Sunday, January 4, 2015

‘The power of sharing‘

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Moga anda semua pembaca syima2607.blogspot.com sihat, ceria dan bahagia bersama orang tersayang.

Agak lama saya tidak berkesempatan menulis. Kekangan masa membataskan saya. Alhamdulillah. Kali ini menulis kembali. Harapan saya semoga apa yang akan saya kongsikan dapat memberi ilham dan manfaat kepada anda.

Kali ini saya ingin kupas sesuatu mengenai perkongsian. Perkongsian yang mampu memberikan manfaat kepada orang yang menerima. Juga kepada yang memberi. 

Izinkan saya jelaskan dengan lebih terperinci. Perkongsian yang ingin saya maksudkan terdiri dari dua perkara.
1. Perkongsian ilmu.
2. Perkongsian rezeki.

Perkongsian ilmu
Ada yang berkata, "jangan kedekut ilmu kerana kita takkan kemana-mana".

Sememangnya benar apa yang dikata. Ada sesetengah orang merasakan mereka tidak patut berkongsi ilmu yang dimiliki kerana merasakan ilmu itu kepunyaan mereka.

Satu kesilapan apabila ilmu mereka dibuat 'pekasam', mereka sendiri sukar untuk mendapat ilmu. Siapa yang sudi membantu orang tidak mahu membantu orang lain?

Di Malaysia, ramai orang yang sudah berjaya hasil dari berkongsi ilmu kepada orang lain. Contoh yang boleh diberikan ialah Datuk Azizan Osman (DAO).

Telah ramai usahawan yang berjaya hasil dari mengikuti seminar beliau. Bukan cakap kosong, tetapi kenyataan. Bukan wang ringgit yang diutamakan, tetapi kepuasan pelanggan yang mengikuti seminar beliau dan keazaman untuk melihat orang lain berjaya. Itulah kunci kejayaan beliau.

Perkongsian rezeki
Orang kata rezeki ada di mana-mana. Memang benar pernyataan tersebut. Untuk mendapatkan rezeki, kita perlu berusaha, berdoa dan memberi. Tiga kunci utama untuk berjaya.

Kita sebagai hambaNya telah diingatkan bahawa setiap apa yang diperlukan mesti diiringi dengan usaha. Segala kesenangan tidak akan datang bergolek. Tidak semestinya usaha yang kita lakukan akan membuahkan hasil dalam sekelip mata. Semuanya memerlukan kesabaran.

"Barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Aku akan mencukupkan (keperluan)nya
Surah At-Thalaq : ayat 3

Berdoa adalah salah satu yang wajib kita lakukan. Rezeki itu datang dari Allah. Hanya Dia yang berhak memberi dan Dia juga yang berhak mengambilnya kembali. 

"Kami tidak meminta rezeki darimu, malah Kami lah yang memberi rezeki. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa
Surah Thahaa : ayat 132

Memberi melengkapkan lagi rezeki kita. Sesungguhnya rezeki itu adalah hak Allah. Dan menjadi tanggungjawab kita untuk berkongsi rezeki yang telah Allah kurniakan kepada kita. Tidak akan pernah miskin kepada sesiapa yang memberi. Kerana itu yang telah dijanjikan kepada hambaNya yang sudi berkongsi dengan ikhlas.

Kepada pembaca sekelian tak kira apa pun agama dan budaya anda, sesungguhnya berkongsi itu adalah sifat yang sangat mulia. Bukan sahaja kita diberikan kesejahteraan hidup, malah kita dapat rasakan ketenangan dan kegembiraan kerana dapat berkongsi sesuatu yang dapat meningkatkan nilai hidup orang lain. 

Sekiranya anda rasa runsing dan tertekan, berkongsilah untuk meringankan beban anda. Pasti anda akan dapat merasai kegembiraan yang tidak terucap hasil dari perkongsian yang ikhlas. InsyaAllah.

Syima
0194620792

#rojakwarisan
#bantuduniaakhirat
#sihatdanceria





1 comment:

  1. InsyaAllah.. Thanks syima atas perkongsian yg bermanfaat :-)

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda di sini