Sunday, October 5, 2014

Personaliti diri

Assalamualaikum semua. Moga anda semua sentiasa sihat walafiat dan bahagia di bawah payung lindungan Allah swt.

Saya ada ternampak post tentang nama ni di fb beberapa hari lalu. Ia menarik saya untuk mencoretkan serba sedikit di blog ni. 


Dah menjadi trend ibu bapa pada masa sekarang untuk meletakkan nama yang panjang dan sedap untuk anak-anak mereka.

Contoh nama di atas ni Nurfathaniah Thariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam. Huii..panjangnya nama.

Menurut pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ini antara nama terpanjang yang pernah direkodkan. 

Daripada sumber JPN, antara nama yang popular didaftarkan adalah Ahmad, Alex dan Ravi.

Nama Ahmad direkodkan sebanyak 63,049 orang, Alex 16,992 orang manakala Ravi mencatatkan jumlah sebanyak 10,866 orang.

Bagi orang Islam, kita digalakkan memilih nama dengan maksud yang baik. Panjang atau pendek nama anak itu bergantung kepada ibu bapa itu sendiri. Tapi kepada ibu bapa, elakkanlah memberi nama yang boleh mengaibkan anak itu apabila besar nanti. Kesian pada anak-anak kita.




Contoh nama-nama pelik yang saya jumpa dalam internet. Tanya dekat En Google. Mungkin ada lagi yang kita tak tahu. Ni agaknya masa sekolah dulu mesti kena ejek dengan rakan-rakan sekelas. Kesian.

Jadi ibu dan bapa di luar sana, tolongla bagi nama anak-anak dengan nama yang baik. Takut dia malu. Dari nama terbentuknya personaliti seseorang. Dan kalau boleh janganla bagi nama yang terlalu panjang kepada anak-anak. Kesian pulak dekat bakal suami dia nanti. Lebih dari satu nafas nak guna untuk sebut nama masa akad nikah. Buat naya jer...

Semoga kita menjadi ibu bapa yang prihatin. Wassalam.

Jika anda rasa entri ini bermanfaat, sila share.


Syima
01946200792

Anda nak tambah pendapatan 3@4@5 angka sebulan?
Izinkan saya bantu anda.

3 comments:

sila tinggalkan komen anda di sini