Tuesday, September 23, 2014

Kenangan Terindah....

Assalam semua. Semoga anda sihat dan ceria bersama orang tersayang.

Entri kali ni saya nak mengimbau kembali kenangan 18 tahun dahulu. Tanggal 23 September 1996...genap 18 tahun arwah ayah saya meninggal. Ketika umurnya mencecah 50 tahun. Al-fatihah untuk arwah abah. 

Masa abah meninggal umur saya 16 tahun. Arwah abah seorang yang periang dan ramah. Dia yang suka menggamatkan suasana.

Teringat kalau kami sekeluarga balik kampung mesti makcik@pakcik saya pun nak balik. Bila dia ada meriah sikit. Tidur lewat tu dah lumrah bila balik kampung ni. Yela bukan selalu dapat tidur sebumbung. 

Arwah ni kurus dan tinggi orangnya. Sebab tula kami adik-beradik camtu jugak. Makan banyak mana pun tak gemuk. Ramai yang jeles tau...

Teringat kenangan manis di pagi raya. Arwah abah pasti akan cuci kereta antik dia. Lepas tu bila nak keluar berjalan pagi raya tu, dia akan dukung anak-anaknya masuk kereta. Semua gara-gara tak nak kotor pelapik kaki. Hehehe... Yela nak raya kan? Takkan kita je nak cantik. Kereta pun nak jugak.

Tahun 1995, raya terakhir bersama arwah. Rindu kenangan itu.

Bangga tau saya naik kereta Volkswagen ni (dulu kami adik-beradik panggil kereta katak). Kalau lalu mesti orang tengok. Arwah ni memang jenis jaga kereta. Kereta tu memang sentiasa berkilatla.
Kereta kesayangan arwah
Arwah ni pandai slow talk dengan orang. Saya teringat dulu masa zaman saya sekolah, kawan-kawan saya ramai yang masuk tuisyen. Saya pun mintak jugak dekat mak dengan abah saya. Mereka tak bagi.

Dulu saya tak tahu istilah takde duit. Rasanya masa tu saya tingkatan 2. Saya pun merajukla tak dapat join. Arwah abah yang pujuk. Dia kata kita tak mampu. Bila dia pujuk pastu saya okla. Memang kami pun bukan orang senang.

Arwah dulu kerja bawak bas. Kami ada 6 orang adik-beradik. Nak tampung kos, mak saya terpaksa buat kuih. Kalau tak memang tak cukup. Duduk KL. 

Besar pengorbanan mak saya. Kami yang tak faham sebab faktor umur yang masih kecil. Maafkan kami mak..

Arwah seorang yang kuat sukan, terutama badminton. Selalu lepas kerja dia akan training sampai malam. Masuk pertandingan dan menang memang selalu dah. Arwah meninggal pun lepas balik main badminton.

Arwah abah meninggal bukan sebab sakit. Kami tak tahu sebab apa dan post mortem terpaksa dibuat untuk tahu punca kematian (walau kami tak rela). 

Dia diserang sakit jantung. Kami macam tak percaya arwah meninggal sebab tu. Dia kan kuat bersukan? Macammana pulak boleh kena? Arwah bukan gemuk pun. 

Hasil post mortem, doktor beritahu saluran darah pecah. Jantung pam dengan laju kerana penat lepas sukan tapi darah tak dapat mengalir lancar. Puncanya adalah lemak tersumbat. Ya Allah...

Serangan jantung. Penyebab kematian kepada banyak faktor umur. Umur 25 tahun pun boleh kena. Perkara penting yang saya belajar dari kisah arwah..

Walaupun kita kurus tak semestinya kita tiada lemak@kolesterol dalam badan. Penting untuk kita lakukan pemeriksaan dan amalkan gaya pemakanan yang sihat.

Mencegah sebelum parah...

Saya mengambil inisiatif timba ilmu apa penyebab serangan jantung boleh terjadi. Saya sebolehnya tak nak perkara sama berulang pada orang yang saya sayang..

Apa itu kolesterol??
Kolesterol adalah sejenis komposisi sterol yang penting dalam metabolisma serta penghasilan hormon.

Kolesterol bergerak sekali bersama aliran darah sebagai lipoprotein.

Lipoprotein terdiri dari lemak (lipid) yang diselaputi protein.


Berapa jenis kolesterol dalam badan kita??
1. LDL - Low Density Lipoprotein

Juga digelar kolesterol jahat. Kerana??
Jika paras LDL dalam badan tinggi, ia membawa masalah pengumpulan kolesterol dalam arteri.

2. HDL - High Density Lipoprotein

Juga digelar kolesterol baik. Kerana??
Ia membawa kolesterol dalam darah ke hati di mana hati akan singkirkan kolesterol dari arteri.

Apakah fungsi kolesterol dalam badan kita??

  • membina dan menjaga membran sel dengan mengelakkan pengkristalan hidrokarbon dalam membran.
  • membantu dalam penghasilan cecair hempedu.
  • Penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kalenjar adrenal seperti kolesterol, kortikosteron dan sebagainya.
  • Terlibat dalam penghasilan hormon endrogen dan estrogen.
  • Menjaga pintu pagar sel dengan membenarkan molekul yang boleh memasuki sel dan yang tidak boleh memasukinya
  • Penting untuk metabolisma vitamin larut lemak.
  • Menjadi penebat kepada jaringan serat.
Apa tahap normal kolesterol??
Tahap normal lebih kurang 120-200mg/dl, dengan HDL melebihi 40mg/dl dan tahap LDL kurang dari 130mg/dl.

Apa akan jadi kalau kolesterol tak ditahap sepatutnya??
Ini boleh akibatkan masalah kesihatan seperti strok, sakit jantung, penyempitan arteri, darah tak mengalir dengan baik.




Bagaimana cara mengawal paras kolesterol??
1. Kawal diet.
2. Perbanyakkan aktiviti fizikal.
3. Kurangkan berat badan.
4. Jauhi rokok dan alkohol.
5. Ambil supplements yang boleh kawal kolesterol dalam badan.

Antara supplements yang mampu kawal kolesterol dalam badan..


1. Phytocol-ST
  • Ramuan yang ada di dalamnya mampu merendahkan paras kolesterol secara semulajadi.
  • Mampu membekalkan 2000mg fitosterol setiap hari pada masa pengambilan. 
  • Dirumus secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk bantu menghalang penyerapan kolesterol dalam tubuh.
  • Disaran 100% oleh Institut Kesihatan Kebangsaan
  • Disahkan halal dan tidak mengandungi bahan perasa, pewarna, pemanis dan pengawet.
Tahukah anda:
Fitosterol adalah berasaskan tumbuhan dan diuji secara klinikal dengan 80 ujikaji untuk merendahkan paras LDL dalam badan. 


Bagaimana fitosterol dalam phytocol berfungsi??
Fitosterol secara strukturnya adalah sama dengan kolesterol dan bersaing dengan kolesterol untuk penyerapan dalam usus dan meninggalkan kolesterol. Ini bermaksud lebih banyak fitosterol yang dimiliki tubuh, lebih kurang kolesterol diserap dalam badan dan paras kolesterol LDL juga menurun.


2. Omega Guard

Omega guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies). Ia 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

Omega guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian mampu membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA.

Omega guard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang tulen dan paling semulajadi.

Sekiranya anda nak tahu tentang apa kebaikan, manfaat yang ada di dalamnya dan golongan apa yang sesuai mengambilnya, sila klik omega guard.

Kurus atau gemuk seseorang itu tidak menjanjikan dia mempunyai kadar kolesterol yang normal. Penting untuk kita menjaga pemakanan dan gaya hidup seharian. Bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi ingat kepada orang yang kita sayang. Mencegah itu lebih baik dari merawat. Salam sayang...

Jika anda rasa entri ini bermanfaat, sila share


Anda nak jana pendapatan 3@4@5 angka sebulan??
Izinkan saya share dengan anda caranya.


Syima
0194620792
#yourtrustedshakleedistributor

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda di sini