Friday, January 23, 2015

Just do what u like....

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekelian.

Diharapkan anda sihat dan ceria disamping orang tersayang. 

Setiap dari kita mesti ada sesuatu yang kita suka lakukan. Mungkin suka mengembara, suka berkebun, suka memasak dan macam-macam lagilah.

Tahu tak apa kepentingannya bila kita buat sesuatu yang kita suka?
Kita jadi semangat, bersungguh-sungguh dan teruja nak buat sesuatu tu. Betul tak?

Kali ni saya nak kongsi sikit apa yang saya suka nak buat kepada anda. 

Saya suka apa yang saya belajar sebelum ni. Saya aplikasikannya dalam bentuk produk dan jual.

Dengar macam senang ke susah?

IT'S ALL ABOUT WHAT U LIKE....

Secara jujurnya kalau dimulakan dari awal memang susah dan ia mengambil masa. Apa produk yang dikeluarkan???




Bermulanya...
Saya dan suami mula menceburkan diri dalam produk makanan ni sejak 2008. Selepas melahirkan anak kedua dan berhijrah ke Ipoh.

Pada awalnya mula kerana hendak cukupkan duit bulanan kami, kemudian terus timbul minat dan lebih serius.

Minat pada saya bila saya dapat aplikasikan bidang Teknologi Makanan yang saya pelajari sebelum ini.

Resepi asal dari keluarga mertua dan saya tambah bahan pengawet supaya lebih tahan lama tanpa mengubah resepi asał.

Saya juga pastikan kuantiti bahan pengawet yang digunakan tidak melebihi syarat yang dibenarkan. Sebelum pasarkan produk ni, saya dah pun menghantar sampel produk ke makmal untuk diujikaji.

Bahan pengawet yang digunakan.

Kami juga mendapatkan bimbingan dan nasihat dari Jabatan Pertanian dan Fama. Sangat penting bagi pengeluar produk makanan terutama yang masih setahun jagung macam kami ni.




Penting sebab kita boleh dapatkan pandangan bagaimana untuk meluaskan lagi pasaran dan mereka akan berikan ilmu pada kita secara PERCUMA... Selain itu kita dapat bergaul dengan usahawan lain.

Yang itu sangat-sangat penting. Untuk kita berjaya kita kena bergaul dengan orang yang dah pun berjaya. Barula kita dapat aura untuk lebih maju. Haa...percaya tak? Sesiapa yang ada pengalaman mesti setuju..


Apa bantuan yang kami dapat?

Banyak bantuan yang kami terima dan rasa bersyukur sangat. Selain dapat ilmu, kami juga dapat bantuan mesin untuk memudahkan kerja. Mesin untuk menampung kapasiti produk yang semakin bertambah.

Proses memasak kicap
Dari mesin ni kami hasilkan kicap buatan sendiri. Kicap adalah bahan utama dalam penghasilan kuah rojak. Bila proses kicap sendiri, kita dapat 'control' rasa kuah rojak tu. InsyaAllah akan sedap dan berkualiti.

Sejauh mana pasaran?

Produk ini telah dipasarkan di kedai-kedai sekitar Perak (Bidor, Langkap, Teluk Intan, Ipoh, Sungkai, Tapah), Kuala Lumpur, Selangor, Taiping.

Sekarang pasaran tidak hanya tertumpu pada kedai-kedai sahaja. Permintaan yang meluas membuatkan kami guna kaedah pos untuk menghantar bekalan yang dipesan.



Sekarang Alhamdulillah, mendapat sambutan yang menggalakkan.

Kepuasan sebenar apabila dapat menghasilkan sesuatu dari air tangan sendiri dan tiada keraguan tentang status halal.

Nampak penat tak? Saya tetap melakukan kerja hakiki dan mencuri masa untuk buat apa yang saya suka. Boleh tambah pendapatan kami sekeluarga. Yang penting jangan putus asa untuk berusaha.

Rezeki kita dah pun ditentukan. Cuma bagaimana cara kita berusaha untuk mencari rezeki.

Kunci utama untuk berjaya, jangan suka mengeluh, jangan cepat berputus asa dan rajinlah memberi. Tak kira dari segi kewagan ataupun ilmu.

Kepada pembaca sekelian, just do what u like.

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda di sini