengah terus saya contact rakan saya untuk ketahui cara bagaimana untuk berjaya seperti beliau.

Rakan saya memperkenalkan saya kepada group mfms. Pengasas group ini adalah penulis ebook tersebut. Huh..berkobar-kobar saya rasa dapat join group ni. Dapat menulis ebook yang hebat sampai menitiskan air mata saya ni, maknanya menjadi ahli di dalam group ini pastinya saya boleh menjadi hebat. Hebat sekiranya saya mengikut jejak langkah mereka. Mengamalkan apa yang diajarkan.

Mementingkan amalan rohani dan tolong menolong
Saya mengaku ada amalan yang group ni suruh amalkan saya tak pernah buat langsung sebelum ni. Rasa malu kerana jahil tentang amalan yang banyak dapat bantu saya untuk lebih berjaya. Mengajar saya selalu berzikir, solat di awal waktu, amalkan solat-solat sunat, bersedekah. Semua amalan yang boleh bantu saya rasa lebih tenang dan menjemput rezeki untuk datang. Syukur Alhamdulillah.

Semua yang ada di dalam group ni banyak membantu saya bagaimana cara yang terbaik untuk menjemput. rezeki. Mengingatkan saya supaya tak lupa amalan rohani yang diwajibkan untuk berjaya setiap hari. Sungguh saya rasa amat-amat bersyukur dan menjadikan saya lebih berkobar-kobar. YA..SAYA JUGA BOLEH BERJAYA...

Saya rasa lebih positif, saya rasa lebih bersemangat dan saya rasa amat tenang. Teknik menjemput rezeki yang saya amalkan memang berkesan. Sekarang saya rasa lebih bersyukur, saya rasa rezeki saya sentiasa ada, dan saya sangat bersyukur kerana boleh berubah. Berubah menjadi lebih baik dan positif yang saya juga boleh berjaya jika saya tahu caranya...

Kepada pembaca sekelian, dalam keadaan ekonomi yang semakin tak menentu, kos sara hidup yang semakin tinggi, saya tahu anda juga mahu berubah.. cuma tidak tahu cara yang betul. Izinkan saya terangkan kepada anda cara terbaik supaya anda boleh berjaya.

Sekiranya anda rasa ilmu ini bermanfaat, sila share.


Syima
0194620792















8 comments:

  1. Semoga perubahan hidup yang berlaku akan memberi anda kejayaan dunia dan akhirat Amin

    ReplyDelete
  2. Tahniah, saudari Syima Razak. Bestnya, kalau kita dapat apa yang kita cari kan? Kita dapat apa yang boleh ubah hidup kita.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. syima.. akak suka baca entri ni... akak dpt rasa apa yg syima tulis tu.. two-thumbs up!!! semoga lebih ramai akan menyertai syima dan kita semua untuk hidup luar biasa amiiinnn

    ReplyDelete
  4. saya dapat rasa apa yang kak syima rasa. sejak kecil, tengok orang lain minta apa je dapat, nak itu dapat, nak ini dapat, tapi saya sendiri kena berusaha sendiri. tanpa saya sedar, benda ini menjadikan saya seorang yang lebih banyak berdikari. saya lebih suka berusaha sendiri drpd meminta orang lain. kadang-kadang kita banyak mengeluh, tapi kita tak sedar akan nikmat dan rezeki Allah yang lain. semoga akak menjadi manusia yang luar biasa, kaya dan berjaya. amin

    ReplyDelete
  5. Tenkiu all yg berikan kata2 semangat. Saya tak nak berjaya sesorg. Saya nak berjaya bersama org2 yg bagi inspirasi pada saya dan orang yang nak berubah. Moga Allah permudahkan. Amin...

    ReplyDelete
  6. Bersyukur kita diuji Allah kerana Dia sayang pada kita.

    ReplyDelete
  7. Betul. Kerana sayang kita diuji. Jom kita tingkatkan kasih sayang kita pada Allah pula.

    ReplyDelete
  8. Setiap kita diuji,semoga kita tabah ye ,Allah tempat kita mengadu..

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda di sini