Thursday, October 2, 2014

Kisahku dan VITAMIN C

Assalamualaikum semua. Semoga anda sihat disamping orang tersayang. Banyak manfaat yang nak saya kongsi dengan anda. Meh sini duk diam-diam sambil baca ye.


Tau kenapa saya pilih tajuk ni, saya nak ceritakan pada anda betapa bermanfaatnya vitamin C ni untuk fungsi tubuh badan kita. Bukan dalaman sahaja, luaran sekali.

Saya bukan jenis yang kalau sakit sikit pergi klinik atau telan panadol. Banyak tambahan bahan kimia yang kita tak tahu kuantitinya. Memang sah-sah tak baik untuk kesihatan. Ubat farmasi ni lebih bersifat menahan sakit secara sementara. Ia tak mengubat sakit kita. Bila berkenalan dengan vitamin C yang dibuat secara semulajadi, saya pun jatuh cinta.

Bila hati dah terpaut, saya makan setiap hari. Macam orang yang bercinta, sehari tak jumpa jadi angau. Memang nampak perubahan dari segi kesihatan. Selsema pun dah kurang berbanding dulu. Kalau dulu anak selsema, maknya pun berjangkit. Tapi bila dah maintain makan vitamin C ni, anak selsema, saya masih sihat walafiat. Tak ada tanda-tanda nak berjangkit pun.

Alhamdulillah vitamin C ni mampu tingkatkan imun badan saya dari dihinggapi penyakit berjangkit. Yang best bila saya amalkan secara luaran. Buat masker. Memang rasa tegang dan tak kering kulit. Nak tau cara-cara nak buat masker vitamin C?? Nanti saya terangkan di bawah ye. Jadi sudi-sudila baca sampai habis. Mesti nak kulit cantik kan? Tengokla cantik tak syima razak ni. Macam kak ton!!!

Apa itu vitamin C
Vitamin C adalah antara vitamin yang paling kerap diambil oleh orang yang prihatin tentang kesihatan.

Vitamin C juga digelar asid askorbik. Keperluaan minima yang digariskan oleh USRDA (United States Recommended Daily Allowance) ialah 60mg sahaja sehari. Walaubagaimanapun untuk kesan yang maksimum, pengambilan vitamin C dalam dos yang lebih tinggi adalah disyorkan.

Vitamin C adalah sangat tidak stabil. Oleh itu ia mudah rosak bila terdedah kepada pencemaran, stress, proses oksidasi (seperti terdedah kepada cahaya), merokok dan sebagainya.

Vitamin C tidak dihasilkan oleh badan. Oleh itu pengambilan dari sumber luar adalah penting.

Vitamin C larut di dalam air. Ia mudah dibuang melalui air kencing dan peluh. Pengambilan yang berterusan adalah penting untuk memastikan kandungan vitamin C di dalam badan tidak menjadi rendah.

Sumber semulajadi yang boleh bekalkan vitamin C



Antara sumber semulajadi yang menyumbangkan vitamin C kepada kita ialah buah beri, buah-buahan sitrus, sayuran hijau, asparagus, avocado, blackcurrants, kobis bunga, kobis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oren, betik, kacang peas hijau, nenas, bayam, strawberi, tomato dan selada air.

Kebaikan Vitamin C

1. Tubuh badan

*Menguatkan imunisasi badan
Dos pengambilan Vitamin C yang betul mampu melindungi badan dari jangkitan penyakit serta memelihara kesihatan tulang dan gigi.

Gusi berdarah punca kurangnya vitamin C dalam badan

Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan secara langsung badan kita akan terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Vitamin C mampu mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan dan selsema.

Ia mengurangkan paras histamin dan mempercepatkan penyembuhan demam.

Tahukah anda?
Vitamin C yang diambil boleh bantu mempercepatkan penyembuhan luka. Ia juga melindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

*Sebagai antioksida
Vitamin C adalah antioksida yang hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yang memberi kesan tekanan oksidatif. Radikal bebas yang tidak dibendung boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti artherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.

*Mengelakkan tekanan darah tinggi.
Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit darah tinggi dan masalah kesihatan yang berkaitan.

*Menjaga saluran darah
Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Ia mampu menjauhkan penyakit artherosclerosis, kolesterol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

*Mengelakkan keracunan plumbum.
Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak. Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama dikalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.

*Menguruskan badan
Vitamin C terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat badan kepada ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan yang tinggi vitamin C ke dalam jadual pemakanan. Ini kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya vitamin C boleh mengurangkan berat badan.

*Mengurangkan tekanan.
Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.


* Mengelakkan katarak
Pupil mata kita memerlukan vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan katarak di mana kanta mata menjadi legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh menjadi buta dikalangan orang dewasa



Pengambilan dos vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg vitamin C sehari boleh mengelakkan katarak dan mempertingkatkan kesihatan.

*Mengelakkan barah
Ciri-ciri antioksida pada vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangkamasa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelakkan sel barah tertentu terbentuk dalam badan.

Vitamin C juga membantu penghasilan semula vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah yang sedia ada, tetapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.

*Memberi tenaga.
Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan tidak kira apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.

*Mengelakkan penyakit diabetes.
Vitamin C mampu mengawal paras gula dalam darah dan mengurangkan simptom diabetes. Ia juga memulihkan simptom yang sedia ada.

*Mengelakkan asthma.
Mereka yang mempunyai vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asthma. Pengambilan vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.



2. Kulit.

*Melindungi dari kesan matahari.
Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok.

Antioksida dalam vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultra ungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari yang juga melindungi kulit dari penyakit barah.

*Menghasilkan kolagen.
Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine. Kedua-dua elemen ini berfungsi untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit menjadi gebu dan warna tona muka sekata.

Kekurangan kolagen menyebabkan kulit menjadi kusam dan tidak bermaya.

Kolagen mampu melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

*Menyembuhkan luka.
Badan menggunakan vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu baru terbentuk.



*Melindungi dari perubahan warna kulit.
Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan malanoma (masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kesihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

*Memperbaiki tekstur kulit.
Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan membantu sistem saluran darah. Saluran darah yang berada di bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan menjadi kasar dan kering.

Krim yang mengandungi vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit. Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit

Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, meningkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

3. Rambut.

*Meningkatkan pertumbuhan rambut.
Pengambilan vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ini adalah tanda yang rambut anda tidak sihat.

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan dari glukosa ke tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh.

Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

*Melawan kelemumur.
Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut.

Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk terus tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana vitamin C mempunyai ciri-ciri antiviral.

*Mengurangkan keguguran rambut.
Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.

*Melebatkan rambut.
Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari darah. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.



*Merawat masalah rambut.
Vitamin C adalah nutrien penting untuk merawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Mengambil makanan yang mengandungi vitamin C boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.

*Mengelak dari uban.
Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur, malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.

Sustained Released Vitamin C Shaklee.

Tadi saya kata saya dah jatuh cintakan? Inilah cinta hati saya. Yang membantu saya jadi lebih sihat dan bertambah cantik. Anda bila lagi nak jatuh cinta? Jangan lambat, nanti merana.



Masker Sustained Released Vitamin C.

Orang kata manusia ni tak pernah puas. Macam saya gak. Hehehe. Bukan saja buat makan, vitamin C ni saya buat masker skali. Nak cantik punya pasal. Dapat pulak info vitamin ni boleh buat masker. Apa lagi..jom bermasker kita.

Cara-cara buat masker.

1. Patahkan sebiji vitamin C kepada 3 bahagian. Ikut macam gambar ni ye.

2. Ambil satu bahagian dan rendam dengan air. Lebih yang dua tadi simpan dulu dalam peti ais. Esok boleh guna lagi. Hancur dan larutkan ye. Sampai jadi macam dekat gambar bawah tu.


3. Lepas tu apply kan dekat muka macam ni. Sapu sampai semua sekata.

4. Tunggu sampai kering ye. Masa kering tu terasa tegang je kulit muka. Bahana kolagen yang ada dalam vitamin C. Rasa macam pakai masker yang dekat farmasi tu. Cumanya yang dekat farmasi tu ada tambahan bahan kimia yang kita tak tahu sumbernya. Yang ni dah sah-sah semulajadi.

5. Bila dah kering bilas muka dan keringkan. Hasilnya saya rasa kulit lebih licin dan lembap.

Yang atas tu muka sebelum pakai masker dan yang bawah selepas pakai masker. Boleh nampak gambar atas tu dekat tepi hidung saya ada kulit kering. Gambar kat bawah dah takde dah. Haa..magic tak?

Jadi kepada ibu, bapa, kakak dan abang jangan segan-segan nak cuba masker ni. Orang kata dah alang-alang beli, kenapa tak buat masker skali kan? 

Kerana pentingnya vitamin C untuk tubuh badan kita, kebanyakan set kesihatan Shaklee menyelitkan vitamin C sebagai vitamin asas. Antara set kesihatan itu adalah:













Jadi untuk lebih sihat, cantik dan cergas. Anda sudah tahu jawapannya bukan. Kepada pilih yang lain jika ada yang semulajadi?? Tepuk dada tanyalah pakar..hehehe

Terima kasih kerana sudi membaca entri saya. Supaya anda dapat banyak maklumat yang berguna untuk hidup yang lebih sihat. Wassalam.

Jika anda rasa entri ini bermanfaat, sila kongsi


Anda nak menjana pendapatan 3@4@5 angka??
Semua itu adalah kemahuan anda.
Saya akan bantu anda realisasikan impian anda.

Syima
0194620792


No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda di sini