Saturday, November 22, 2014

Bila hati berbisik..


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Moga anda semua sihat dan ceria bersama orang yang anda sayang.

Alhamdulillah, diberikan kesempatan oleh Allah untuk menulis lagi entri. Kita hanya merancang, tapi Dia yang menentukan.

Kali ini sesuatu yang ikhlas dari hati. 

Tak siapa diantara kita di dunia memilih jalan hidup yang derita. Boleh ke kita memilih untuk sentiasa bahagia? Semua akan berkata..'ya..aku nak bahagia'. 'Aku hendak berjaya', tapi kita takkan dapat semua itu sentiasa.

Jangan kita menyalahkan Allah hanya semata-mata dia memberikan sedikit ujian pada kita. Sesungguhnya Dia tidak akan sesekali menguji hambaNya dengan sesuatu yang kita tak mampu tanganinya.

Sebenarnya kita sebagai hambaNya perlu sentiasa bersyukur, berserah dan mengadu hanya padaNya. Ketenangan dan kepuasan yang tidak akan kita perolehi sekiranya kita mengadu pada manusia.

Kadangkala kita tak sedar terlalu banyak dosa yang telah dipungut sepanjang hari. Mengumpat, mengeji, menyakitkan hati orang lain. Adakah itu yang kita cari? Adakah itu yang memuaskan hati kita?

Dengarlah kata hati anda berbisik...apa yang kita perlukan selama ini. Tenangkah hati kita dengan cara kita sekarang. Adakah ini yang kita cari selama kita hidup di muka bumi.

Belajarlah menjadi manusia yang sempurna disisiNya. Itulah ketenangan sebenar yang tidak akan kita dapat kalau kita menjauhkan diri dariNya. 

Jadilah sekeping hati yang suci.

"Bersabarlah, dan bertawakallah dalam kehidupan ini, sesuatu yang terjadi itu tentu ada hikmahnya,
Penderitaan yang engkau alami hanya suatu dugaan,
Dan janganlah kau bersedih hati, Tuhan Maha Penyayang.."

Syima
0194620792


1 comment:

sila tinggalkan komen anda di sini