Friday, August 29, 2014

Keunikan B Complex

Assalam semua. Semoga di hari-hari cuti ni anda dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti. Hari ni saya nak ceritakan tentang B Complex.

Apa itu B Complex??

Keluarga bahagiaku

Kami pun amalkan B Complex supaya lebih bertenaga


B Complex ini mengandungi asid folik. Para saintis Shaklee ni telah mencipta asid folik yang pertama di dunia yang mempunyai kadar keboleh serapan yang sangat tinggi dan berkualiti. Kalau diikutkat asid folik semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh

Hebat atau tak para saintis ni kerana mampu mencipta asid folik yang sangat mudah diserap, semulajadi dan selamat untuk tubuh badan kita.

Di dalam B Complex ini terdapat 8 komponen penting vitamin B, termasuk juga 100% biotin dan asid folik.

Kesemua 8 komponen ini penting untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanannya.

Antara 8 komponen yang ada : B1(thiamin), B2 (fiboflavin), B3 (niacin), B5, B6 (pyridoxine), B12 (cobalamin), asid folik dan biotin.

Kalau kita makan nasi sepinggan yang complete dengan ayam, sayur tak semestinya kita dapat bekalkan vitamin B yang cukup untuk badan kita.

Ke kita kena makan satu pinggan sayur untuk cukupkan vitamin B dalam badan kita. Kalau yang tak makan sayur tu macammana? Haru juga.


Cara yang paling ,mudah dan selamat, ambil B Complex ni. Dah tentu kita dapat keperluan vitamin B yang mencukupi dan ianya selamat dan semulajadi.


Apa kesan pada badan kalau tak cukup Vitamin B??
1. Mudah tertekan, murung
2. Kurang fokus lakukan sesuatu
3. Susah nak tidur
4. Kurang bernafsu makan
5. Sembelit
6. Sensitif, cepat terasa.

Apa peranan B Complex pada tubuh badan kita???



Ia bergantung kepada usia seseorang.

Pada kanak-kanak

1. Membantu pertumbuhan dan perkembangan tubuh
2. Menyumbang dan meningkatkan keupayaan berfikir. Mudah belajar sesuatu
3. Memberikan tenaga tambahan

Sian dia. Penat sungguh


Pada orang dewasa

1. Badan rasa lebih cergas dan bertenaga.
2. Mengawal kadar tekanan pada paras lebih sihat
3. Rambut lambat beruban
4. Lebih fokus pada sesuatu perkara

Pada ibu hamil dan menyusu.

1. Mencegah anemia
2. Memberi tenaga kepada badan supaya lebih sihat dan cergas.
3. Mengandungi asid folik yang bagus untuk kandungan.

 Vitamin B Complex ada bau??

Memang betul. Tapi bau itu sebab ia dihasilkan secara semulajadi. Tiada apa-apa yang diubah. Sumber ini dari tumbuhan bukan GMO (Genetically Modified Organic). Bau yang unik ni datang dari thiamin.

Ada kesan sampingan ke bagi pengguna baru??
Kalau nak cakap ia sebenarnya bergantung kepada individu. Antara gejala yang mungkin dialami...

1. Badan terasa panas
2. Badan jadi lesu
3. Tekak terasa haus

Semua ni sebenarnya normal. Ada yang akan kena, ada yang tak.

Ia dipanggil healing crisis. Di mana tindakbalas yang berlaku kepada badan apabila mengambil sesuatu vitamin.

Jangan risau. Teruskan penggunaan dan yang penting minum air kosong banyak. 3 liter sehari.

Kenapa air kencing tukar warna kuning??

Yang ini memang betul. Saya sendiri makan dan alaminya. Mula2 suami yang tanya perasan tak air kencing jadi warna kuning?

Warna kuning tu adalah dari warna B Complex itu sendiri yang berwarna kuning. Perlu pastikan yang warna kuning tu kuning cair@kuning terang ye.

Kalau perasan warna air kencing tu kuning gelap atau kuning yang bercampur dengan darah. Tolong jumpa doktor dengan kadar segera. Takut mungkin ada penyakit yang mungkin kita tak ketahui.

Cara makan vitamin B Complex..

√  untuk orang dewasa - 1 biji selepas makan (selepas breakfast @ lunch). Kalau rasa dalam lots of pressure, boleh makan 2 biji. 1 biji pagi dan 1 biji tengahari.

√  untuk kanak-kanak 9 tahun ke atas - ambil 1 biji sehari selepas makan

√  untuk ibu hamil dan menyusu - 1 biji sehari selepas makan.

Selamat menjaga kesihatan ye. Jadikan hidup anda lebih berkualiti untuk orang tersayang.

Ingin jana pendapatan 4 angka bersama Shaklee di samping hidup lebih berkualiti????

Saya akan guide anda untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik dan sihat bersama Shaklee..

Sila call@pm@wsp saya.

Syima
Your trusted Shaklee Distributor
ID : 1155593
0194620792

Kalau anda rasa ilmu ini bermanfaat, sila share..






Saturday, August 23, 2014

Sihat dan Kurus dengan set pelangsingan Shaklee

Assalamualaikum semua. Harap semua sihat sentiasa hendaknya. Hari ni saya nak kongsi dengan anda tentang set kurus Shaklee. Kenapa ari ni cerita pasal kurus pulak?

Almaklumkan sekarang banyak yang buat open house. Nak tolak pelawaan orang tak boleh. Kecik ati orang klau kita tak datang umah dia nanti. Makan pun macam2. Yela masih dalam mood raya kan?

Gambar raya 2014. Selamat Hari Raya Aidilfitri
Nak jugak interframe gambar sendiri. Hehehe...

Raya biasala. Macam2 yang dihidangkan. Rendang, lemang, ketupat, nasi impit. Memang makanan wajib sume tu. Confirm berat badan pun naik..

Betul tak? Tetiba pakai baju rasa sendat je. Masa bulan puasa muat je. Kat sinila fungsinya set kurus ni. Jom saya story skit..

Apa produk set kurus Shaklee ni??
Firstly nak kuruskan badan kita perlu buang dulu apa2 toksin yang ada dalam badan. Kat sini fungsinya Herbalax ni. Makan sekurang-kurangnya 3 hari berturut. 

Bila makan ni memang kita akan sentiasa ke toilet je la. Klau boleh bila nak makan pastikan anda berada di rumah. Bahaya takut terkucil tgh jln. Hehehe..


Lepas 3 hari kena makan 2 beradik kat atas ni. Tujuan dia bakar lemak yang ada dalam bdan kita dan mengeluarkan lemak dari sel dalam badan kita. Cara nak makan nti saya terangkan kat bawah ye. Sabar..


Produk ni pun penting dalam set pengurusan badan. Fungsi dia untuk bersihkan usus kita. Dalam usus kita ada macam2 toksin. Bila makan ni kita perlu minum air yang banyak ye. Barulah semua toksin ni boleh keluar.


Yang ni boleh guna salah satu. Tujuannya sama je. Untuk membina. Maksudnya boleh memberi tenaga kepada anda disamping mampu mengawal berat badan anda. ESP minuman berasaskan soya yang membekalkan sumber protein kepada badan. Cinch ni pun ada jugak sumber protein. Ia ada 3 perisa. Vanilla, chocolate dan cafe latte. Anda boleh pilih yang mana anda suka.


Cara nak makan set kurus Shaklee.

Ok produk dah tau, saya cerita cara nak makan pulak macammana. Firstly kita kena detox.

1. Pertama sekali anda kena makan herbalax. Sekurang-kurangnya 3 hari. Berturut-turut ye. Makan 3 biji sebelum tidur. Klau nak makan ni pastikan anda tak travel kemana-mana ye.

2. Lepas 3 hari makan 3 biji lecithin dan 1 biji omega guard. Makan selepas sarapan ye.

3. Makan pukul 10 - ambil 1 sudu cinch@ESP. Bancuh dengan air milo/susu/horlicks. Nak bancuh dengan air jus pun boleh. Cuma pastikan air untuk bancuh suam2 kuku je. Klau air panas protein dia akan hilang.

4. Lepas makan tengahari makan lagi 3 biji lecithin dan 1 biji omega guard.

5. Untuk makan pukul 4.30 ambil 1 sudu cinch@ESP. Lepas tu ambil 1 biji lagi omega guard.

6. Untuk makan malam pastikan makan awal. Cuba tukar makanan ke roti @ biskut bijirin penuh. Klau rasa macam tak boleh makan roti boleh jugak makan nasi tapi dalam kuantiti yang sikit dan berkhasiat. Cuba elakkan makanan yang tinggi lemak dan kolesterol ye. Lepas makan ambil 3 biji alfalfa.

* Setiap weekend ambil 3 biji herbalax pada sabtu malam dan 3 biji pada ahad malam. Cuba amalkan setiap minggu. Pastikan minum air kosong banyak ye.

Cara makan dah tau. Saya nak kongsi sikit mengenai pantang larang yang perlu dititik beratkan semasa nak kurus ni.



1. Elakkan minum minuman yang ada cafein. Macam kopi, teh, necafe. It`s not good for your health.

2. Kepada yang suka makan fast food tu kena kurang-kurangkan ye. Fast food ni x bagus sbab ada banyak msg. 

3. Elakkan minuman yang bergas. Kandungan gulanya tinggi ye. Bahaya.

4. Elakkan makan sehingga terlalu kenyang. Cuba ikut sunah nabi. Nabi kita hanya makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Ha...buleh?

5. Elakkan juga makan makanan yang banyak lemak dan minyak ye. Cuba tukar kepada makanan yang lebih kepada grill, kukus. Sekali sekala sedap jugak

Ha. Nampak sedapkan ayam panggang ni?


6. Cuba lagi satu teknik ni. Ni khas untuk sesiapa yang dah terbiasa makan nasi banyak. Mengikut pakar psikologi, untuk kurus cuba tipu minda kita. Macammana tu?? Ha. Guna teknik pinggan kecik. Kadang2 otak kita dah ter'set' bila nampak nasi banyak kita akan rasa kenyang. Guna pinggan kecik kan nampak banyak nasi tu. Kita pun secara automatik akan rasa kenyang. Cubala..betul menjadi..

7. Makan malam awal. Yang baik makan macam waktu kita buka puasa tu. Bila kita makan lambat makanan yang kita makan akan disimpan jadi kalori. Lama2 tu yang bule jadi gemuk tu.

8. Lagi satu lepas makan jangan terus tido. Memang tak bagus untuk penghadaman kita. Perut pun rasa sebu.

Semoga anda dapat manfaat dari apa yang saya dah kongsi ye. Yang penting klau nak kurus ni disiplin mesti kuat. Kena tahan sikit nafsu makan tu. Klau anda perlukan khidmat nasihat dan sebarang pertanyaan, boleh call@wsp@pm saya ye. Terima kasih membaca...

Anda hendak jana pendapatan sehingga 4 angka sebulan bersama Shaklee??? Sila call@pm@wsp saya..

SYIMA
#yourtrustedshakleedistributor
0194620792

Sila share kalau rasa ilmu ini bermanfaat
/

Tuesday, August 19, 2014

SET BERSALIN SHAKLEE

Assalam semua. Semoga anda semua sihat dan sentiasa dirahmatiNya. Hari ini saya nak kongsi entri mengenai set bersalin Shaklee. Kisah ni adalah dari pengalaman pengguna ini sendiri. Jom kita hayati..

Assalamualaikum,

Harini Maria nak share dengan anda semua tentang satu lagi produk yang Maria sendiri gunakan dan sangat berkesan, iaitu Vitamin Selepas Bersalin Shaklee. Maria nak bandingkan experience bersalin anak pertama (without Shaklee) dan anak kedua (with Shaklee).
Pengalaman mengandung kali pertama, memang satu perasaan yang tidak boleh digambarkan. Cita-cita sangat tinggi untuk beri yang terbaik untuk anak yang bakal dilahirkan. Sebelum Farees lahir lagi, Maria dah beli pam Medela Freestyle yang berharga RM1700. 

Memang berazam nak fully breastfeed baby sampai 2 tahun. Maria sangka yang breastfeeding akan comes naturally, so hanya bayangkan yang indah dan mudah sahaja, tanpa ilmu yang cukup.

Rupa-rupanya pengalaman pertama tidak semudah itu. 

TIDAK CUKUP ILMU PENYUSUAN

Alhamdulillah, Farees selamat dilahirkan secara normal. Sebaik saja Farees lahir, Maria terus cuba untuk breastfeed.

Malangnya disebabkan ini adalah pengalaman pertama handle newborn baby, Maria tak tau cara menyusu yang betul. Hospital tempat Maria bersalin pun bukanlah hospital yang fully support breastfeeding.

Pada hari pertama, bila nurse bawa baby kepada Maria untuk menyusu, susu langsung tak keluar. So, nurse tu terus cadangkan susu formula sebab dia kata baby nangis sebab lapar.

Disebabkan itu pengalaman pertama dan tak tahu apa-apa, Maria pun setuju, maka jadilah first food yang masuk ke perut baby Farees adalah susu formula
Unfortunately, that's the BIGGEST MISTAKE that I've done to my baby. Dan rupa-rupanya Farees ada allergy to cow's milk. Patut lah sejak masa dalam pantang lagi Farees selalu kena ruam.

Kesian anak Ummi..Maafkan Ummi sayang atas kejahilan Ummi masa tu...

Bila dah mula introduced to bottle, Farees jadi susah nak direct breastfed, mungkin juga disebabkan cara menyusu yang salah.

Bila takde stimulation from baby, memanglah susu lambat terhasil, so for the first 3 days tu Farees minum susu formula saja. Sedih sangat masa tu, wonder why..adakah aku ni memang jenis takde susu?

JAUNDICE LEVEL YANG TINGGI

Sebelum bersalin, Maria ada beli Set Bersalin A****. Dalam tu ada macam-macam jamu yang kena dimakan ikut jadual. Tapi semuanya Maria tak berani makan pun sebab takut baby jaundice.

Ingat nak start makan lepas a few days, tapi akhirnya sampai ke sudah terus tak makan. So immediately lepas bersalin tu memang takde makan apa-apa supplement pun.

3 hari pertama Farees langsung tak minum susu ibu. Pada hari ke-4, jaundice level terus naik mendadak dan kena admit ke hospital.

Maka bermula lah satu pengalaman yang agak teruk dalam hidup Maria.

BADAN LETIH DAN STRESS

Kami mengambil keputusan untuk admit ke hospital kerajaan Parit Buntar sebab ia paling dekat dengan rumah. Masa tu pulak encik hubby tengah sibuk uruskan penjualan ayam. Malam pertama di hospital, Maria terpaksa jaga Farees sendirian sebab hospital tak benarkan orang lain teman.

Malam tu Farees asyik meragam tak nak tidur. Dah la beberapa malam Maria tak cukup tidur sejak lepas bersalin. Maria rasa sakit kepala dan badan keletihan yang amat sangat. Susu pun tak berapa nak keluar, sampai jadi sakit. 

Bila duduk di hospital kerajaan, kita kena uruskan baby sendiri, so turun naik katil banyak kali dalam keadaan luka bersalin yang belum sembuh. Yelah, baby kan kerap nak menyusu, so kena bangun kerap untuk bancuh susu.

Lepas tu bila dah tukar diaper, kena jalan ke toilet untuk buang diaper kotor. Lepas tu kena angkat balik baby letak bawah lampu biru tu. Berulang-ulang. Huhuh. Sungguh menyakitkan dan meletihkan!!!

Farees nangis, Ummi dia pun nangis sama sampai bengkak-bengkak mata sebab Ummi SAKIT dan STRESS.

Walaubagaimana pun, Syukur Alhamdulillah, pada hari ke-6 Farees dah boleh keluar dari hospital. Selepas tu, Maria mula belajar tentang ilmu penyusuan dgn lebih banyak melalui Internet.

Selepas mengamalkan tips-tips penyusuan yang betul, akhirnya selepas 3 minggu, barulah Maria dapat berhentikan susu formula secara berperingkat. Akhirnya Maria berjaya juga fully breastfeed Farees, sehinggalah berumur 2 tahun.

Syukur Ya Allah atas nikmat ini walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran pada mulanya.

ILMU PENYUSUAN YANG LENGKAP

Pengalaman bersalin anak pertama banyak mengajar Maria untuk melengkapkan diri dengan ilmu penyusuan. Jadi kali ni, Maria memang bertekad untuk memberi susu ibu sahaja kepada Fateh. Tak kisahlah apa orang lain nak cakap, baby lapar ke, susu tak cukup ke.

Yang penting Maria yakin setiap bayi yang dilahirkan, Allah dah sediakan rezeki yang cukup untuk mereka, iaitu susu ibu makanan terbaik untuk bayi. Ini juga yang Allah perintahkan di dalam Al-Quran

Dan syukur Alhamdulillah, Maria diperkenalkan dengan produk Shaklee oleh biras Maria, Ainul yang bersalin 2 bulan lebih awal daripada Maria.

Selepas mendengar testimoni dari Ainul sendiri, Maria pun terbuka hati untuk mencuba. Maria pun mula makan produk Shaklee 2 minggu sebelum bersalin.

RASA SIHAT, CERGAS DAN TIDAK STRESS

Syukur sangat, kali ni Maria rasa lebih BERTENAGA sebelum, semasa dan selepas proses kelahiran. Saat-saat contraction yang agak lama pun Maria dapat hadapi dengan tenang. Kisah kelahiran Fateh ada kami ceritakan di SINI.

Sebaik saja baby Fateh lahir, Maria terus berjaya menyusukan Fateh. Awal-awal tu memang normal susu belum banyak.

menyebabkan bayi akan cepat lapar kembali dan menangis, dan bukannya sebab susu ibu tak cukup.

Tapi Maria tetap rasa CERGAS dan TIDAK LETIH. Jadi Maria dapat teruskan breastfeeding walaupun Fateh bangun setiap setengah jam sekali. 


JAUNDICE BABY TERKAWAL

Alhamdulillah, mungkin berkat khasiat susu ibu sepenuhnya, jaundice Fateh agak terkawal. Setiap hari bila check jaundice level, masih di tahap yang selamat dan tidak perlu admit ke hospital.

Semua perkara ini membuatkan Maria rasa sangat TENANG, HAPPY dan langsung TAK STRESS sepanjang tempoh berpantang, tidak seperti pengalaman pertama dahulu.

Ketika masih bekerja sebagai Engineer dulu, Maria keluar bekerja dan berjauhan dengan Fateh setiap hari selama 12 jam iaitu dari pukul 7am-7pm. Tetapi Alhamdulillah, Maria masih mampu menyediakan stok susu yang cukup untuk Fateh setiap hari.

Maria amat bersyukur kerana Allah pertemukan Maria dengan produk Shaklee yang sangat membantu dalam hal ini.

Pada usia Fateh 6 bulan (April 2013), Maria telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai Engineer dan menumpukan perhatian kepada keluarga. 

Alhamdulillah, kini Maria telah bergelar Working-At-Home-Mum (WAHM) dan menjalankan business Shaklee secara sepenuh masa dari rumah. Jadi sekarang ini, breastfeeding memang tiada masalah lagi. Semoga Maria berjaya menyusukan Fateh sehingga berumur 2 tahun. InsyaAllah.


MESTI BELAJAR ILMU PENYUSUAN

Sebab tu, Maria amat menggalakkan setiap ibu yang mengandung MESTI belajar ilmu breastfeeding sebelum bersalin. Because it will not come naturally.

Konsep Supply vs Demand dlm breasfeeding amat penting. Konsep asas iaitu direct feeding ketika bersama baby, kerap pam ketika berjauhan, pastikan pemakanan ibu cukup khasiat dan minum air kosong at least 3 litre sehari, InsyaAllah breastfeeding akan berjalan lancar.

Vitamins Shaklee bukan saja sebagai milk booster, tetapi yang jauh lebih penting, ia melengkapi keperluan nutrien agar Maria sebagai 'Supply' mampu utk menampung 'Demand' dari baby.

Ini untuk pastikan badan IBU sentiasa SIHAT dan CERGAS, terutama di waktu awal kelahiran bayi, supaya susu mudah terhasil.

Kita hanya berusaha yang terbaik, dan yakinlah Allah pasti memberikan ganjaran yang setimpal dengan usaha kita ini.

Kalau para ibu ada masalah dalam breastfeeding, perlu cepat-cepat dapatkan bantuan dan support dari orang yang berpengalaman. Percayalah, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

INGAT! Pemberian SUSU FORMULA bukanlah satu jalan penyelesaian, sebaliknya ia adalah KESILAPAN TERBESAR dan faktor utama yang akan MENGGAGALKAN penyusuan susu ibu sepenuhnya. 




VITAMIN CADANGAN SELEPAS BERSALIN SHAKLEE yang lengkap khasiatnya untuk keperluan ibu dan bayi.

Inilah Vitamin Cadangan Selepas Bersalin Shaklee yang Maria gunakan. Alhamdulillah, memandangkan Maria sendiri sudah merasai kebaikan produk ini, Maria rasa bertanggungjawab untuk berkongsi kebaikannya dengan semua orang, iaitu para ibu, bapa dan bakal ibubapa, agar semua bayi akan mendapat manfaat susu ibu sepenuhnya.

Semoga ini juga dapat menjadi salah satu pencen kubur untuk diri Maria nanti. Amin.

Untuk pengetahuan anda Maria adalah pengguna Shaklee yang pada asalnya mahukan kesihatan yang baik untuk diri dan anak. Kerana percaya akan keberkesanan produk ini, beliau sendiri telah menjadi pengedar sah dan sekarang adalah salah seorang pengedar yang telah berjaya mendapat title master. Sekarang sedang bercuti di US, pengiktirafan yang diberikan oleh Shaklee di atas usaha keras yang telah beliau lakukan (bestnyer)..

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Syima
SID : 1155593
0194620792
(call/sms/wsp)

Monday, August 18, 2014

Petua yang patut kita amalkan.

Mari kita belajar petua berguna...

1. Masaalah semut
Semut benci timun..letakkan kulit timun brdekatan lobang atau sarang semut atau dmna bnyak semut.

2. untuk mengilatkan cermin cuci lah dgn sprite (minuman Sprite)..

3. untuk menanggalkan chewing gum yg mlekat pada baju..masukkan bju trsebut kdalam freezer simpan slama 1jam..

4.💭untuk memutihkan baju putih..rendam dgn hirisan lemon slma 10 minit

5. untuk rambut nampak brseri..bubuh 1sudu teh cuka mkn sapu rata dbhgian atas rambut..kemudian trus cuci..

6.🍋untuk mmbanyakkan juice lemon..rendamkan lemon ddlm air panas slma 1 jam..

7. untuk menghindarkan bau busuk pd sampah ddapur letakan skeping roti ketika kita memasak..

8. klo bju trkena dawat untuk mnghilangkanya..sapu ubat gg pda tempat yg trkena dawat itu biarkan ubat gg trsbut sampai kering kemudian cuci.

9.🐀untuk menghindarkan tikus..taburkan srbuk lada hitam dmna 🐀 slalu ada.

10. minum air suam 1,2 gelas sbelum tidur.bole mngurangkan 90% dri serangan jantung..bgitu juga bila bngun pagi..
sperti yg kita maklum air sangat penting pda system badan kita tapi kkdang kita tidak ambil tau kenapa kita harus mminum air suam..

Kamu ada minum air suam ka?'??
meminum air pda masa yg sesuai dgn kadar maxima yg dprlukan oleh tubuh manusia akan mmbawa kesan yg baik.
mminum 1 gelas air slpas bngun⛅bole mngaktifkan organ2 dalaman..
mminum 1 gelas air 30 minit sbelum mkn mmbantu penghadaman.
mminum 1 gelas air sbelum mandi🚿bole mmbantu mngurangkan tekanan darah
mminum 1 gelas air sbelum tidur bole mnghindarkan stroke dn serangan jantung

Jom kita amalkan sama2...

Sunday, August 17, 2014

Omega Guard Shaklee

Assalam. Moga anda sihat walafiat bersama keluarga dan orang tersayang. Kali ni saya nak share kepada anda semua tentang satu lagi produk terbaik iaitu omega guard dari Shaklee.


Kenapa Omega Guard???

Terlalu banyak sebenarnya kelebihan yang ada dalam Omega Guard dari Shaklee ni. Antara kelebihannya:

1. Minyak ikan terbaik di dunia.
Omega Guard ni mengandungi satu rangkaian penuh dari 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain. EPA ni berfungsi untuk menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting untuk perkembangan dan fungsi otak. Satu hidangan Omega Guard menyediakan 990mg asid lemak omega-3.

2. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Satu penyelidikan yang menyokong fakta di atas menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Ia juga dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.

3. Ultratulen dan bergred farmaseutikal.
Omega Guard dihasilkan melalui proses penyulingan yang mampu memekatkan asid lemak omega-3 secara semulajadi. Ia mampu menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam kebanyakan jenis ikan.

Khasiat yang ada di dalam omega guard...
* membantu mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS (pre menstrual syndrome)
* membantu melicinkan kulit.
* mencegah salur darah dari tersumbat.
* dapat mengelakkan strok.
* mengekalkan paras darah ke normal.
* mengurangkan rasa sakit kepala.
* merendahkan kolesterol.
* mengawal obesiti
* mengurangkan risiko penyakit jantung.
* amat bagus untuk ibu hamil (membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin)
* meningkatkan memori kanak-kanak
* meningkatkan sistem imun dan bagus untuk kanak-kanak.
* memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema.
* membantu perbaiki sakit buah pinggang.
* membantu mencegah kanser (paru2, payudara,prostat dan kolon)
* memelihara fungsi-fungsi sendi.
* mencegah penyakit gout.

Omega Guard bagus untuk minda.
Satu kajian mendapati penggunaan omega guard secara berterusan mampu meningkatkan tahap kecerdasan otak pelajar.


Di Kelantan dan Terengganu, kajian mendapati ramai pelajar cemerlang adalah berasal dari 2 negeri terbabit. Setelah dikaji, penduduk di 2 negeri ini amat gemar memakan ikan tongkol sebagai makanan harian mereka (samada makan bersama nasi dagang @ dibuat masak singgang). Kajian mendapati ikan tongkol ini kaya dengan omega-3 yang amat baik untuk kecerdasan otak kanak-kanak. Ia juga membantu menambah bilangan sel darah merah (sumber dari Bernama radio).
https://m.facebook.com/bernamaradio24

Mampu mengawal obesiti.
Tahukah anda, rakyat Malaysia adalah antara yang tergemuk di Asia. Ini kajian yang telah dijalankan. Macam tak percaya.





Kajian oleh saintis dari Jepun mendapati omega-3 mampu menghalang pembentukan lemak tidak sihat dan membantu membakar lemak. Omega Guard ini berfungsi sebagai agen pembakar lemak untuk set kelangsingan Shaklee.

Antara set Shaklee yang menggunakan omega guard ni...




Cara makan omega guard.
√ untuk ibu hamil/menyusu - 1 biji sehari selapas makan
√ untuk orang yang nak jaga kesihatan & yang nak slim - 3 biji sehari selepas makan
√ untuk kanak-kanak (1-3 tahun) - 1 biji selepas makan 2-3 kali seminggu
√ kanak-kanak 3 tahun ke atas - 1 biji sehari selepas makan.

Untuk dapat maklumat lanjut beserta harga istimewa, sila pm@wsp@call saya ye. Insyaallah saya akan bantu sedaya mungkin.

Jika anda rasa entri ini bermanfaat, sila share

Syima
#yourtrustedshakleedistributor
0194620792

Saturday, August 16, 2014

Selamatkah makan SHAKLEE??

Assalam semua. Semoga anda semua sentiasa sihat walafiat. Saya terpanggil untuk kongsi tentang kebaikan produk shaklee kepada anda. Sebenarnya ramai lagi yang masih
was-was @ takut-takut untuk makan produk ini. Saya terangkan satu persatu.

Selamatkah produk ini???

Untuk pengetahuan anda, setahun lebih dari 100,000 ujian di lakukan ke atas produk-produk Shaklee dengan tujuan untuk pastikan kualiti produk sentiasa terjamin dan pastikan anda pengguna Shaklee mendapat kepuasan dari penggunaan produk ni. Insyaallah.. saya tambah lagi ye...

√  300 juta US dilaburkan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan
√  lebih 100 laporan saintifik dikeluarkan
√  ada 60 orang saintis yang ditugaskan untuk mengelolakan penyelidikan produk Shaklee ini.
√  kajian ulangtahun ke 50 mendapati pengguna yang meggunakan produk ini dalam jangkamasa panjang mempunyai kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil hanya satu multivitamin atau tiada makan tambahan langsung.

HEBAT BUKAN???

Untuk makluman anda juga, produk Shaklee ni juga diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Setiap produk tu diprint dengan no daftar KKM dekat tepi botol tu.




Ni dari segi ubat ni selamat dimakan atau tak. Klau kita orang Islam ni mesti nak tau halal atau tak produk Shaklee ni. Halal ke? Saya terangkan di bawah ye...

Halal ke Shaklee ni????

Untuk makluman semua muslimin dan muslimat, poduk Shaklee ni telah mendapat sijil halal. Saya sertakan gambarnya di bawah



Anda masih rasa takut-takut lagi nak makan produk Shaklee?? Biar saya terangkan sikit lagi ye

Apa lagi yang istimewa tentang SHAKLEE????

√  Tiada perasa tiruan
√  Tiada pemanis tiruan
√  Tiada pewarna atau lemak trans
√  Tiada bendasing tersembunyi
√  Tiada bahan-bahan yang diharamkan
√  Tiada peluntur klorin.


Secara rumusnya produk Shaklee ini diwujudkan adalah untuk memastikan pengguna yang menggunakannya mendapat kesihatan yang lebih baik untuk hari ini dan akan datang. Anda tak perlu risau kerana ia adalah supplements yag selamat, semulajadi dan berkesan. Kesihatan yang baik perlu bermula dari sekarang..


Jika anda rasa entri ini bermanfaat, sila share

Anda nak jana pendapatan 3@4@5 angka sebulan??
Izinkan saya bantu anda bagaimana caranya.
Allah akan permudahkan sekiranya mahu. InsyaAllah..


Syima
#yourtrustedshakleedistributor
0194620792



Friday, August 1, 2014

Yang terbaik dari Shaklee

Sabda RasuluLlah (SallaLlahu alaihi wa sallam) bermaksud "Perut itu rumah penyakit, diet (pemakanan) itu ubat yang utama" -Sahih Muslim.

Sabda RasuluLlah (SallaLlahu alaihi wa sallam) bermaksud "Rebut lima perkara sebelum lima perkara: sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati"

"Kesihatan itu bak mahkota di kepala orang-orang yang sihat, tidak dapat dilihat kecuali oleh orang yang sakit sahaja"

Kesihatan menjadi idaman semua insan, semua insan mengakui sihat apabila diajukan soalan kepadanya, tapi hakikatnya kesihatan bukan dilihat secara zahir tetapi ia merupakan perkara rahsia kerana kita tidak dapat menjangkakan apa yang sedang berlaku kepada tubuh badan kita sehari-harian di zaman moden ini.

Kenapa Pemakanan Tambahan

Makanan harian sepatutnya mengandungi zat-zat dan vitamin perlu untuk menjamin kesihatan tetapi malangnya kini ia terdedah kepada :
- pencemaran makanan dengan tambahan bahan kimia,
- pencemaran alam, makanan diproses oleh manusia,
- gaya hidup yang moden dan cepat / tidak sihat, seimbang
- pemakanan yang tidak seimbang.
- Selain bersenam dan amalan kesihatan lain ia tidak memadai jika tidak disertakan dengan program pemakanan tambahan.

Makanan tambahan bererti makanan seharian kita yang masih diperlukan untuk membentuk kesihatan yang benar-benar sempurna dan lengkap, untuk mengelakkan dan mencegah daripada menghidap penyakit. Ia merupakan langkah pencegahan dan berjaga-jaga bagi mereka yang mementingkan kesihatan, dan ingin hidup lebih lama, panjang umur !

Nampaknya punca berlakunya penyakit ialah kesan tidak sempurna dan lengkapnya pemakanan, jadi ia perlukan makanan tambahan.

Mengapa Vitamin (Pemakanan Tambahan) Adalah Penting

Kerana Pemakanan Tambahan Adalah Keperluan Asas, Tiada Pilihan Lagi
- Tubuh kita perlukan dos yg lebih tinggi bagi sesetengah vitamin,
- Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin ditanam di atas tanah yg kurang subur,
- Mungkin berlaku kehilangan zat makanan semasa memasaknya,
- Gaya hidup kita mungkin mengganggu penyerapan zat makanan,
- Kepelbagaian makanan mungkin terhad dalam hidangan kita,
- Kita mungkin kerap makan di luar,
- Gaya hidup yang tidak aktif,
- Banyak stress di tempat kerja, di jalanan dll,
- Kerap demam atau jangkitan selesema dll
- Makanan kini digabungkan dengan bahan kimia, bahan awet, pewarna, perisa MSG dll.
- Peningkatan penyakit berkaitan diet (serangan jantung, kanser, kencing manis, tekanan darah tinggi, osteoporosis dll)

Siapa Yang Sangat Perlukan Vitamin ?

- Pengidap penyakit yg tenat,
- Org yg memelihara diet makanan,
- Org yg terlalu alahan 'alergi' dgn makanan,
- Kanak-kanak yg membesar,
- Remaja, pelajar sekolah yang meningkat usia,
- Wanita hamil dan ibu yg menyusukan,
- Warga tua,
- Ahli sukan,
- Pekerjaan yg stress tinggi,
- Selepas pembedahan,
- Pekerja shift,
- Mrk yg mencari kesihatan melalui pemakanan tambahan.

Pemakanan Tambahan Mana
Anda disyorkan dengan program yang disediakan oleh Shaklee Corporation.

Kenapa Shaklee
Shaklee Corporation adalah pengeluar makanan tambahan yang terulung dan yang terbesar sehingga kini di mana ia ditubuhkan pada tahun 1956 (bahkan penyelidikan dan pengeluaran bermula seawal 1915 lagi) oleh Dr Forrest C Shaklee pakar bidang pemakanan berkhasiat (pengasas Vitalized Mineral (VITAMIN) dan MLM) yang kini menjalin usaha sama dengan kumpulan syarikat farmaseutikal terkemuka dunia, Yamanouchi sejak 1989.

Mengapa Shaklee - kerana latar belakang syarikat yang baik; makanan tambahan yang nature / fitrah; berasaskan penyelidikan, ujian klinikal dan piawaian kawalan kualiti yang tinggi.

Halal
Rujuk akhbar utama tanah air iaitu The New Straits Times dan Berita Harian pada hari Rabu, 17hb April 2002, Utusan Malaysia hari Khamis 18hb April 2002 dan Borneo Post pada hari Jumaat, 19hb April 2002.

Kenapa Produk Luar Negara
Sabda RasuluLlah (SallaLlahu Alaihi Wasallam) bermaksud "Hikmah itu barangan tercicir orang mukmin, di mana sahaja dia menemuinya dialah yang berhak dengannya"

Saya Sihat!
Tahniah ! Andalah pilihan kami jika anda ingin meneruskan hidup dengan sihat. Jagalah kesihatan kerana kita tidak tahu bila penyakit akan datang, kerana ia datang tanpa sebarang signal atau bunyi amaran tertentu !, sedangkan dunia kini mengalami keadaan yang amat kritikal samada kita setuju atau tidak, suka atau tidak. Oleh itu mencegah lebih baik daripada mengubati. Kos mencegah didapati terlalu rendah berbanding kos mengubati. Bandingkan ! Jika sihat, kongsilah kesihatan kita dengan orang lain atau melakukan ihsan dengan menolong dan membantu orang lain mendapatkan kesihatan yang diingini.

Senarai Produk Keluaran Shaklee
Pemakanan Tambahan Shaklee Adalah Vitamin, Bukan Ubat

(1) Set Family Welness Program (FWP) :
Instant Protein - bina sel, Vita Lea (miltivitamin dan mineral) - makanan sel, Vita C (Sustained Release iaitu bertahan untuk berfungsi secara berterusan dan perlahan-lahan selama lebih 5 jam) - pertahanan badan daripada bahan toksid dalam badan, B Complex - hilangkan stress dll

FWP ialah satu set asas / utama direka khas untuk keluarga yang sihat yang berhasrat meneruskan (mengekalkan) kesihatan dan menghindari penyakit yang bakal menanti (mencegah) dan tiba tanpa apa-apa amaran...

(2) Produk Lain
Alfalfa, Vitamin E, Beta Carotene, Lecithin, Calcium Magnesium, Iron Plus C, Zinc, Fiber Plan, Omega 3, Meal Shake, Vita Shape, Performance - utk ahli sukan, Physique

(3) Formula Herba Shaklee
Herb Lax - cegah sembelit, bersih sistem usus; Echinacea - legakan selesema, kerongkong; Garlic - hapus bakteria, kurang kolesterol; Pepermint Ginger - penghadaman, angin, sakit perut; GLA Plus - bantu saat PMS

(4) Barangan Untuk Suri Rumah
Basic H (cecair cuci seribu guna) dan Basic L (pencuci pakaian)

(5) Barangan Penjagaan Kulit (Kaum Wanita)
Enfuselle.com untuk melambat proses penuaan.

Makanan Tambahan Shaklee Baik Untuk :
Kencing Manis, Tekanan Darah Tinggi, Masalah Jantung, Angin Ahmar / Strok, Cegah Barah / Cancer, Program Cerdas Minda, Program Cergas Ramadhan, Lelah, Gout, Program Ibu (Mengandung dan Menyusukan), Lemah Tenaga Batin (Program Kuat Tenaga Batin), Kolesterol Tinggi, Obesiti / Kegemukan

Panduan Makan
Mulakan dengan Bismalah, Selawat dan Doa Mohon Kesihatan Daripada Allah, Moga Allah Izinkan kesihatan dan keberkatan.

Berapa ramai para pengamal pemakanan tambahan Shaklee yang dikurniakan kesihatan dan kesembuhan dengan izin Allah Taala dengan berusaha mengambil produk Shaklee.

"Allah Maha Menyembuhkan Kerana Anda Berusaha Untuk Berubat dan Kami Berusaha Untuk Mengubati"