Monday, October 6, 2014

Korban sebenar


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga anda semua sihat walafiat dan sentiasa bahagia disamping orang tersayang.


Takbir raya bergema lagi. Rasa syahdu bila dengar takbir raya. Bagi orang yang berada di perantauan, pasti hiba mendengar takbir raya ni. Menitik air mata kalau tak dapat balik jumpa keluarga.

Takbir kali ini menandakan tibanya 10 Zulhijjah 1435 Hijrah. Kedatangan Hari Raya Aidiladha yang disambut oleh semua umat Islam di dunia.

Sejarah Hari Raya Korban.

Tarikh 10 Zulhijjah disambut setiap tahun sempena memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s sebagai tanda ketaatannya kepada Allah s.w.t.

Kerana taat,cinta dan patuhnya pada suruhan Allah, beliau rela untuk menyembelih anaknya tetapi Allah telah menggantikan anaknya kepada kibas dan mengarahkan Nabi Ibrahim menyembelih haiwan tersebut.

Selepas itu bermulalah ibadah korban diseluruh dunia. Ibadah korban dilakukan pada Hari Raya Aidiladha atau Hari Tasyrik dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t

Itu kisah bermulanya ibadah korban di seluruh dunia. Bagi umat Islam di Malaysia, Ibadah korban tetap meriah.

Disamping melakukan ibadah korban, juadah wajib seperti lemang dan rendang tetap disedia. Ia seperti trademark masyarakat Islam Malaysia tidak kira Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha. Tapi hati-hati ye dengan kalori makanan.

Kalori makanan.

Kalori merupakan satu ukuran untuk menyatakan jumlah tenaga. Di dalam ilmu pemakanan, kalori adalah berkaitan yang tenaga yang diperoleh daripada makanan dan minuman serta penggunaan tenaga dalam aktiviti fizikal.

Tubuh memerlukan kalori untuk menghasilkan tenaga. Tanpa tenaga, sel-sel tubuh akan mati, sistem tubuh akan berhenti dan tidak dapat melakukan aktiviti seharian.

Hampir kesemua makanan mengandungi kalori cuma kuantitinya yang berbeza-beza.

Juadah Hari Raya

Tahukah anda nilai kalori juadah hari raya yang biasa kita makan. Kita selalu makan tanpa sedar berapa banyak kalori yang boleh tersimpan dalam badan kita.

Kalori yang berlebihan akan menjadi kolesterol. Kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti kegemukan, penyempitan arteri, sakit jantung dan sebagainya.



Juadah Hari Raya ni memang sedap dimakan. Tetapi, tahukah anda berapa banyak jumlah kalori yang ada pada juadah ni?



Rupa-rupanya tinggi kalori juadah Hari Raya ni. Kita main makan je. Dalam otak fikir sedap. Yela bukan tiap hari pun boleh makan juadah ni.

Bila dah ada depan mata rugi pulak tak makan. Hehehe. Betul tak? Saya pun sama jugak. Paku dulang paku serpih..kata orang kita pun sama.

5 tip mudah Kevin Zahari di Hari Raya.

1. Sekiranya ada banyak jemputan rumah terbuka dalam seminggu, amalkan makan 5 hari makan secara sihat dan 2 hari kurang sihat (5:2). Kenapa 5:2? Kerana selalunya orang akan buat rumah terbuka pada hujung minggu. Anda makanla hidangan yang disediakan tetapi dari Isnin hingga Jumaat, amalkan pemakanan yang lebih untuk seimbangkan semula pilihan makanan yang kurang baik dan tinggi kalori pada hujung minggu.

2. Ambil masa 20 minit untuk makan. Mulakan dengan hidangan yang agak seimbang. Contoh pada awalnya, cari sumber dari karbohidrat seperti nasi @ ketupat, protein seperti ayam masak merah @ rendang ayam @ daging dan sayur. Kemudian baru makan manisan seperti kuih raya.

3. Setiap rumah = 1 hidangan. Kadangkala jemputan rumah terbuka adalah setiap hari. Untuk merehatkan perut, pastikan jarakkan masa 2-3 jam untuk setiap rumah.

4. Fokus pada kalori makanan. Keistimewaan Hari Raya ialah juadah makanan yang disediakan dan bukan air. Apabila kita sudah mengambil kalori makanan yang tinggi, cuba elakkan minum minuman yang juga mengandungi kalori yang tinggi.

5. Nikmatilah hidangan yang ada. Hari Raya bukan setiap hari. Cuba seimbangkan hidup anda.

Mengikut saranan pakar diet, tak salah untuk kita makan juadah Hari Raya. Tapi berpada. Orang kata jangan sampai kita lupa diri bila jumpa. Itu yang jadi masalah. Bila dah makan tu pandai-pandaila kita makan supplements yang boleh detox/buang balik apa yang kita makan tu. Ini baru dikatakan makan secara sihat. Badan pun tak gemuk.

Supplements untuk kurus secara sihat.

Apabila kita tak buang kalori yang berlebihan, ia akan sebabkan kegemukan. Tolong waspada ye. Jaga pemakanan.

Shaklee telah mengeluarkan set pegurusan badan secara, semulajadi,sihat dan selamat untuk dimakan.


Terdiri daripada 3 cara iaitu membakar lemak, membuang lemak dan membina iaitu membekalkan tenaga untuk badan.

Jika nak dapatkan berat badan unggul, anda perlu berdisiplin  di dalam pengambilan supplements, mengambil makanan yang rendah kalori dan jangan sampai berlapar semata-mata untuk kurus.

Kalau anda nak tahu cara pengurusan berat badan yang betul, bagaimana cara makan supplements dan tips-tips berguna untuk program pengurusan berat badan yang ideal, sila klik link di atas ye.

Akhir kata jaga pemakanan harian anda. Bila gemuk, macam-macam penyakit yang akan datang. Semoga anda mendapat banyak manfaat. Wassalam.

Anda nak jana pendapatan 3@4@5 angka sebulan?
Izinkan saya beritahu anda caranya.

Syima
0194620792
#yourtrustedshakleedistributor

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda di sini